PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

BERDAKWAH ITU WAJIB


Islam yang kita kasihi dan anuti ini telah sampai kepada kita di Rantau Nusantara sejak Kurun Kedua Hijrah atau Kurun Kesembilan Masihi lagi. Dakwah Islam telah berkembang dengan begitu pesat dan pantas dalam dua ratus tahun pertama, sejak ia dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. Ini menunjukkan, para pendakwah Islam telah melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang walaupun menempuh jarak ribuan batu, sama ada melalui jalan darat mahupun laut.

Semangat ini dapat dilihat dari ucapan seorang panglima tentera Islam, ‘Uqbah bin Nafi' ketika beliau sampai di pantai lautan Atlantik selepas membuka wilayah Maghribi. Beliau berkata:

"Ya Allah, jika aku tahu di sebalik lautan ini ada daratan, nescaya akan aku sampaikan Islam ke sana".


Persoalan yang timbul sekarang adalah apakah rahsia di sebalik kesungguhan mereka menyampaikan risalah Islam itu? Dan apakah pula yang dapat kita hayati dan contohi daripada kesungguhan mereka?

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah, kefahaman terhadap hukum dan kelebihan dakwah itu sendiri.

Ramai orang menyangka bahawa tugas menyampaikan seruan Islam atau kerja menyampaikan apa sahaja mesej Islam adalah tugas para ulama' sahaja, sedangkan nas-nas Al-Quran dan hadis tidak menyatakan begitu. Tugas mulia yang dipikul oleh para nabi ini sebenarnya adalah kewajipan setiap Muslim di kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana baginda adalah rasul yang terakhir, ia perlu diteruskan oleh umat baginda. Hukum wajib berdakwah atas setiap orang ini dapat difahami berdasarkan hadis daripada Abdullah ibnu Amr bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat".

Dalam konteks hidup bermasyarakat, Islam menetapkan perlunya ada kelompok yang berperanan dalam melaksanakan tugas dakwah.

Firman Allah SWT dalam surah Ali ‘Imran ayat 104:

"Hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya".

Berdasarkan ayat tersebut, tugas dakwah itu merangkumi tiga bidang iaitu;
  • Pertama   : Kewajipan menyeru kepada kebajikan merupakan tanggungjawab bagi setiap Muslim.
  • Kedua      : Kewajipan menyuruh kepada kebaikan iaitu dengan menggunakan kuasa atau pengaruh yang ada pada kita.
  • Ketiga      : Kewajipan melarang atau mencegah daripada melakukan segala kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT.
Ketiga-tiga bidang dakwah itu, perlu dilaksanakan secara bersama bagi menjamin kelangsungan masyarakat Muslim patuh kepada perintah Allah SWT.

Oleh kerana itu, tugas dakwah ini sangat penting sehingga ia menjadi syarat kemuliaan ummah. Umat Islam hanya akan menjadi mulia apabila kita melaksanakan tugas ini.

Firman Allah SWT dalam surah Fussilat ayat 33:

"Tidak ada seorang pun yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata, "Sesungguhnya aku tergolong di kalangan orang Islam (yang patuh kepada Allah)".

Tanggungjawab dakwah itu hendaklah dilaksanakan sama ada secara individu mahupun berjemaah. Bahkan, jika kita mengabaikannya, Allah SWT mengancam dengan bala dan kebinasaan. Ancaman ini dijelaskan dalam sebuah hadis Qudsi daripada ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Wahai Manusia! Sesungguhnya Allah azza wajalla berfirman: Suruhlah kepada perkara makruf dan cegahlah kepada perkara mungkar, sebelum berlaku sesuatu keadaan apabila kamu berdoa kepada-Ku, Aku tidak kabulkan doa kamu. Kamu memohon sesuatu kepada-Ku, Aku tidak tunaikan dan jika kamu memohon pertolongan kepada-Ku, maka Aku tidak memberi pertolongan kepada kamu". (Riwayat al-Baihaqi)

Bani Israel pernah ditimpa bala apabila mereka mengabaikan tugas dakwah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ma'idah, ayat 78-79:

"Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka antara satu sama lain tidak pernah mencegah tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruka apa Yang mereka telah lakukan".

Justeru, dalam kesempatan yang berharga ini, marilah kita bersama-sama memahami dan menghayati tugas dan tanggungjawab kita yang sebenar di muka bumi ini. Antaranya ialah;
  • Pertama   : Hendaklah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas dakwah yang wajib dilaksanakan oleh kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
  • Kedua      : Hendaklah berusaha untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
  • Ketiga     : Hendaklah bertanggungjawab menunaikan kewajipan ini demi memenuhi tuntutan Allah supaya masyarakat terhindar daripada ditimpa bala dan kemurkaan Allah.
  • Keempat : Hendaklah mengamalkan sikap tegur-menegur apabila melihat perkara mungkar di hadapan mata kita.
  • Kelima    : Hendaklah mengajak keluarga dan masyarakat kepada kebaikan kerana Islam yang mahukan kita menjadi masyarakat yang prihatin dan peka terhadap tingkah laku manusia di sekeliling kita.
  • Keenam  : Hendaklah memberikan kerjasama kepada aktiviti-aktiviti dakwah yang dijalankan.

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang dari berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana". (At-Taubat : 71)

.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...