ان لجسدك عليك حقاً
Maksudnya :
"Sesungguhnya tubuh kamu mempunyai hak yang harus kamu penuhi."
1. MEMBASUH TANGAN
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan.
Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
"Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air."
(HR An-Nasaa'i)
Satu lagi hadis menyebut:
"Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu' (seperti wudhu') untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu)."
2. MEMBACA BISMILLAH
Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.
Nabi SAW apabila makan dan minum, pasti memulakan dengan menyebut nama Allah. perbuatan itu, bukan sekadar dilakukan oleh baginda SAW sendiri, malahan dipesan agar dilakukan oleh orang lain. Bahkan, ia merupakan pesanan yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada kanak-kanak, yang menunjukkan ia merupakan didikan Nabi terhadap mereka.
Dalam satu hadis, daripada Umar bin Abi Salamah R.a berkata, “semasa aku kanak-kanak, aku makan di dalam bilik bersama Rasulullah SAW. tanganku melintasi segala piring-piring, lalu disebut oleh Rasulullah SAW;
يا غلام سم الله ، وكل بيمينك ، وكل مما يليك
Maksudnya;
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu”
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu”
3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN (MAKAN BERJEMAAH)
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah SAW bersabda: "Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya."
(HR Abu Daud)
Dalam satu hadis, daripada Wahsyi bin Harb, daripada bapanya dan daripada datuknya berkata;
أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم قالوا : يا رسول الله إنا نأكل ولا نشبع قال : فلعلكم تفترقون قالوا : نعم ، قال : فاجتمعوا على طعامكم ، واذكروا اسم الله عليه ، يبارك لكم فيه
Maksudnya;
“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”.
“Sesungguhnya para sahabat nabi SAW bertanya, “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami makan, tetapi kami tidak pernah merasa kenyang”.
Berkata Nabi SAW, “mungkin kamu makan bersendiri-sendirian?”.
Jawab sahabat, “benar”.
Bersabda Nabi SAW, “berhimpunlah atau berjemaahlah pada makanan kamu, dan sebutlah nama Allah atasnya, mudah-mudahan Allah memberi keberkatan kepada kamu pada makanan tersebut.”
4. DUDUK KETIKA MAKAN
Beliau duduk di atas lututnya dan belakang kakinya, atau beliau menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri, ini adalah cara duduk yang paling baik sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Hajar.
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik berkata;
رأيت النبي صلى الله عليه وسلم مقعياً يأكل تمراً
Maksudnya;
“Aku nampak Nabi SAW dalam keadaan duduk ketika makan buah kurma”
Bahkan, makan dalam keadaan merupakan tanda manusia itu sebagai manusia yang merendah diri, tidak manusia yang sombong dan samseng.
Dalam hadis lain, daripada Abdullh bin basar berkata, “Aku telah menghadiahkan kepada Nabi SAW seekor kambing. Nabi SAW makan kambing tersebut sambil duduk, menyebabkan seorang badwi bertanya, “mengapa duduk?”
Mendengar kata badwi itu, Nabi SAW terus bersabda;
إن الله جعلني عبداً كريماً ، ولم يجعلني جباراً عنيداً
Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah menjadikan aku hamba yang mulia, dan tidak menjadikan aku orang yang sombong dan degil”
Rasulullah SAW bersabda:
إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وليشرب وليأخذ بيمينه وليعط بيمينه فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله ويعطي بشماله ويأخذ بشماله
"Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya."
(Sahih Muslim)
6. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah)."
(HR Abu Daud)
7. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama' menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
8. MAKAN DENGAN TIGA JARI
Di antara petunjuk Nabi SAW adalah makan dengan
menggunakan tiga jari.
Dari Ka’ab bin Malik dari bapanya beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam itu makan dengan menggunakan tiga jari dan menjilati jari-jari tersebut sebelum dibersihkan.”
Dari Ka’ab bin Malik dari bapanya beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam itu makan dengan menggunakan tiga jari dan menjilati jari-jari tersebut sebelum dibersihkan.”
(HR Muslim no. 20232)
Berkenaan dengan hadits ini Ibnu Utsaimin mengatakan, “Dianjurkan untuk makan dengan tiga jari, yaitu jari tengah, jari telunjuk, dan ibu jari, kerana hal tersebut menunjukkan tidak rakus dan ketawadhu’an. Akan tetapi hal ini berlaku untuk makanan yang boleh dimakan dengan menggunakan tiga jari. Adapun makanan yang tidak sesuai dimakan dengan menggunakan tiga jari, maka diperbolehkan untuk menggunakan lebih dari tiga jari, misalnya nasi. Namun, makanan yang boleh dimakan dengan menggunakan tiga jari maka hendaknya kita hanya menggunakan tiga jari saja, kerana hal itu merupakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Syarah Riyadhus shalihin Juz VII hal 243)

9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda: "Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir)."
(HR Muslim)10. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut: "Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang Arab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: "Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan."
(HR Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment