PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SUMBANGAN VAN JENAZAH OLEH BANK RAKYAT


Bank Rakyat serah 20 lagi van jenazah dan 2 van pengangkutan bernilai lebih RM1.7 juta kepada 20 masjid dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing serta SM Agama Al-Ittifaqiyah, Guai, Temerloh, Pahang. Majlis penyerahan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam satu majlis ringkas di Ibu Pejabat Bank Rakyat pada hari Khamis 1 November 2012. Sehingga kini Bank Rakyat telah menyalurkan 41 van jenazah ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bernilai RM3.2 juta.

 

 
 
 
 


Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) merupakan salah satu masjid yang menerima sumbangan tersebut. Tuan Hj. Wan Chik dan Encik Ahmad Nawai mewakili MTCJ menerima Van tersebut daripada wakil Bank Rakyat.

NAZIR dan AJK MTCJ mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat di atas sumbangan Van Jenazah tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...