PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Salam Aidilfitri 1433H/2012



الله أكبرالله أكبرالله أكبر

Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya, kasih sayangNya kita masih berupaya melaksanakan perintahNya di penghujung Ramadhan tahun ini. Kita berdoa bersama-sama supaya Ramadhan akan datang kita akan jumpa lagi.

Alhamdulillah dengan kesihatan yang cemerlang yang dikurniakan Allah kita dapat melakukan ibadah puasa dan solat fardhu setiap waktu. Dapat melakukan ibadah-ibadah sunat sampingan atau sisipan dicelah-celah ibadah fardhu itu tadi.

InsyaAllah esok hari kita akan menyambut hari kejayaaan, hari kemenangan dan hari kegembiraan. Semuanya akan jelas terpancar di wajah-wajah insan yang kita sayang iaitu ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan semua muslimin dan muslimat amnya.

Janganlah keghairahan kita menyambut Syawal menyebabkan kita terlupa atau terlalai melakukan ibadah-ibadah fardhu. Janganlah di salahkan Syawal yang menyebabkan semua amalan-amalan baik kita ketika Ramadhan terhenti serta merta.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H 
MAAF ZAHIR DAN BATIN
Daripada Nazir  serta Pegawai dan Ahli Jawatankuasa
Masjid Taman Cheras Jaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...