Tajuk ceramah : Pemimpin Yang Adil
Penceramah : Ustaz Dato' Ismail Kamus
Adil bukanlah bererti setiap orang mendapat apa yang mereka minta tetapi bermaksud memberikan sesuatu kepada mereka yang berhak.
Ketika pelantikan Abu Bakar sebagai khalifah pertama, di mana beliau menyatakan dasar kepemimpinannya dalam khutbah seperti berikut:
“Wahai manusia, sekarang aku memegang pekerjaan kamu ini, tetapi bukanlah aku orang yang lebih baik daripada kamu. Jika aku berlaku adil dalam urusanku, sokonglah aku. Tetapi jika aku berlaku salah, betulkanlah aku kembali. Kejujuran adalah suatu amanat, kedustaan adalah suatu khianat.”
Firman Allah swt dalam Surah An-Nahl, Ayat 90 :
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya."
Firman Allah swt dalam Surah An-Nisa', Ayat 58 :
Maksudnya :
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."
Klip video (sila klik)
No comments:
Post a Comment