PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MENGENALI QANUN JENAYAH SYARIAH

Sesungguhnya Allah SWT mencipta manusia dengan pelbagai bangsa, rupa, budaya dan aras pemikiran serta emosi yang berbeza. Maka Allah SWT juga telah menurunkan satu Syariat yang lengkap untuk manusia seluruhnya, demi untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 179:

Dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui keadaan dan keperluan hidup manusia dalam bermasyarakat. Bahkan Allah SWT yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih akan memastikan kehidupan manusia tidak menjadi porak peranda tanpa panduan dan petunjuk daripada-Nya.

Kerana itulah, syariat Islam ini diturunkan dengan begitu lengkap, merangkumi segenap aspek kehidupan daripada soal bagaimana hendak beribadat hinggalah kepada aspek sosialnya, perundangan, ekonomi, kewangan, kenegaraan, hubungan antarabangsa dan sebagainya. 

Apakah yang dimaksudkan dengan Qanun Jenayah Syariah ? Qanun Jenayah Syariah adalah undang-undang yang berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan nyawa, tubuh badan, maruah, agama, keturunan dan harta benda orang lain dengan mengikuti lunas-lunas syarak.


Sebenarnya Qanun Jenayah Syariah ini telah pun dilaksanakan dengan cemerlangnya di zaman Rasulullah, Khulafa’ al-Rasyidin, kerajaan Islam Umaiyah, Abbasiyyah, Andalusia dan Empayar Uthmaniah dan umat manusia ketika itu hidup dengan aman damai dan mengecap keadilan dalam pemerintahan. Sejarah juga mencatatkan pelaksanaannya oleh Kerajaan Melayu Melaka yang menguasai perdagangan Timur dan Barat ketika itu, Kerajaan Terengganu, Perak, Pasai dalam rumpun Melayu keseluruhannya suatu masa dahulu sebelum dijajah oleh kuasa Eropah.

Pelaksanaannya telah membuktikan keamanan dan kebahagiaan, sebagai contohnya kerajaan Arab Saudi dalam tempoh pelaksanaannya selama 24 tahun, hanya 16 orang sahaja dijatuhi hukuman potong tangan kerana mencuri. Dan diperingkat awal lagi kerajaan Brunei juga telah merasai kesan yang baik setelah melaksanakan Qanun Jenayah Syariah bagi fasa pertama.

Qanun Jenayah Syariah merangkumi tiga aspek, iaitu :

1. Undang-undang bagi kesalahan Qisas.

Iaitu yang melibatkan kesalahan bunuh dan kecederaan yang boleh dibalas sama sepertinya yang melibatkan kesalahan qisas dan diyat. 

2. Undang-undang Hudud.

Di mana terdapat enam kesalahan jenayah yang akan dijatuhi hukuman mandatori, iaitu kesalahan  zina dan liwat, menuduh orang berzina (qazaf), minum arak, mencuri, merompak dan murtad.

3. Undang-undang Ta’zir.

Iaitu kesalahan jenayah selain daripada kesalahan qisas dan hudud. Yang mana hukuman ta’zir akan diputuskan menurut kesesuaian oleh pihak pemerintah.

Pelaksanaan Qanun Jenayah Syariah ini amat bertepatan dengan perintah Allah SWT serta dengan petunjuk Rasulullah SAW kepada kita. Bagi kesalahan zina, firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh sekumpulan daripada orang yang beriman”.

Bagi kesalahan Qazaf, iaitu tuduhan zina, Firman Allah SWT dalam Surah An-Nur, ayat 4 yang bermaksud:

Orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang fasiq”.

Bagi kesalahan mencuri pula, firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 38 yang bermaksud:

Lelaki yang mencuri dan wanita yang mencuri, maka potonglah (pergelangan) tangan (kanan) mereka sebagai satu pembalasan terhadap apa yang mereka telah kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. Allah maha berkuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Bagi kesalahan murtad pula, hadis dari Ikrimah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang menukar agama (Islamnya), maka hendaklah kamu membunuhnya”.  (Riwayat Al-Bukhari).

Bagi tujuan memelihara akal, maka Islam melarang keras umatnya meminum arak. Kesalahan meminum arak boleh dijatuhi hukuman 40 kali sebatan sebagaimana hadis daripada Anas Bin Malik RA bahaw Rasulullah SAW bersabda:

Rasulullah SAW telah mengenakan hukuman pukul dalam kes arak dengan menggunakan pelepah tamar dan kasut. Abu Bakar RA pula merotan sebanyak 40 kali”.  (Riwayat al-Bukhari).

Dan begitulah seterusnya bagi kesalahan-kesalahan yang lainnya, semuanya mempunyai sandaran hukum sama ada daripada Al-Quran, Hadis dan sumber-sumber perundangan Islam yang lainnya.

Setelah kita memahami apa itu kebaikan-kebaikan pelaksanaan Qanun Jenayah Syariah, maka amat tidak wajar bagi kita sebagai umat Islam membelakangi hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya dalam perkara ini, sehingga kita berani mengambil perundangan yang direka cipta oleh manusia biasa. Adalah amat malang, terdapat umat Islam yang mengatakan bahawa Qanun Jenayah yang diturunkan oleh Allah SWT itu sudah tidak sesuai lagi, ketinggalan zaman bahkan ada yang berani mengatakan bahawa undangundang Islam ini tidak adil.

Sedangkan kita telah berikrar dalam ikrar yang kita lafazkan setiap kali solat:

Sesungguhnya sembahyangku, pengabdianku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam”. 

Allah SWT mengingatkan kita melalui firman-Nya dalam surah alAhzab, ayat 36 :

Tidaklah patut bagi lelaki dan wanita yang beriman, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan suatu keputusan mengenai sesuatu perkara, mereka mempunyai pilihan sendiri mengenai urusan mereka. Sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata”.

Sedarlah bahawa statistik jenayah yang berlaku pada hari ini tidak pernah berkurangan walaupun kita mengguna pakai perundangan ciptaan manusia itu. Bahkan pelaku kesalahan itu akan mengulangi dan mengulangi lagi kesalahannya setelah keluar daripada penjara. Sepertinya mereka tidak akan serik dan tidak takut melakukan jenayah tersebut.

Lihatlah tinta emas sejarah Islam, apabila seluruh syariat Islam dilaksanakan dalam kerajaan Islam dahulu, tamadun kemanusiaan telah berkembang pesat dalam pelbagai bidang, masyarakat hidup aman sentosa, kemajuan sains dan teknologi telah mengalami anjakan yang amat jauh kehadapan, kegemilangan ilmu telah merentas zaman, sehingga merubah tamadun manusia di Eropah dan Barat.

Mengakhiri perkara ini, maka saranan dan perhatian penting kepada kita adalah:

1. Umat Islam hendaklah mengenali, memahami dan mempelajari Qanun Jenayah Syariah yang diturunkan oleh Allah SWT.

2. Umat Islam tidak perlu merasa takut tentang perlaksanaan Qanun Jenayah Syariah kerana telah terbukti keberkesanannya dari sudut keadilan, kesejahteraan dan ketamadunan ummah.

3. Umat Islam wajib mengimani dengan penuh yakin apa yang dijanjikan oleh Allah SWT untuk kehidupan yang lbih baik, penuh keberkatan dan diredhai oleh Allah SWT.

Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (iaitu rasul mereka sendiri) daripada tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?”.  (Surah al-Nisa’ : 41).




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...