PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

PUASA : 57 Hadis disebut dalam Sahih Bukhari



Terdapat 57 hadis berkaitan puasa dalam Sahih Bukhari. Berikut adalah sebahagian daripada nya :

1. Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0032.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"



2. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0935.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Allah berfirman: "Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri, melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagi-Ku, dan Aku membalasi puasanya itu. Puasa itu bagaikan perisai; maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka janganlah berkata kotor dan jangan pula berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya, maka hendaklah ia mengatakan: 'Aku ini puasa.' Demi Allah, yang diri Muhammad berada dalam genggaman-Nya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Bagi orang yang puasa ada dua kegembiraan yang menggembirakannya: Apabila ia berbuka ia gembira, dan apabila ia menemui Tuhannya, ia gembira dengan puasanya."


3. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0944.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya:

"Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya, melainkan bagi orang yang memang biasa puasa pada hari itu, maka dia boleh puasa pada hari itu."


4. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0970.

Dari' Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Barangsiapa meninggal dunia sedangkan ia ketinggalan puasanya, (maka puasa yang ketinggalan itu) boleh dipuasakan (dibayar) oleh walinya."


5. Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0957.

Dari' Aisyah r.a., katanya:

"Nabi saw. pernah mendapati fajar dalam bulan Ramadhan dalam keadaan junub bukan bermimpi, lalu beliau mandi dan terus puasa. "


6. Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0038.

Thalhah bin Ubaidillah mengabarkan,

"Seorang laki-laki Nejd datang kepada Rasulullah saw. dengan kepala penuh debu. Kami mendengar laranya tetapi (tidak mengerti apa yang diucapkannya; sehingga dia mendekatkan diri kepada Rasul Allah saw. Kiranya dia menanyakan perihal Islam." Sabda Rasulullah saw; "Lima solat sehari semalam." Bertanya pula dia; "Apakah lagi selain itu?" Jawab Nabi saw, "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan solat sunat:" Rasulullah saw. melanjutkan, "Dan puasa bulan Ramadhan." Bertanya pula dia; "Adakah lagi selain itu?" Jawab Nabi. "Tidak! Kecuali jika anda suka melakukan yang sunat." Rasulullah meneruskan, "Dan zakat." Orang itu bertanya pula, "Adakah lagi selain itu?" Kemudian orang itu pergi. Sambil berkata, "Demi Allah! Tidak akan saya tambah dan tidak akan saya kurangi apa yang Anda sebutkan itu." Maka sabda Rasulullah saw. "Dia pasti beruntung kalau apa yang dikatakannya itu benar-benar ditepatinya."


7. Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1582.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya:

Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit.

Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya."

Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku."



Sumber : Mutiara Hadis


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...