PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SUNNAH-SUNNAH RASULULLAH - MASUK DAN KELUAR TANDAS

Antara adab Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam ketika masuk ke dalam tandas ialah dengan menanggalkan segala sesuatu yang bertuliskan nama Allah subhanahu wa Ta’ala, juga nama mulia seperti malaikat, al-Aziz, al-Karim, Muhammad, dan sebagainya. Ini berdasarkan hadis riwayat Nasaie dan Tirmizi daripada Anas radhiyallahu ‘anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam apabila memasuki kamar mandi, baginda menanggalkan cincinnya yang tertera tulisan Muhammad Rasulullah. Namun jika terpaksa membawa masuk juga atas alasan untuk memelihara ataupun darurat maka diizinkan.
 
Berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan bukan membaca doa – Ramai yang keliru antara berdoa dan membaca doa. Berdoa membawa erti kita memohon sesuatu dari Allah manakala membaca doa ialah sekadar seperti kita membaca buku sahaja. Berdoalah
 
اللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْجَبَاءِثِِ
 
Ya Allah, aku mohon jauhkanlah diriku dari syaitan jantan dan betina (di dalam tandas)”.
 
Begitu juga sekiranya timbul persoalan kemudahan kontemporari terkini yang mana ramai yang bertanya mengenai status gajet atau telefon bimbit yang disimpan di dalamnya al-Quran digital. Adakah juga diharamkan untuk dibawa masuk ke dalam tandas? Sudah semestinya boleh dan dibenarkan. Ini kerana gajet terbabit bukan sifat asli ayat al-Quran itu sendiri. Asalkan kita tidak membukanya seiring perbuatan kita menggunakan tandas terbabit.

Seterusnya, Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam juga memulakan langkah ke dalam tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu. Apabila keluar pula didahului dengan kaki kanan. Ia juga diiringi dengan bacaan doa yang ma’thur daripada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam.
 
Ini berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh asy-Syaikhan dalam bab as-Sunnah men gatakan,

Untuk melindungi aurat manusia dariapda mata-mata jin adalah apabila salah seorang di antara kamu memasuki bilik mandi, maka hendaklah membaca ‘Bismillah’ kerana di dalam bilik mandi itu mengundang seseorang dengan penyakit.”
 
Mengikut sunnah Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam, apabila seseorang ingin membuang hajat ia perlu duduk terlebih dahulu. Ini kerana supaya air kencing itu tidak memercik ke arahnya.

Ibn Mas’ud berkata, “Seseorang yang kencing berdiri dianggap sebagai orang tidak sopan. Oleh sebab itu, ‘Aisyah radhiyallahuanha pernah memberitahu,
 
Sesiapa yang menceritakan kepadamu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kencing sambil berdiri, maka janganlah kamu mempercayaingya. Sebenarnya baginda tidak pernah kencing kecuali sambil duduk.” (Hadis Riwayat Tirmizi)

Terdapat juga dalam hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkenaan cara duduk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ketika membuang air kecil yang diperincikan oleh sahabat. Ini dapat dilihat pada hadis Suraqah bin Malik yang menyebutkan bahawa,
 
Kami disuruh oleh rasulullah bertumpu di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan.” (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Begitu juga Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam melarang kencing secara melawan arah angin, serta kencing dalam tempat kawasan air yang bertakung. Termasuk juga kencing itu perlulah diperhatikan sama ada tempat itu satu yang dimuliakan atau tidak. Jika ia tempat yang mulia seperti kubur, laluan jalan, bawah pohon untuk berteduh atau bawah pokok yang berbuah. Ataupun pada zaman moden kini kita katakan sebagai tempat laluan dan berkumpulnya orang ramai.

Seperti hadis Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,
 
Takutilah tiga (3) tempat yang dikutuk untuk membuang air besar. Di tempat laluan air, di tengah jalan raya dan di bawah bayang-bayang atau tempat orang berteduh.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Bagi memelihara was-was, makruh sekiranya kita menunaikan hajat di tempat yang sama untuk kita mandi dan mengambil wuduk. Jelas daripada hadis Abdullah bin Mughaffal menyatakan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
 
Janganlah kamu kencing di tempat mandi kemudian mengambil wuduk di dalamnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
 
Bagaimanapun, berlaku khilaf ulama terhadap perbahasan kencing mengadap kiblat apabila berada di kawasan khusus untuk kencing seperti tandas dan sebagainya. Menurut mazhab Hanafi, perbuatan itu tetap makruh menurut hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,

Apabila kamu memasuki kamar mandi janganlah kamu mengadap ke arah kiblat atau membelakanginya ketika membuang air kecil atau besar. Tetapi hendaklah kamu menghadap ke arah timur ataupun barat. (Hadis Riwayat Ahmad)
 
Isu berikutnya pula berkenaan mandi secara bertelanjang. Ulama menetapkan tidak boleh mandi secara bertelanjang di kawasan mandi umum. Ini berdasarkan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud,

Allah subhanahu wata’ala amat pemalu dan amat menutupi. Dia suka kepada sifat malu dan tertutup. Oleh sebab itu, apabila kamu mandi hendaklah tertutup.” (Hadis Riwayat Abu Daud)
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...