PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010



29 Mei 2010. Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) melalui Biro Pemuda telah mengadakan Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010 di perkarangan pakir masjid. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Saudari Teo Nie Ching. Tujuan program ini adalah untuk mengajak para belia dan kanak-kanak untuk mendekati masjid disamping mengeratkan komuniti penduduk tempatan.

Sebanyak empat (4) kategori dipertandingan iaitu :

a. Kategori Bawah 12 tahun
b. Kategori Bawah 15 tahun
c. Kategori Bawah 18 tahun; dan
d. Kategori Terbuka.

Sebanyak 36 pasukan menyertai karnival ini iaitu 10 pasukan daripada setiap kategori kecuali kategori bawah 18 tahun hanya 6 pasukan. Program ini selesai jam 1.00 petang.



Lawatan ini juga YB Saudari Teo telah menyampai Cek Peruntukan yang bernilai RM500 untuk kegunaan Majlis perayaan Aidifitri kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Cek telah diterima oleh wakil Persatuan PPPBCJ (Encik Mat Zin bin Hussain) dan disaksikan oleh Ketua Kampung Cheras Batu 11 Encik Alex Neo.




Sebelum YB Sdri Teo, berangkat pulang, Setiausaha MTCJ sudi menyampaikan cenderhati sebangai kenangan daripada AJK MTCJ.


Aktiviti ini juga dimuatkan dalam website YB. Berikut adalah website beliau :
Laman Web Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching



1 comment:

  1. salam. saya izzat. nk tau sangat mcm mana boleh berhubung dengan penyelaras blog masjid ni ye? saya ada hajat sikit la. minx boleh inform saya pd email saya ya. mnmnur@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...