PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Berbakti Kepada Ibu Bapa Adalah Segala-segalanya

Hadith:

Dan daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As katanya, “Seorang lelaki mengadap Rasulullah lalu berkata, “Aku mengikat janji dengan engkau untuk turut serta berhijrah dan berjuang (jihad) untuk menuntut ganjaran pahala daripada Allah Taala”, Rasulullah bertanya, “Adakah salah seorang orang tuamu masih hidup?”,jawabnya, “Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup”. Rasulullah bertanya lagi, “Engkau mahukah menuntut pahala daripada Allah Taala?” Jawabnya, “Ya”. Kata Rasulullah, “Pulanglah kepada kedua-dua ibu bapamu dan berbuat baiklah (berbaktilah) kepada kedua-duanya”.
(Riwayat: Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

1. Menjaga dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

2. Islam menyeru umatnya supaya menjaga ibu bapa mereka dengan sebaik-baiknya.

3. Hubungan sesama manusia adalah lebih penting lebih-lebih lagi golongan yang lebih muda dengan golongan yang lebih tua.

4. Walaupun hijrah itu wajib tetapi apabila bertembung dengan kewajipannya terhadap ibu bapa maka diutamakan kewajipan terhadapa ibu bapa jika agama dapat dipelihara (dilaksanakan perintahnya) disisi mereka, dan jika tidak maka wajiblah berhijrah dengan meninggalkan mereka untuk menyelamatkan agama seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat (muhajirin).



Sumber : JAKIM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...