WAKAF DAN PERANANNYA DALAM MENJANA EKONOMI UMMAH


Wakaf adalah salah satu ibadah yang unik dan istimewa kerana ianya dapat menyumbang kepada kesejahteraan sosial dan ekonomi ummah. Ini kerana, pewakaf akan mendapat ganjaran pahala yang berkekalan daripada Allah SWT selagi mana harta yang diwakafkan itu dimanfaatkan. Ibnu Umar r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai harta wakaf yang bermaksud:

"Wahai Rasulullah, aku telah menerima sebidang tanah di Khaibar. Aku tidak pernah menerima harta yang lebih berharga daripada itu. Apakah yang perlu aku lakukan dengannya?" Sabda Baginda : "Sekiranya mahu, engkau wakaflah ia dan sedekahkan hasilnya." Ibnu Umar r.a berkata lagi lalu Umar sedekahkan tanah ini sambil berkata : "Tanah ini sama sekali tidak akan dijual atau dihadiahkan atau diwariskan. Hasilnya akan disedekahkan kepada fakir miskin, kaum keluarga, hamba-hamba, orang berada di jalan Allah, Ibnu Sabil dan para tetamu. Tidak salah bagi penjaga tanah tersebut memakan hasilnya atau pun memberi makan orang lain tanpa menyimpan harta".

Al-Quran Dan Sunnah

Tempat  : Masjid Negeri Selangor
Tajuk     : Kuliah Maghrib - Al-Quran Dan Sunnah
Tarikh    : 26 Mei 2012
Guru      : Dr. Hj. Ali b. Saripan


HIBURAN MENGIKUT SYARIAT ISLAM


Berhibur adalah fitrah semulajadi manusia. Hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri insan. Kebanyakan manusia menjadikan hiburan sebagai saluran kreativiti yang mencerminkan gambaran pemikiran, emosi, dan inovasi manusia. Hiburan juga adalah gabungan keindahan seni, kehalusan bahasa dan keunikan budaya manusia yang mampu mententeramkan jiwa dan melahirkan kegembiraan. Sebagai agama yang menepati keperluan fitrah, Islam tidak menghalang umatnya berhibur, namun hiburan di sisi Islam perlu disuluh dan dipandu mengikut nilai-nilai murni yang dibawa oleh Islam.


GURU MUKMIN PEMANGKIN GENERASI BERTAQWA


Kehidupan umat Islam pada masa kini, dipenuhi dengan berbagai bentuk cabaran memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh setiap anggota masyarakat dalam mendidik generasi muda. Pendidikan bermula dalam buaian hingga ke liang lahad. Ketika masih kecil ibu bapalah yang bertanggung jawab memberi pendidikan di rumah dan tugas tersebut dimantapkan oleh guru-guru sebaik sahaja kanak-kanak tersebut menjejakkan kaki ke sekolah. Dahulu!; tugas mendidik anak-anak ini merupakan tugas yang amat besar dan penting serta memerlukan kemahiran yang sesuai dengan perkembangan mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...