PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Masjid Taman Cheras Jaya Berkarnival Maal Hijrah 1432


Kehadiran Tahun Hijrah 1432 disambut di Masjid Manba`l-Ulum, Taman Cheras Jaya secara besar-besaran. Jawatankuasa terdiri dari Tuan Haji Azman bin Hj. Idris sebagai Pengarah yang juga selaku Nazir Masjid, Tuan Hj. Faisal bin Hj. Ghazali selaku Timbalan Pengarah Satu, En. Mat Zin bin Hussain Selaku Timbalan Pengarah Dua, Urusetia Program Tuan Haji Wan Chik bin Hj. Abdul Hamid & Hj. Mohd Razali bin Omar dan Ahli Jawatankuasa. Mereka berkerja keras bagi menjayakan Karnival.




Program dua hari ini dipenuhi hari pertama dengan pertandingan-pertandingan seperti Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Azan, Hafazan, Syarahan, Ratu Muslimah. Pertandingan Menghias Kek, Menyusun Bunga Tiruan, Menghias Bakul Hantaran, Gubahan Lipatan, Membuat Kuih Berasaskan Ubi, Pameran-Pameran Agensi Anti Dadah, Polis Diraja Malaysia, Penjara Malaysia, MPkj, Jabatan Agama Islam Selangor dan Keselamatan Jalan Raya.. Turut mengisi acara ialah Pertandingan Timbang Bola, Persembahan Nasyid, Marhaban & Hadrah, manakala pada sebelah malam hari pertama diadakan Forum Perdana Ma`al Hijrah.


Pada hari kedua program di isi dengan Senam Robik mulai jam 8.00 pagi yang disertai Y.B. Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang, diikuti dengan Pertandingan Sepak Raga Bulatan, Pertandingan Explore Race, Pertandingan Menyediakan Satu Hidangan Sarapan Pagi Yang Ringkas, Sementara itu dalam Karnival ini juga disediakan Semakan & Pendaftaran Pengundi oleh SPR, Pemeriksaan Kesihatan & Gigi Percuma, Khidmat Guaman Percuma, Pameran Buku, Persembahan Kartunis Oly & Duku, Persembahan Nasyid, Marhaban & Hadrah, Gerai Jualan dan Pmeran-Pameran di atas dengan tambahan Pameran Tabung Haji dan Lembaga Zakat Selangor. Begitulah banyaknya program yang mencerminkan hebatnya sambutan yang dibuat.


Adun Bangi, selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu dijemput pada hari pertama bagi Majlis Pembukaan dan Perasmian. Hadir sama selain dari AJK ialah Y.B. Yap Lum Chin Adun Ba;lakong, Dato` Hisham Ahli MPKj dan Tuan Haji Asana. Dalam majlis ini Tuan Haji Azman selaku Pengarah memaklumkan, bahawa Karnival di Masjid Cheras Jaya ini mendapat kerjasama surau-surau di bawah Masjid Manba`il Ulum .

Menurutnya,

``Karnival ini merupakan sebahagian dari aktiviti-aktiviti yang dianjurkan bagi mengimarahkan masjid, selain dari solat berjamaah, ceramah agama, aktiviti tuisyen, kelas mengaji Qur`an, aktiviti riadah dan rekreasi. Semuanya bertujuan Memasyarakatkan Masjid.



Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah di atas kegigihan AJK mengadakan Karnival yang begini besar yang semuanya berlangsung di dalam kawasan Masjid. Apa yang mengkagumkan Adun setiap lapisan masyarakat memberi sokongan dan mengambil bahagian atau sekurang-kurangnya hadir ke Majlis sebagai penyertaan. Karnival yang diadakan di dalam masa tutup Sekolah ini memberi peluang kepada anak-anak muda mengambil bahagian dan mengisi masa lapang mereka. Saya difahamkan menurut Adun, bagi kalangan anak-anak muda ditubuhkan `Kelab Remaja Masjid`. Diharap melalui kelab ini bukan saja dapat mengisi masa lapang mereka, tetapi membentuk mereka dengan syakhsiah yang baik dan terpuji. Tahniah. Adun juga kagum dengan keterlibatan wanita yang mengambil bahagian di dalam banyak pertandingan dan kegiatan. Sesungguhnya kerjasama dari semua pihak dari jamaah lelaki, perempuan dan belia-beliawanis menjadikan Karnival ini begitu berjaya. Dengan Karnival ini juga membuka peluang kepada mereka yang berminat berniaga dapat menjalankan perniagaan melalui tempat-tempat yang disediakan di dalam kawasan masjid. Yang ketara perasaan ukhuwwah dan kerjasama masyarakat di sini begitu tinggi. Adun berharap Masjid Cheras Jaya dan masyarakat di sini menjadi contoh yang baik bagi masjid-masjid dan masyarakat di tempat yang lain.


Selepas perasmian Adun di bawa melihat gerai-gerai jualan, pameran, perkhimatan di bawah-bawah khemah yang memenuhi ruang lapang masjid. Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang berbagai pertandingan juga disampaikan oleh Adun.


Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Karnival Ma`al Hijrah 1432 Masjid Cheras Jaya yang Adun berpendapat terbesar dan amat berjaya.



4 comments:

  1. Salam kepada semua...

    Sebagai Ahli Kariah Masjid saya berasa keciwa apabila Masjid CJ dijadikan isu politik sebagaimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar hari ini. Saya sangat berharap supaya pihak Pengurusan Masjid prihatin terhadap pandangan ahli-ahli Kariah Masjid yang tidak bersetuju masjid dijadikan Medan Politik.

    Pihak pengurusan masjid terutamanya Nazir mestilah paham bahawa mereka dipilih oleh ahli-ahli dan bahawa Ahli Kariah Masjid CJ adalah terdiri daripada pelbagai pahaman politik. Tetapi yang paling penting ialah semua ahlinya orang islam. Kenapa kita dijadikan alat pula oleh pihak bukan islam. Saya tiadk bermusuh dengan UMNO atau PAS. Tetapi saya memang tidak suka langsung DAP.

    Adakah kita masih boleh mempercayai lagi golongan yang menyatakan "LANGKAH MAYAT SAYA DAHULU DAN SEHINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR SAYA TIDAK SETUJU DENGAN HUKUM HUDUD DAN PENGISTIHARAN MALAYSIA SEBAGI NEGARA ISLAM". Kenapa kita tidak menjemput saya EXCo Agama Selangor. Kenapa nak jemput wakil DAP????.Saya harap semua pihak kena muhasabah diri.

    Semoga ALLLAH swt memberikan hidayah dan merahmati kita semua.. Amin.

    Semoga perkara di bawah ini menjadi tauladan dan panduan kita dan jangan berlaku lagi di masa akan datang........

    ReplyDelete
  2. HILANGNYA SEJARAH HANG NADIM.

    Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Lee Kuan Yew & PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa umat Islam bangsa Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Melayu yang menjadi alat mereka mendapat kuasa akhirnya diterajang, dan dengan politik yang licik akhirnya Singapura hilang dari rumpun Melayu. Sejarah Sang Nila Utama dipadamkan dengan kisah Stamford Raffles. Nama Singa Pura (Bandar Singa) dari sejarah penemuan singa oleh Sang Nila Utama bertukar menjadi Singapore! Azan kat masjid pun dipertikai! Maka terloponglah bangsa Melayu meratapi kehilangan negaranya.

    Kitsiang & DAP hari ini sanggup turun masjid naik surau untuk memikat Melayu. Siap isytihar diri sebagai Kalipah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan dia pun dijual takpe sebab Kitsiang dan anak lakinya sedara kita sekarang kata pak jangoat. Rupanya benar kata pujangga, memang bangsa Melayu mudah lupa.

    Saja teman perturunkan artikel dibawah ini untuk menjadi renungan dan bahan buat umat Islam bangsa Melayu mencerminkan diri. Sejarah itu cermin suatu bangsa. Kalau bangsa itu memilih untuk membutakan mata kepada sejarahnya, maka itulah permulaan berakhirnya bangsa itu. Janganlah ulangi kesilapan dahulu. Na'uzubillah

    ReplyDelete
  3. Beberapa pemimpin DAP melenting apabila disebut DAP adalah parti paling rasis.Hakikatnya, DAP lebih menumpukan perjuangan untuk kaum tertentu sahaja. Itulah agenda besar parti tersebut yang matlamat akhirnya untuk membawa Malaysia menuju negara republik. Laungan kononnya parti itu mengutamakan rakyat Malaysia dahulu, kaum kemudian - hanyalah sandiwara.

    Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum walaupun mendakwa parti itu dianggotai pelbagai kaum.Pemimpin-pemimpin kaum India dalam DAP misalnya tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan. Kegagalan Naib Pengerusi DAP Perak, M. Kulasegaran mempertahankan jawatannya baru-baru ini menjadi bukti. Beliau adalah mangsa muslihat politik kaum dalam DAP yang sebenarnya cukup tebal.

    Terbaru, pelantikan Chow Kon Yeow sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang mencetuskan persoalan. Sepatutnya Jagdeep Singh dilantik kerana mendapat jumlah undi tertinggi dalam pemilihan anggota jawatankuasa negeri. Begitu juga kedudukan Timbalan Ketua Menteri, Prof. Dr. P. Ramasamy, yang dilihat sekadar kosmetik. Ternyata, pemimpin India dalam DAP dipinggirkan secara sistematik. Lalu Awang ingin bertanya buat kesekian kalinya kepada Setiausaha Agung yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng, siapa yang sebenarnya rasis?

    Itu belum menyentuh tentang nasib segelintir Melayu dalam DAP, lagi menyakitkan hati. Mereka hanya menjadi boneka untuk dipergunakan sebagaimana dilakukan pemimpin utama PAP Singapura, Lee Kuan Yew menjinakkan Melayu suatu masa dahulu. Berdasarkan sejarah, PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama. Kini strategi PAP digunakan oleh DAP. Parti tersebut sedang memperhebatkan usaha menarik seramai mungkin Melayu menjadi ahli dan penyokongnya

    ReplyDelete
  4. Cubalah kita renungkan kembali kepada dekad 1960an. Apakah beza pendekatan yang digunakan oleh PAP dahulu dan DAP sekarang, jawapannya - sama sahaja. Pada waktu itu, Kuan Yew dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu melakukan apa sahaja yang menjadi harapan orang Melayu. Beliau banyak berinteraksi dan mendampingi orang Melayu. Malah aktif melawat masjid dan surau sambil memberi ucapan yang manis-manis bagi melegakan orang Melayu. Apabila Kuan Yew dan PAP semakin kukuh berkuasa, akhirnya Melayu tidak lagi diberi perhatian yang sama dan mula diabaikan.

    Di Singapura, azan dari masjid dan surau pun perlu diperlahankan walaupun dulu Kuan Yew tidak kisah dengan suara azan yang kuat berkumandang. Orang Melayu juga tidak berpeluang menyandang jawatan utama dalam agensi dan jabatan penting kerajaan termasuk pasukan keselamatan. Untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang apatah lagi. Kuasa undi Melayu dilemahkan dengan pelbagai cara termasuk penempatan semula. Janji-janji untuk membantu Melayu tidak bertahan lama. Pernah termaktub dalam perlembagaan asal pembiayaan penuh kepada pelajar Melayu dari sekolah rendah hingga universiti. Bagaimanapun ia dihentikan pada tahun 1994. Biasiswa presiden juga pernah diwujudkan puluhan tahun lalu tetapi hanya dua pelajar Melayu yang dapat.

    Cari pula jawapan berapa orang menteri Kabinet Melayu di republik itu ketika ini - tidak seperti peringkat awal. Dokumen sejarah turut ditulis semula mengikut aspirasi PAP agar Melayu tidak kelihatan dominan peranannya.

    Yang nyata, di sebalik segala pengorbanan dan sokongan Melayu, kaum itu akhirnya dikhianati dan diragui. Dalam laporan National Geographic, Kuan Yew mengkritik orang Melayu dengan mendakwa kaum itu tidak prihatin untuk membantu kaum lain jika negara ditimpa kebuluran. Maknanya, Melayu tidak boleh diharapkan dan tidak boleh dipercayai sedangkan Melayu merupakan bangsa yang paling pemurah dan bertolak ansur. Banyak lagi penghinaan Kuan Yew kepada Melayu. Mesejnya, itulah juga risiko yang menanti Melayu apabila DAP berkuasa penuh nanti. Sekarang ini pun gerakan untuk melemahkan Melayu semakin menjadi-jadi. Tetapi malangnya ada pemimpin pembangkang Melayu seperti Anwar Ibrahim yang menjadi pengkhianat bangsa dan kepimpinan PAS pula saperti tidak sedar diri dan asyik mengikut rentak DAP. Malu rasanya ada pemimpin Islam dan Melayu yang seperti itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...