PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

PENGAMAL RASUAH PENGKHIANAT NEGARA

1. Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram dan akan dibalas dengan azab yang pedih di akhirat. Ini berdasarkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Dalam Al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 188 bermaksud :
"Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, pada hal kamu mengetahui (salahnya)" .

3. Manakala sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oIeh At-Tabrani:
Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka".

4. Punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau bersifat tamak haloba, mengamalkan cara hidup mewah, ingin cepat kaya dan terikut-ikut dengan gaya rakan sekerja.

5. Bersama-sama kita meningkatkan integriti dan menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab menghapuskan rasuah. Semoga dengan itu iman kita terus bertambah dan dapat memakmurkan bumi Allah dengan benih-benih kebaikan serta menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

[Teks Penuh khutbah Jumaat 9 April 2010]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...