PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

PERANAN MASJID SEBAGAI PENCETUS KEBANGKITAN UMMAH

Hubungan antara manusia dan Allah Subhanahu Wata’ala adalah merupakan hubungan yang tersangat penting. Ia bagi menentukan bahawa mahkluk memahami erti yang disembah itu ialah Khalik yang menciptakannya. Mereka mencetuskan hubungan dengan rukuk dan sujud kepada Allah melalui tempat-tempat sujud yang dikenali sebagai masjid.

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah At-Taubah itu 108:
"Kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang Engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), lebih patut Engkau bersolat di situ. Di dalam masjid itu ada orang lelaki yang ingin membersihkan (menyucikan) dirinya. Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)"

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah jin ayat 18:
"Dan sesungguhnya masjid-masjid itu kepunyaan Allah semata-mata; (untuk beribadah kepada-Nya). Maka janganlah kamu menyembah sesiapa pun di dalamnya bersama-sama Allah".

Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala, Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga".

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah An-Nur itu 36-38:
"Bertasbihlah kepada Allah di rumah-rumah ibadah yang diperintahkan oIeh Allah supaya dimuliakan kedudukannya dan disebut serta diingati nama-nama Allah padanya, di situ juga dikerjakan ibadah memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadah itu dikerjakan oIeh) lelaki yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat dan membayar zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya hati dan pandangan menjadi gusar. Agar Allah membalas mereka dengan sebaikbaik balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan menambahi limpah kurnia-Nya dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakinya dengan tidak terhitung (jumlahnya)".

Hadith nabi s.a.w. riwayat Imam Tarmizi:-
"Suruhlah manusia berbuat kebaikan dan cegahlah mereka daripada melakukan kemungkaran atau jika tidak melaksanakannya nescaya seksaan Allah boleh jadi akan mengenai kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar seksaan itu dapat dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi".

Kesimpulannya, memperkasakan masjid itu adalah bertitik-tolak daripada kefahaman kita tentang ajaran Islam yang menyeluruh dan fikrah kita yang jelas tentang mentauhidkan Allah, pentingnya dakwah Islam dan tarbiyyah untuk mengajak ummah seluruhnya kembali kepada ajaran Islam dan peranan masjid itu sendiri sebagai tempat atau wadah untuk mengislahkan ummah dan terbinanya masyarakat Islam ialah melalui masjid. Justeru, kita perlulah menjana masjid sebagai tempat;

1. Pengabdian diri kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan tempat pembentukan masyarakat Islam yang terlaksana di dalamnya ajaran Islam yang syumul;

2. Menanamkan fikrah kepada umat Islam bahawa agama Islam bersifat haraki bergerak melebarkan dakwah dan tarbiyyah ke seluruh tempat dan lorong;

3. Membina Roh Tauhid yang bersih kepada umat Islam dari pemujaan terhadap mahkluk dan segala macam toghut kepada hanya menyembah Allah;

4. Penyatuan dan pembinaan kekuatan umat Islam;

5. Sebagai One Stop Centre melengkapi:
  • Kegiatan Koperasi dan Pusat Makanan Halal untuk menjana Ekonomi Masjid;
  • Sebagai tempat Islah Sosial dengan wujudnya Pusat-pusat Kaunseling dan cakna terhadap bekas penagih;
  • Penganjuran riadhah dan sukan untuk menarik minat golongan muda;
  • Kebajikan seperti kewujudan klinik untuk memberi kemudahan kepada pesakit kurang upaya, fakir miskin bagi bimbingan kerjaya dan rumahtangga.
  • Mengadakan Karnival Jom Ke Masjid untuk menarik minat masyarakat ke masjid.
Selaras dengan itu adab-adab mengunjungi masjid perlulah dijaga dan diamalkan seperti menunaikan Solat Tahiyyatul-Masjid, menjaga kebersihan, tidak berjual-beli di dalam masjid dan tidak melakukan perkara-perkara mungkar dan tidak senonoh di dalam masjid.


(At-Taubah :18)
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk".

[Teks penuh Khutbah Jumaat 16 April 2010]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...