PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI MEI 2014 TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MENGHARGAI PENGORBANAN PAHLAWAN


Pahlawan adalah benteng negara, tanpa pahlawan, negara sentiasa terdedah dengan ancaman musuh, maka kerana itu kalau kita sayangkan negara, kita mestilah sanggup memberi pengorbanan untuk mempertahankan negara daripada musuh yang menggugat keselamatan dan segala bentuk pencerobohan dan penjajahan.

Tanggungjawab menjaga keselamatan negara adalah tanggungjawab setiap rakyat. Islam mengajar kita supaya cintakan negara, kerana cintakan negara itu sebahagian dari tanda adanya iman. Menjaga negara tidak hanya sekadar menjaganya dari serangan musuh yang menggugat keamanan, tetapi juga dalam pengertian yang lebih luas, iaitu menjaga maruah negara dari segala anasir yang boleh merosakkan akidah, syariah, akhlak dan pemikiran rakyat, yang akhirnya akan menghancurkan kebahagiaan hidup seluruhnya.

Dalam hal tersebut, Rasulullah s.a.w. sangat tegas dan pantas bertindak menyelamatkan negara Islam yang Baginda tubuhkan bersama-sama para sahabatnya, dalam tempoh hanya 10 tahun negara Islam Madinah didirikan lebih 100 kali peperangan menentang musuh telah Rasulullah s.a.w. lakukan. Semata-mata dengan tujuan menjaga akidah, syariah, akhlak dan pemikiran umat Islam agar terus terpelihara dan dapat bertahan.

Sejarah keberanian dan kepahlawanan sahabat, sama ada lelaki mahu pun wanita telah dirakam oIeh sejarah Islam sehingga ada yang syahid seperti dalam Peperangan Badar Kubra, seramai 14 orang Islam terkorban syahid, begitu juga dengan Peperangan Uhud yang terkorban syahid seramai 70 orang. Sejarah Islam juga merakamkan kepahlawanan wanita Islam yang sama-sama terlibat dalam peperangan mempertahankan Rasulullah s.a.w. sebagai serikandi wanita yang berani.

Sekiranya Napoleon Bonaparte di Eropah mempunyai Beureta dan Agustina Saragaso sebagai pahlawan serikandi agungnya yang diberi penghormatan tinggi negara dalam Sejarah Eropah. maka Islam banyak menampilkan serikandi pahlawan wanita muslimatnya, contoh seperti Aisyah dan Ummu Salim serta wanita-wanita daripada Bani Jahsyin bin Bakr dalam Peperangan Uhud, seperti Ummu Ruqaidah, Ummu Ziyad, Asiah dan Ummu ‘Attiyah dan anak perempuan Mu’az (Rabi’) yang menjadi pahlawan serikandi dalam Peperangan Khaibar dan tujuh peperangan yang lain. Dalam Peperangan Khandaq, Safiah (ibu saudara Rasulullah s.a.w.) dengan sebatang kayu khemah tampil menyerang Yahudi Bani Quraizah dan membunuhnya serta-merta.

Kalau Serikandi Wanita Islam membuktikan keberanian mereka, maka sejarah Islam tidak lupa merakamkan kepahlawanan para sahabat seperti Sa’ad Aljumahi, Abdullah bin Huzaifah, Abdullah bin Mas’ud, Salman Al-Farisi, ‘Ikrimah Al-Makhzumi, ‘Adi bin Khatim, Abdullah bin Ummu Maktum, Abdullah bin ‘Abbas, Shohaib Ar-Rumi, Zaid bin Harithah, Usamah bin Zaid, ‘Umair bin Sa’ad serta beratus-ratus pahlawan lagi yang syahid, berjiwa berani, ikhlas kerana Allah mempertahankan agama, akidah dan syariah serta Daulatul-Islamiah.

Contoh-contoh kepahlawanan sahabat yang disebutkan tadi, adalah pahlawan Islam sebenar yang berjuang atas dasar akidah, syariah dan akhlak Islam yang tinggi, berani kerana Allah, sanggup mati syahid mengharap keredhaan Allah dan ia menjadi pra-syarat kemenangan Islam dan keutuhan Daulatul-Islamiah yang dibina, serta keamanan dan kesejahteraan umat Islam yang duduk bernaung di bawahnya.Kerana itu pahlawan yang berjuang kerana Allah untuk mempertahankan agama dijanjikan ganjaran yang sangat tinggi nilainya, seperti sabda Rasulullah s.a.w.;

Berjuang di jalan Allah satu hari, lebih baik daripada dunia dan apa yang ada di atasnya”.(Riwayat Al-Bukhari).

Hadith tersebut membuktikan bahawa mereka yang memperjuangkan akidah, syariah dan akhlak Islam, sebagai agama yang mulia dan tinggi, mempertahankan Seruan Dakwah dan kedaulatan hukum-hakam Allah, lalu ia gugur tewas, mati mereka diberi ganjaran syahid, kehidupan mereka dinilai tinggi lebih dari nilai dunia dan segala isinya.

Negara kita Malaysia telah bebas dari penjajah Inggeris semenjak lebih 50 tahun yang lampau, perajurit kita telah berjuang mempertahankan negara menghalau komunis yang mengambil kesempatan untuk berkuasa, ke hutan belantara mereka redah, ke gunung mereka daki, ke lurah paya mereka harungi. Mereka diserang hendap, hujan peluru mereka tempuhi, jerangkap samar mereka jejaki, kedinginan malam dalam hutan belantara menjadi selimut tebal mereka, ada yang terkorban meninggalkan anak dan isteri tercinta, ada yang masih hidup membawa derita kaki terpotong, tangan terputus menjadi kudung.

Ada antara pahlawan yang menerima pingat penghargaan, ada juga yang tinggal kenangan pahit sebagai ingatan menanti saat-saat kematian, sebagai pahlawan tanahair yang tercinta, mereka adalah pahlawan gagah yang kita banggakan, mungkin mereka saudara-mara kita, jiran tetangga kita, bapa atau datuk kita sendiri. Ucapkanlah tahniah tanda penghargaan kita kepada mereka, doakanlah mereka semoga Allah menerima jasa besar mereka sebagai pahala jihad di jalan Allah Subhanahu Wata’ala. Kepada mereka yang pergi, kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat oIeh Allah, diampunkan dosa kesalahan mereka, dikurniakan syafa’at melalui nabi Muhammad s.a.w. dan mendapat kebahagiaan di akhirat.

Pahlawan terbilang bukan sahaja dari kalangan tentera bersenjata yang menggempur musuh di perbatasan, tidak terkecuali juga dari kalangan pemimpin-pemimpin yang ikhlas berjuang di jalan Allah, ulama’-ulama’ yang sedar dan insaf atas tanggungjawab dan amanah menyedarkan masyarakat tentang cintakan negara dan mulianya berjihad mempertahankan negara atas dasar agama.

Mereka itu antaranya seperti Tok Ku Paloh dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung yang menentang penjajah British di Terengganu, Tok Janggut atau Tuan Guru Haji Hasan bin Munas di Kelantan yang syahid dibunuh, Mat Kilau di Pahang, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela, juga nama-nama terkenal seperti Dr. Burhanuddin Al-Hilmi dan ustaz Abu Bakr Baqir dari Gunung Semanggul, Perak, di mana penjajah dan orang yang memusuhi pergerakanmereka menggelarkan pergerakannya sebagai "Bahaya yang turun dari gunung".

Begitulah mehnah, dugaan dan cabaran yang terus-menerus menghimpit setiap pahlawan dan pejuang tanahair, namun tanpa rasa jemu, kecewa dan hampa, matlamat perjuangan terus dikejar, ‘akidah dipegang, syariat dijunjung, keikhlasan hati berjuang kerana Allah tetap dicari dalam mempertahankan negara, agama dan bangsa muslim yang mengejar janji Allah, mereka yang berjuang kerana Allah, Allah pasti akan mengukuhkan perjuangan mereka. 

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam surah Muhammad ayat 7:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah (memperjuangkan agamanya), pasti Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.

Pahlawan yang sebenar ialah mereka yang berjuang untuk semua manusia, tanpa mengira bangsa, bahasa, keturunan, pangkat dan di mana sahaja negeri tempat mereka berteduh, perjuangan atas dasar faham ‘asabiyyah dan perkauman dilarang oIeh Islam, perjuangan kerana merebut harta, nama untuk disanjung-sanjung dan ingin kedudukan yang baik, maka tidak boleh diterima sebagai pahlawan yang berjuang di jalan Allah. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang ditanya oIeh seorang lelaki tentang hakikat sebenar perjuangan;

"Ada pahlawan yang berperang kerana mengharapkan harta, ada pahlawan yang berperang untuk mendapat kemasyhuran dan ada pahlawan yang berperang supaya diberi jawatan atau kedudukan yang baik, maka yang mana satukah pejuang di jalan Allah? Nabi menjawab; Sesiapa yang berperang meninggikan kalimah Allah yang tinggi, maka dialah sebenarbenar pahlawan yang berjuang di jalan Allah".(Riwayat Al-Bukhari).

Saya menyeru kepada semua umat Islam, marilah kita sama-sama menghargai pengorbanan dan perjuangan pahlawan-pahlawan kita dengan:
  1. Memandang tinggi pahlawan-pahlawan yang mempertahankan negara, menjaga keselamatan dan keamanan hidup rakyat, terutama yang mempertahankan kesucian agama Islam yang kita sanjung tinggi kerana sikap cintakan negara itu adalah sebahagian daripada iman. 
  2. Semangat kepahlawanan para sahabat yang menjaga negara dan agama, wajib dicontohi oIeh setiap orang pahlawan kita, jika kita inginkan keredhaan Allah dan ganjaran yang tinggi, sebagai pahala jihad di sisi Allah.
  3. Semangat berani dan sanggup menggadai nyawa untuk syahid demi berjuang mempertahankan agama dan negara, wajib ada dalam setiap jiwa umat Islam.
  4. Sejarah kepahlawanan sebenar dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w., harus menjadi sukatan atau Modul Pembentukan Jiwa Remaja bakal pemimpin dan pahlawan yang cintakan tanahair.
  5. Semangat mempertahankan akidah, syariah, jihad dan akhlak Islam, mesti bersepadu dengan setiap latihan dan pembentukan pahlawan negara agar perjuangan pahlawan dicintai dan diredhai oIeh Allah sebagai pahlawan yang sebenar-benarnya.
  6. Kemerdekaan dan hak-hak rakyat mestilah dipelihara dan dilindungi tanpa diceroboh oIeh golongan yang mahu merampas hasil perjuangan leluhur silam dengan merenggut kemerdekaan umat dengan cara menakut-nakutkan mereka dengan dakwah dan gendang Islam yang dihubung-kaitkan dengan keganasan. Sehingga akhirnya Hak-hak Asasi Rakyat dan orang ramai dicerobohi sewenang-wenangnya atas dakwaan palsu demi menjaga keamanan.
Sesungguhnya penghargaan pahlawan silam ialah dengan mempertahankan ciri-ciri kebebasan dan kemerdekaan itu sendiri daripada sebarang gugatan.

"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan atau pun dengan keadaan berat (iaitu sama ada dalam keadaan susah atau senang, bersemangat atau tidak bersemangat); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ".( At-Taubah : 41)



Sumber : JAIS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...