PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Hari Guru

Para guru dan pendidik sebagai golongan yang teramat penting dalam pembangunan dan perubahan umat sejagat. Guru diumpamakan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan atau pun dilautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuannya.

Sebagai guru mereka telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Mereka adalah insan yang sungguh mulia, yang telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan memurtabatkan ummah. Peranan mereka amat penting, bukan sahaja menyampaikan pengetahuan fadhu ain atau fadhu kifayah, tetapi memastikan akidah kita mantap, iman kita bertambah dan jauh dari kesesatan.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Al-Jumuah ayat 2:

Maksudnya: "Dialah yang mengutuskan dalam kalangan orang Arab yang ummiyyin (tidak tahu membaca dan menulis) seorang Rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya) dan membersihkan mereka (daripada ‘iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan). Sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata".

Menurut kacamata Islam, guru bukan sekadar menjadi mudarris (pendidik), tetapi guru juga sebagai mu’allim (iaitu penyampai yang benar), sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan kasih sayang), sebagai muaddib (pembentuk adab dan akhlak anak-anak) dan sebagai mursyid (iaitu pembimbing ke arah kebenaran). Warga guru juga harus sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan secara berterusan, kerana ilmu itu sangat luas dan perlu diterokai.

Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta’ala ‘Anhu dalam kitabnya “Ihyai ‘Ulumiddin” menjelaskan dan mengingatkan, supaya kita mengutamakan pendidikan anak-anak dengan mempelajari Al-Quran, Hadith-hadith Nabi, Kisah-kisah Para Solihin, Hukum-hukum agama dan termasuk juga pendidikan jasmani dengan secara berguru bagi mengelakkan kekeliruan serta memastikan ilmu yang diajar dapat difahami dengan sepenuhnya selain ianya menjadi penyumbang kepada perkembangan mental dan syakhsiah anak-anak kita.

Sempena dengan Sambutan Hari Guru dan Bulan Pendidikan Islam Negeri Selangor, diharapkan para guru sentiasa berazam untuk melengkapkan diri sebagai guru yang cemerlang demi mencapai matlamat yang diharapkan. Sentiasa diberi kekuatan dalam menghadapi sebarang masalah ujian dan dugaan yang semakin hari semakin mencabar. Maka sebagai pendidik haruslah bersabar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Asy-Syahid Hasan Albana berpesan:
Jadilah kamu sebatang pohon, orang melemparmu dengan batu, tetapi kamu menggugurkan buah yang ranum”.

Sama-samalah kita berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala agar mereka yang telah mendidik kita sentiasa mendapat rahmat dan pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Bagi guru-guru yang telah kembali ke rahmatullah, didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat dan keampunan Allah Subhanahu Wata’ala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...