PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH - ZIKIR 2

Membaca Al-Mu'awwizat

Sabda Rasulullah s.a.w; Bacalah “Qul huwwallahu ahad” dan al-Mu’awwizatayn pada waktu petang dan pada waktu pagi sebanyak tiga kali. Akan cukup bagi kamu pemeliharaan dari setiap sesuatu.
(Tirmizi, Kitab al-Da’awat, no. 3529)
 
Al-Mu’awwizatayn yang dimaksudkan oleh hadis di atas ialah dua surah yang menggunakan perkataan “Qul a u’zu” bermaksud aku memohon perlindungan. Maka al-Mu’awwizatayn ialah dua surah pelindung dan surah yang dimaksudkan ialah surah al-Falaq dan surah al-Nas. Dalam beberapa hadis, Nabi s.a.w menyebut al-Mu’awwizat. Ketika itu ia bermaksud surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas.
 

i. Surah Al-Ikhlas
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;  Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".


ii. Surah Al-Falaq
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".


iii. Surah An-Anas
Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".


Dibaca Dalam Pelbagai Keadaan

Disebabkan kelebihannya yang terlalu besar, maka baginda s.a.w telah mengamalkan tiga surah ini dalam banyak keadaan. Antaranya;

1) Ketika hendak tidur dan bangun dari tidur.

Dari Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila ia hendak tidur pada setiap malam, ia merapatkan kedua tapak tangannya kemudian menghembuskannya dan membacakan padanya “Qul huwwallahu ahad” dan “Qul a ‘uzubirabbil falaq” dan “Qul a ‘uzubirabbinnas” kemudian ia menyapu kedua tangannya itu pada tempat yang boleh dicapai pada tubuhnya bermula dengan kepala, wajah dan tubuhnya. Ia melakukan demikian sebanyak tiga kali.
(Bukhari, Kitab Fadail al-Quran, Bab Fadail al-Muawwizat, no. 4657)

2) Ketika sakit

Dari ‘Aisyah r.a bahawa Rasululllah s.a.w telah membacakan ke atas dirinya al-mu’awwizat dan menghembuskannya. Aisyah berkata lagi; tatkala baginda s.a.w jatuh sakit, aku telah membacakan ke atasnya dan menyapu tubuh badan baginda s.a.w dengan telapak tangan baginda sendiri kerana mengharapkan keberkatan tangannya.
(Bukhari, Kitab Fadail al-Quran, baba Fadail al-Muawwizat, no. 4656)

3) Selepas solat

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir telah berkata; “Rasulullah s.a.w telah menyuruh aku supaya membaca al-Mu’awwizat selepas setiap solat.”
(Abu Daud, Kitab al-Witr, Bab fi al-Istighfar, no. 1306)

Tiga surah yang pendek tetapi mempunyai fadilat yang sangat besar. Maka apakah kita masih mengharapkan dan bergantung pada yang lain selain Allah?

Pintalah kepada Allah. Mohonlah kepada Nya. Selain Allah tidak berupaya memberikan pertolongan yang di harapkan oleh manusia. Selain Allah semuanya lemah baik dari kalangan jin mahupun manusia. Kita juga tidak perlu kepada tangkal dan azimat bahkan ia boleh membawa kepada rosaknya akidah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pemberi perlindungan.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w ada mengingatkan: “Kiranya kamu mahu meminta pertolongan mintalah pertolongan dengan Allah.”
(Tirmizi, Kitab sifat al-Qiyamah wa al-Wara’, no. 2454)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...