Daripada Abu Hurayrah, katanya:
“Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. muncul di hadapan orang ramai, tiba-tiba datang seorang lelaki, lalu bertanya:
“Apa itu iman?”
Baginda menjawab:
“Iman itu ialah kamu beriman dengan Allah, para Malaikat-Nya, beriman dengan pertemuan dengannya, beriman dengan Rasul-rasul-Nya dan beriman dengan hari kebangkitan.”
Lelaki itu berkata:
“Apakah Islam?”
Baginda menjawab:
“Islam itu ialah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatupun, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat yang diwajibkan dan puasa Ramadan.”
Lelaki itu bertanya lagi:
“Apakah ihsan pula?”
Baginda menjawab:
“Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihatnya ketahuilah bahawa Dia melihat kamu.”
Lelaki itu terus bertanya lagi:
“Bilakah berlaku Qiamat?”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Orang yang ditanya itu tidaklah lebih mengetahui daripada yang bertanya, bagaimanapun aku akan memberitahu kamu tentang alamat-alamatnya, iaitu apabila hamba (perempuan) melahirkan tuannya, dan apabila pengembala-pengambala unta yang hitam itu berlumba-lumba meninggikan bangunan. Dalam lima perkara yang diketahui oleh Allah,
kemudian Rasulullah s.a.w. membaca…
Sesungguhnya pada Allah sahajalah pengetahuan tentang Qiamat ,
kemudian lelaki itupun pergi. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Panggilkan orang itu kembali”, tetapi mereka tidak dapat menjejakinya.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Itulah Jibril, beliau datang untuk mengajar kepada manusia agama mereka.”
(al-Bukhari, no: 50 , Muslim, no: 9)
No comments:
Post a Comment