PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

BERNIAGALAH MENGIKUT SYARIAT ISLAM


Allah SWT melarang manusia daripada mengambil harta orang lain dengan cara yang tidak dihalalkan oleh syariat Islam seperti mencuri, menipu, khianat, merampas, ragut, riba, rasuah dan lain-lain lagi. Sebaliknya harta yang diperolehi hendaklah daripada sumber yang halal seperti perniagaan yang dilakukan mengikut syariat Islam. Cara ini tidak akan ada pihak yang merasa dizalimi bahkan dapat pula membantu orang lain untuk memenuhi keperluan mereka.

Perniagaan dalam Islam dianggap sebagai suatu pekerjaan yang mulia kerana di dalamnya wujud amalan membantu memenuhi keperluan hidup umat manusia.


Rasulullah s.a.w sendiri sebelum diangkat menjadi rasul, Baginda telah terlibat dalam dunia perniagaan semenjak usia remaja lagi. Baginda juga digelar sebagai seorang peniaga yang berjaya kerana apabila setiap kali memperdagangkan barangan milik saidatina Khadijah, baginda akan membawa pulang keuntungan yang berlipat kali ganda. Begitu juga dengan para sahabat Rasulullah s.a.w seperti saidina Abu Bakar as-siddiq, Zubair Al-Awwam, Talhah bin Ubaidillah dan lain-lain lagi, kebanyakannya melibatkan diri dalam dunia perniagaan selain melaksanakan tugas dakwah dan jihad fi sabilillah.

Perniagaan merupakan sebagai suatu cabang muamalah dalam Islam. Islam juga telah meletakkan beberapa peraturan bagaimana seharusnya seseorang peniaga itu menjalankan aktiviti perniagaannya, antaranya ialah;

Pertama : Hendaklah Perniagaannya Itu Tidak Melalaikannya Daripada Mengingati Allah SWT.

Para peniaga khususnya perlu menyedari bahawa sesibuk mana sekalipun kita dengan aktiviti perniagaan, hakikatnya seruan Allah itu merupakan perkara utama yang mesti didahulukan. Ini kerana setiap rezeki yang kita dapati daripada perniagaan adalah kurniaan daripada Allah SWT.

Dalam hal ini, ahli-ahli perniagaan di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w boleh dijadikan contoh teladan yang baik di kalangan para peniaga yang ada pada hari ini. Sekalipun mereka sibuk dengan perniagaan tetapi apabila Rasulullah s.a.w menyeru untuk berjihad, maka merekalah orang yang akan tampil kehadapan memberikan segala bantuan yang diperlukan termasuk harta dan jiwa raga mereka. Mereka tidak tamak dengan harta perniagaan yang mereka miliki.

Mereka juga tidak gusar tatkala menghentikan aktiviti perniagaan semata-mata kerana menyahut seruan Allah dan juga rasul-Nya. Oleh itu janganlah kita mengabaikan kewajipan terhadap Allah SWT untuk menunaikan solat fardhu dan solat Jumaat, terutama sekali untuk menghentikan aktiviti perniagaan ketika laungan azan solat fardhu dan Jumaat berkumandang.

Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 37:

"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat, mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya hati dan pandangan menjadi gusar".

Kedua : Hendaklah Bersifat Jujur Di Dalam Menjalankan Perniagaan.

Islam melarang dengan tegas sebarang bentuk aktiviti penipuan dalam perniagaan. Antara bentuk penipuan adalah seperti mengurangkan timbangan, bercakap bohong mengenai nilai barangan, mengkhianati perjanjian dan lain-lain lagi. Kesemua ini adalah antara perkara keji yang melanggar etika perniagaan dalam Islam.

Firman Allah SWT dalam surah As-Syu'ara' ayat ke 181-183 ;

"Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain. Dan timbanglah dengan neraca yang tepat timbangannya. Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi".

Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan amaran yang keras kepada peniaga yang menipu dalam timbangan melalui firman-Nya dalam surah Al-Mutaffifin ayat ke 1-6 ;

"Kecelakaan besar bagi orang yang curang (menipu dalam timbangan dan sukatan) iaitu apabila mereka menerima sukatan daripada orang lain mereka meminta dipenuhi; Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. Adakah mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati) Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). Hari di mana manusia berdiri untuk menghadap Tuhan sekalian alam".

Ketiga : Hendaklah Bersifat Amanah Dan Bertanggungjawab Di Dalam Perniagaannya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal ayat ke 27 ;

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui (dosanya)".

Antara kewajipan dan tanggungjawab seorang peniaga ialah menyediakan barangan keperluan masyarakat dengan kadar nilaian harga yang berpatutan.

Islam melarang keras perbuatan segelintir peniaga yang sengaja menyembunyikan barangan keperluan dengan tujuan meningkatkan permintaan pengguna, seterusnya menaikkan harga jualan sehingga berlipat kali ganda. Sebagai seorang yang beriman kita yakin bahawa perbuatan seperti ini hanya akan mengundang kemurkaan Allah SWT.

Hadis daripada Umar al-khattab R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

"Barangsiapa yang menyembunyikan makanan keatas kaum muslimin maka Allah akan menimpakan kepadanya penyakit kusta atau muflis".

(Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Selain daripada saranan dan peraturan yang telah disebutkan, seorang peniaga juga hendaklah memiliki sifat-sifat terpuji seperti bermurah hati, bertolak ansur dan bertimbang rasa. Sifat seperti ini amat dituntut oleh Rasulullah s.a.w di dalam diri seorang peniaga sebagaimana sabdanya yang bermaksud;

"Allah mengasihi orang yang bermurah hati ketika ia menjual, ketika ia membeli dan ketika ia menuntut haknya".

(Riwayat Bukhari)

Islam sebagai agama yang sempurna telah menetapkan undang-undang dan peraturannya bertujuan menjamin kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Maka seharusnya melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan, umat Islam dapat hidup bersatu padu dan saling bantu membantu di antara satu sama lain. Perniagaan juga seharusnya dapat mengajar manusia agar hidup berlandaskan lunas undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

"Wahai orang yang beriman! Apabila dilaungkan seruan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu). Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenar)".

(Al-Jumuah : 9)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...