PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

RANCANGLAH KEWANGAN ANDA

Harta dan wang ringgit adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan mereka dalam menguruskan kurniaan ini. Ia juga merupakan keperluan yang membantu kelangsungan dan kesejahteraan hidup manusia di dunia.

Sesungguhnya harta dan wang ringgit yang kita miliki adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Justeru, ia perlu diurus, dirancang dan dibelanjakan menurut panduan syariat bagi menjamin kesejahateraan hidup di dunia dan kebahagiaan kita di akhirat. Setiap wang ringgit yang kita perolehi dan belanjakan pasti akan ditanya di akhirat kelak. Inilah realiti yang wajar kita jadikan prinsip hidup kita dalam perancangan harta dan kewangan kita.

Hadis daripada Abu al-Barazah al-Aslami, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari Kiamat sehingga dia ditanya tentang umurnya pada urusan apa dihabiskan, tentang ilmunya apakah telah diamalkan, tentang hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya pada perkara apa digunakan".
(Riwayat At-Tirmidzi)

Jelas dalam hadis ini betapa setiap wang dan harta kita akan dipersoalkan kerana ia adalah amanah milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Lantaran itu kita perlu memastikan wang ringgit kita diurus dengan selamat dan tepat dengan perancangan kewangan yang kita sediakan.

Perancangan kewangan adalah suatu urusan penting yang perlu kita pastikan sebagai langkah menuju kejayaan dalam membina kehidupan yang cemerlang. Mereka yang merancang kewangan akan lebih terjamin keselesaan dan kebahagiaan hidup mereka. Ini adalah sebahagian daripada tuntutan agama yang perlu dibangunkan dalam kehidupan setiap muslim. Hanya dengan perancangan kewangan yang baik dan berjaya, sesorang akan mampu melakukan kebaikan dan sumbangan dengan wang yang dimiliknya.

Antara langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam perancangan kewangan setiap individu muslim ialah :

Pertama : Memastikan sumber pendapatan yang halal dan mengelakkan dari segala sumber yang haram seperti hasil rasuah, riba, judi, curi dan sebagainya. Langkah ini adalah amat penting untuk memastikan keberkatan hidup di samping memastikan tahap kemampuan perbelanjaan bulanan kita.

Firman Allah SWT dalam surah al- Nahl ayat 114:

"Oleh itu, makanlah daripada apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda-benda yang halal dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata".

Kedua : Mengawasi perbelanjaan dan mengawalnya dengan baik. Utamakan keperluan asas sebagai nafkah diri dan keluarga, seperti makan minum, tempat tinggal dan bayaran pinjaman bulanan sebelum berbelanja untuk kegunaan lain seperti aktiviti keceriaan, percutian dan hiburan. Senaraikan kos perbelanjaan yang utama untuk diselesaikan, setelah itu baki dari perberlanjaan tersebut barulah digunakan untuk perkara lain, sesuai dengan tahap kemampuan kewangan kita.

Setiap ahli keluarga perlu dididik agar bijak berbelanja untuk mengelakkan pembaziran. Jangan mudah menyerahkan wang ringgit kepada ahli keluarga tanpa kawalan dan tujuan yang pasti. Lihatlah saranan Allah SWT dalam Surah an-Nisa ayat 5 yang tegas menyatakan :

"Dan janganlah kamu serahkan kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang telah Allah jadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu. Berilah mereka belanja dan pakaian daripada hasil hartanya (yang kamu usahakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik".

Ketiga : Peruntukkan sebahagian daripada harta kita untuk membuat kebajikan untuk mengundang keberkatan di dalam rezeki yang Allah kurniakan. Amalkan sedekah, membantu kaum kerabat yang memerlukan, menyumbang untuk kegiatan agama dan kemasyarakatan dan sebagainya. Ingatlah bahawa dengan bersedekah rezeki kita akan ditambah dan diberkati. Bukankah setiap sedekah dan sumbangan yang kita hulurkan akan didoakan gantiannya oleh malaikat...? Inilah keberkatan rezeki yang dijamin oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang sudi menyumbangkan sebahagian hartanya kepada golongan yang memerlukan.
 
Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Tidak berlalu suatu Pagi bagi hamba Allah melainkan akan turun dua Malaikat (ke Dunia), maka salah satunya berdoa : "Ya Allah kurniakanlah gantian kepada orang yang menafkahkan hartanya". Lalu berdoa malaikat yang lain: "Ya Allah musnahkanlah harta orang yang bakhil."

Keempat : Peruntukkan sebahagian daripada wang yang diperolehi sebagai simpanan. Simpanan wang adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaaan di waktu kesempitan. Setiap muslim perlu memastikan dirinya sentiasa bersedia menghadapi hari-hari depannya dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang ampuh. Dia juga akan sentiasa terpelihara dari sikap meminta-minta dan menagih simpati orang lain di waktu terdesak. Dengan wang simpanan ini juga, seorang muslim dapat merancang ekonomi keluarga yang lebih baik. Islam juga menyarankan agar harta dikembangkan atau dilaburkan, namun aktiviti pelaburan itu mestilah menepati hukum syarak dan sah di sisi Islam seperti pelaburan secara musyarakah dan mudharabah. Konsep mudharabah dan musyarakah ini mestilah dipatuhi rukun-rukunnya dan memenuhi syarat-syaratnya sepanjang pelaburan dijalankan.

Di samping itu, janganlah pula kita melupakan tanggungjawab kita terhadap harta yang dikurniakan Allah SWT kepada kita iaitu kewajipan menunaikan zakat. Zakat berperanan membersihkan harta dan jiwa kita daripada noda dan dosa serta menambahkan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 103:

"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka sebagai zakat, supaya dengannya engkau membersihkan dan menyucikan mereka (daripada dosa dan akhlak yang buruk); serta doakanlah untuk mereka. (Ini kerana) sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. (Ingatlah) Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Antara intipati yang boleh dijadikan pengajaran ialah :

Pertama : Harta dan wang adalah amanah Allah yang dipinjamkan kepada manusia sebagai wasilah untuk mencapai kehidupan yang sejahtera dan diberkati, oleh itu, hendaklah dibelanjakannya mengikut jalan yang diredhai Allah.

Kedua : Islam menggalakkan umatnya memiliki, menghasilkan dan merancang penggunaan harta dengan baik dan bijaksana bagi menjamin kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat.

Ketiga : Islam menyarankan harta dikembangkan agar manfaatnya dapat dirasai oleh orang ramai menerusi zakat, perniagaan, pelaburan dan sumbangan amal jariah.

"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar".
(Al-Anfal: 28)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...