PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SELAMATKAN MASJIDIL-AQSA

Sejak berzaman lagi Yahudi berusaha untuk meruntuhkan Masjidil-Aqsa bermula dengan siri pengeboman terhadap masjid suci yang ketiga umat Islam pada 01 Mei 1980 setelah mereka berusaha untuk memusnahkannya dengan membakarnya pada tahun 1969. Hari ini usaha meruntuhkan Masjidil-Aqsa giat dijalankan dengan menggali terowong di bawah Masjidil-Aqsa supaya masjid ini runtuh dengan sendirinya dan didirikan di atasnya Haikal Sulaiman (Kuil Yahudi) yang merupakan di antara matlamat mereka untuk menguasai Masjidil-Aqsa.Kini Masjidil-Aqsa dalam keadaan merbahaya. Zionis Yahudi berusaha memastikan doktrin-doktrin Thalmud, kitab yang menyeleweng yang mereka yakini dapat direalisasikan dengan proses pengyahudian dan projek-projek penempatan rumah-rumah haram.

Masjidil-Aqsa dikepong dan umat Islam yang berumur di bawah 45 tahun tidak dibenarkan bersolat di dalamnya. Selain daripada itu kezaliman dan penindasan rakus terus-menerus berlaku. Pembunuhan kejam menggunakan senjata-senjata moden yang dimiliki mereka dibenarkan oIeh undang-undang. Mahkamah Tinggi Israel mengisytiharkan keizinan untuk orang Yahudi bersembahyang di Masjidil-Aqsa. Ajaran yang dikeluarkan oIeh paderi mereka ialah menyarankan agar warga lsrael membawa kitab Thalmud tiga kali seminggu di dalam Masjidil-Aqsa.

Pencerobohan ke atas Masjidil-Aqsa Al-Mubarak oIeh puak Ekstremis Yahudi di bawah pengawasan tentera Israel berlaku pada hari Ahad 04 Oktober 2009 yang lalu. Pencerobohan yang dilakukan itu dicetuskan selepas 9 tahun Ariel Sharon melaksanakan tindakan memalukan, berlaku pada Perayaan Yahudi 'Yom Kippur'. Tindakan mereka ini telah menyebabkan 16 orang rakyat Palestin dimasukkan ke hospital dan 9 lagi dipenjarakan. Masjidil-Aqsa Al-Mubarak adalah tempat suci bagi umat Islam tidak boleh menerima sama sekali tentera Israel bersama penduduknya melakukan jenayah yang kejam terhadap rakyat Palestin, Komuniti Muslim dan masjid sucinya.

Malangnya umat Islam masih leka dan terus menyokong bantuan-bantuan yang telah diberikan kepada Israel melalui pembelian barangan makanan, rokok, mahu pun Perkhidmatan Profesional yang secara jelas keuntungannya diberikan untuk membiayai negara Israel. Di manakah maruah umat Islam?.

Sesungguhnya kekejaman Zionis pasti akan berulang dan terus berulang tanpa mengenal siapa yang menjadi sasaran. Utusan Malaysia bertarikh 24.03.2010 melaporkan Perdana Menteri Israel “Benjamin Netanyahu” dengan bangga menyatakan Baitul-Muqaddis adalah ibu negara Israel yang sah, dengan itu tiada halangan bagi Israel untuk membina penempatan baru untuk penduduk Yahudi berhampiran Masjidil-Aqsa. Di manakah kita sekarang?. Adakah kita masih lalai dan leka?. Adakah kita masih nyenyak tidur dengan mimpi-mimpi yang indah?. Umat Islam pada hakikatnya sekarang ini sedang disibukkan dengan isu-isu remeh-temeh, dipesongkan fikiran mereka dengan sukan dan hiburan yang menghancurkan, kadangkala artis lebih dikenali daripada masjidil-Aqsa.

Namun umat Islam seolah-olah hanyut dengan kemewahan dan budaya hiburan Hidonisme khayal yang akhirnya mereka lupa dengan apa yang berlaku terhadap saudara-mara seaqidah mereka. Tusukan tajam jarum-jarum Zionis melalui hiburan, telah menyebabkan pegangan akidah umat Islam semakin longgar. Justeru, perasaan ukhuwwah perlu disemai dan dibaja semula dengan iman dan Islam, agar apa yang berlaku di Palestin dirasai bersama sehingga menghasilkan tindakan-tindakan yang sesuai sebagai seorang muslim.

Umat Islam perlu sedar, apakah yang hendak diharapkan daripada musuhmusuh Islam bagi mempertahankan dunia Islam?. Umat Islam wajib bersatu berganding bahu tanpa membuang masa dan waktu, bangun mempertahankan Baitul-Muqaddis yang satu. Islam adalah teras kepada kesedaran ini dan bukannya hanya semangat yang ditiup oIeh kepentingan individu .


[Teks penuh Khutbah Jummat 4 Jun 2010]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...