PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MUHASABAH DAN AZAM

Sesungguhnya muhasabah boleh diertikan sebagai menilai semula segala amalan yang telah dilaksanakan pada masa yang lalu, sama ada untung atau rugi, bahagia atau sengsara dalam kehidupan yang dinisbahkan kepada iman atau kufur, taat atau maksiat, baik atau buruk serta pahala atau dosa. Muhasabah juga menuntut kita untuk memikirkan perjalanan hidup kita sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau semakin jauh dari Allah. Dalam hal ini kita perlu menyedari tentang kedudukan diri kita, dari mana kita datang? Kenapa kita hidup di dunia ini? Dan kemana kita akan pergi? Ingatlah bahawa Allah SWT menyuruh kita mempersiapkan bekalan yang kita akan bawa pergi selepas kematian nanti.

Firman Allah SWT dalam surah al Hasyr ayat 18:

Maksudnya : “Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah dilakukannya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan”.

Orang yang dikira beruntung adalah orang yang beriman dan mereka yang bijak merebut peluang dalam kehidupan mereka di dunia dalam meningkatkan amal-amal soleh untuk memastikan kebahagiaan hidup di akhirat. Masa dan peluang yang ada tidak dipersia-siakan sebagaimana hadis daripada Amru bin Maimun Radiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: masa mudamu sebelum datang masa tuamu, dan masa sehatmu sebelum sakitmu, dan masa kayamu sebelum masa fakirmu, dan masa lapangmu sebelum sibukmu, dan hidupmu sebelum matimu”.
(Riwayat al-Baihaqi).

Sehubungan itu secara umumnya ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

1. Melakukan penilaian terhadap amalan yang kita kerjakan. Adakah ia menepati peraturan-peraturan syarak dari segi syarat rukunnya. Selain itu adakah ia dilakukan dengan ikhlas, semata-mata kerana Allah SWT, bersungguh-sungguh dan istiqamah. Penilaian ini penting untuk menentukan amalan kita sah dan diterima oleh Allah SWT yang dapat meraih pahala sebagai bekalan di akhirat.

2. Muhasabah diri sejauh mana kita meninggalkan segala larangan Allah SWT.

3. Menilai segala nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita, seperti nikmat masa, kesihatan, kekayaan dan lain-lain lagi. Adakah ia dimanfaatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai tanda syukur, atau menyalah gunakannya dengan melakukan maksiat yang menyebabkan ia semakin jauh daripada Allah SWT hingga mengundang kemurkaan-Nya.

Dengan bermuhasabah, kita akan dapat mengesan kekuatan dan kelemahan, ketaatan atau keingkaran dimasa yang lepas. Justeru, kita mestilah berusaha dengan memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari akhirat dan janganlah usia kita dihabiskan dengan hanya mengumpulkan harta dan memenuhi hawa nafsu semata-mata.

Diriwayatkan daripada Syaddad bin Aus Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian. Orang yang bodoh adalah orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ikutan dirinya dan berangan-angan mendapat keredhaan Allah”.
(Riwayat at-Tirmizi).

Sesungguhnya untuk mendapatkan kemanisan dalam beramal hasil daripada muhasabah, seseorang itu perlu mempunyai azam dan mujahadah yang kuat. Tanpa azam dan tekad yang kuat seseorang tidak akan dapat merubah kebiasaan, lebih-lebih lagi apabila keadaan itu sudah membelenggu kehidupannya sehingga merasa selesa dengan kedudukan dan tingkah lakunya yang salah. Allah SWT telah memerintahkan agar bersegera mencari keampunan dan syurga Allah yang terbentang luas.

Firman Allah SWT dalam surah ali Imran ayat 133:

Dan bersegeralah kamu kepada mendapat keampunan daripada Tuhan-mu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertaqwa”.

Antara langkah yang perlu dilakukan dengan segera tanpa bertangguh ialah dengan segera bertaubat yang didasari oleh kefahaman dan keyakinan yang betul, bahawa Allah SWT bersifat Maha Mendengar dan Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Menyesali dosa-dosanya, membenci perbuatan maksiatnya dan berazam melakukan amal soleh berpandukan ilmu dan syariat. Seterusnya mengambil peluang yang masih ada untuk melakukan amal soleh dan membetulkan niat dan tujuan dalam melakukan sesuatu perkara supaya dapat diterima sebagai amal soleh yang diredhai oleh Allah.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajaran ini:

1. Umat Islam wajib meyakini bahawa hari akhirat pasti akan berlaku.

2. Umat Islam mestilah membuat persiapan dengan memperbanyakkan amal-amal soleh untuk kehidupan hari akhirat disamping tidak meninggalkan kepentingan kebahagiaan hidup di dunia ini.

3. Umat Islam hendaklah mempunyai azam dan mujahadah yang kuat untuk merubah diri kepada yang lebih baik.

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka Dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya”.
(al-Anbia’ : 1).



Sumber : Khutbah Jumaat JAIS 29 Dis 2017

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...