PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MENGHAYATI KONSEP EHSAN

Hadith yang diriwayatkan oleh ‘Omar bin AlKhattab, bahawa malaikat jibril bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai iman, Islam dan ehsan. Jawapan Rasulullah s.a.w. mengenai ehsan :
"Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan sekiranya kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Dia melihat kamu".(Hadith Riwayat Muslim)

Sesungguhnya orang yang meyakini konsep ehsan sentiasa menunaikan tanggungjawab dengan sempurna. Mereka terlalu takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala yang sentiasa mengetahui segala gerak-geri, zahir mahu pun batin. Perhitungan Allah Subhanahu Wata’ala amat teliti sehingga kita tidak akan dapat melepasi tapisan rapi di mahsyar nanti. Justeru, setiap individu muslim mesti menjadikan ehsan sebagai pengawas, pemerhati dan pengawal diri.

Telah menjadi ketentuan Allah bahawa sesuatu kejayaan itu dicapai hasil daripada kerja kuat, tekun, amanah dan dedikasi. OIeh itu, Marilah kita muhasabah diri, sejauh manakah kita telah memahami konsep ehsan ke arah membawa perubahan kepada diri, keluarga, organisasi, negara dan kepentingan agama kita?

"Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan oIeh Allah kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu daripada dunia ini serta berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan "(Al-Qasas: 77).

[Teks penuh Khutbah Jumaat 23 April 2010]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...