PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

AKHLAK MULIA, IBADAH SEMPURNA

Agama Islam amat menitik beratkan soal akhlak dalam kehidupan seharian. Antara misi dakwah utama yang dibawa dan disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah untuk membina akhlak manusia. Akhlak merupakan roh Islam, agama tanpa akhlak diibaratkan seperti jasad yang tidak bernyawa.

Akhlak adalah bermaksud budi pekerti, kelakuan, tingkah laku yang baik. Dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang menyebutkan ketinggian akhlak nabi dalam surah al-Qalam ayat 4:

Maksudnya :

Sesungguhnya padamu (Muhammad) akhlak yang tinggi”.

Akhlak yang mulia merupakan tingkah laku yang terhasil daripada diri seseorang itu melalui sikap dan keperibadian yang ditonjolkannya. Realitinya, akhlak terpuji mampu menawan hati orang lain sebagaimana akhlak Nabi SAW. Keunggulan dakwah dan tarbiah nabi adalah terletak pada akhlaknya manakala akhlak yang buruk pula adalah sangat dibenci sehingga Rasulullah pernah memohon perlindungan Allah supaya terhindar daripada akhlak yang buruk sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Qutbah bin Malik R.Anhu bahawa Nabi SAW berdoa:

“Ya Allah, aku momohon perlindungan-Mu daripada kemungkaran akhlak, amalan yang buruk dan hawa nafsu yang jahat”. (Riwayat at-Tirmizi).

Sumber akhlak Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW. Kecemerlangan hidup didunia dan diakhirat tidak akan dapat dicapai selagi mana akhlak tidak  dilaksanakan seperti yang dituntut oleh al-Quran dan al-Sunnah. Rasulullah SAW mendidik para sahabat dengan akhlak yang mulia sehingga dapat membentuk sebuah masyarakat Islam yang unggul, beriman, bertaqwa serta cenderung mencintai kebaikan dan kebajikan.

Tanggungjawab membentuk akhlak merupakan satu agenda besar bertepatan dengan hadis daripada Abu Hurairah R.Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya

Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang baik”. (al-Baihaqi).

Antara ciri-ciri akhlak mulia dan terpuji Rasulullah SAW dan boleh diamalkan oleh umat Islam adalah :

1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat
2. Memelihara penglihatan dari perkara-perkara yang dilarang Allah
3. Memelihara lidah daripda kata-kata keji
4. Bersifat lembut dan sabar dalam menghadapi ujian
5. Bersifat benar dan jujur dalam hidup bermasyarakat
6. Bersifat rendah diri dalam pergaulan

Secara tidak langsung akhlak mempunyai hubungan dengan aqidah dan syariat. Di dalam al-Quran Allah SWT menyeru orang-orang yang beriman supaya mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh. Firman Allah didalam surah al-Baqarah ayat 208 :

Maksudnya :

 “Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya ...”.

Setiap amalan dan perbuatan manusia hendaklah berlandaskan kepada ajaran Islam yang lengkap meliputi aspek ibadah, akhlak, muamalah dan sebagainya. Apabila seseorang hamba menyakini bahwa Allah tuhan yang telah memberikan segala kenikmatan hidup, maka mereka akan membentuk akhlak dengan memantapkan keyakinan dan iktiqad berasaskan ilmu tauhid. Pemantapan iman dan islam ini disusuli dengan melaksanakan dan mengerjakan amalan-amalan yang diperintahkan oleh Allah SWT didalam kehidupan seharian. Akhirnya akhlak akan terhasil melalui perlakuan-perlakuan baik itu secara mudah, istiqamah dan ikhlas. Akhlak yang mulia adalah merupakan tanda dan kesan dari iman dan aqidah yang luhur. Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai dengan akhlak. Ia diibaratkan seperti rumah kosong yang tidak berpenghuni.

Akhlak adalah buah daripada ibadah. Ibadah yang sempurna membuahkan akhlak yang baik dan ada nilainya di sisi Allah SWT. Sebaliknya ibadah yang membuahkan akhlak yang buruk, menandakan bahawa ibadah yang dilakukan selama ini tidak sempurna dan tiada nilainya di sisi Allah SWT. Mereka dikalangan orang-orang yang beribadah tetapi ibadah mereka tidak membuahkan akhlak yang baik. Mereka solat, berpuasa, berzakat tetapi ucapan dan kata-kata masih menyakitkan hati orang lain, hati mereka penuh dengan sifat hasad. Jika demikian hasilnya maka ibadah mereka ditolak oleh Allah SWT.

Abu Hurairah R.Anhu meriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dengan katanya:

Maksudnya :

“Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan banyak shalat, puasa dan sedekah, hanya saja ia menyakiti tetangganya dengan lisannya”.

Jawab Nabi SAW: “Dia di neraka”.

Tanya lelaki itu lagi kepada Nabi SAW:
َ
“Wahai Rasulullah, ada seorang wanita yang terkenal dengan sedikit puasa, sedekah dan shalatnya, ia hanya bersedekah dengan sepotong keju, tetapi ia tidak menyakiti tetangganya dengan lisannya”.

Maka jawab Nabi SAW: “Dia di syurga”. (Riwayat Ahmad).

Dewasa ini, terdapat segelintir individu yang mengamalkan cara hidup beragama tetapi tidak menitik beratkan aspek akhlak dan nilai mulia pada peribadinya. Mereka beranggapan bahawa pemahaman mereka sahaja yang betul dan perlu diikuti. Bahkan, mereka mudah mengucapkan kata-kata yang buruk, lucah dan kasar dengan melontarkan berbagaibagai andaian buruk dan tuduhan kesesatan ke atas orang lain yang tidak bersependapat dan sealiran dengan mereka. 

Di akhir-akhir ini terdapat beberapa gejala sosial yang merosakkan masyarakat seperti anak membunuh ibu, suami mendera isteri, ada juga beberapa kumpulan remaja yang sanggup membakar pusat pengajian tahfiz lantaran dipengaruhi najis dadah. Oleh itu, akhlak Islam sangat penting dalam mencorakkan kepribadian individu dan masyarakat kerana ia membentuk tingkahlaku, perbuatan dan amalan seharian yang kita lakukan dan sebagai kesempurnaan ibadah yang dikerjakan.

Kesimpulan khutbah yang dapat diambil pengajaran pada hari ini adalah :

1. Umat Islam mestilah berakhlak dengan akhlak yang mulia bertunjangkan kepada akidah yang benar.
2. Umat Islam hendaklah menjauhi akhlak yang buruk supaya dapat mengelakkan amalan ditolak oleh Allah SWT lalu dihumbankan kedalam api neraka Allah SWT.
3. Umat Islam hendaklah menjadikan Rasulullah SAW sebagai tauladan yang baik dalam kehidupan seharian. 

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”. (al-Ahzab : 21).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...