PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

ANAK PERMATA AYAH BONDA


Forum Keibubapaan dengan mengupas tajuk "ANAK PERMATA AYAH BONDA" telah berjaya diadakan  pada pagi Ahad 15 Julai 2012 di Dewan Solat, Masjid Taman Cheras Jaya. Dua ahli panel telah dijemput untuk tujuan ini adalah :

Panel 1
PROF. MADYA DR. HARLINA HALIZA HJ. SIRAJ
Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi
Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
website : drhar.blogspot.com/

dan

Panel 2
DR. ALIZI ALIAS
Pakar Psikologi
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM)
website : blogs.iium.edu/alizi

serta

Moderator
ALLY ISKANDAR MOHD MARDZI
Personaliti TV3




FIRMAN ALLAH :


 وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا 

 yang bermaksud :

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa." (Surah Al-Furqan(25). Ayat 74)

Antara strategi nya adalah :
  1. Memilih pasangan hidup yang baik
  2. Mempunyai asas ilmu berkaitan keibubapaan dan kekeluargaan
  3. Memberi pendidikan yang komprehensif
  4. Mengutamakan pemantapan aqidah dan tauhid
  5. Merancang kehadiran setiap anak dalam keluarga
  6. Mengamalkan gaya keibubapaan yang berkesan

Program ini tamat jam 12.30 tengahari.

Untuk maklumat terperinci kupasan ahli panel tersebut, tuan-puan bolehlah mendapatkan DVD Forum ini melalui Setiausaha JK Masjid dengan sedikit sumbangan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...