PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

30 wasiat Imam Syafie’ (Wasiat 21 -30)

Di petik dari buku berjudul 30 Wasiat Imam Syafie oleh Khairul Ghazali, 2006.

Wasiat 21 - Kata-kata Hikmat Imam Syafie
 
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”
– Imam Syafie.
 
Insan terbahagi kepada tida iaitu:-
1. Mereka yang mengenal Allah .
2. Mereka yang mencari kebenaran.
3. Mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
 
 
Wasiat 22 - Tunaikan Sepuluh Hak
 
Barang siapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:-
1. Hak diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak malaikat maut
3. Hak kubur
4. Hak Munkar Nakir
5. Hak mizan
6. Hak sirat
7. Hak Malik
8. Hak Ridhwan
9. Hak Rasulullah
10. Hak kepada Allah …”
– Imam Syafie.
 
Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
 
 
Wasiat 23 - Imam Syafie dengan Pendebat
 
Engkau seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan engkau juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.”
– Imam Syafie.
 
Mengapakah iblis diciptakan daripada api dan kemudian dia diseksa pula dengan api?
 
 
Wasiat 24 - Sepuluh Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah
 
Barang siapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, maka ia akan memperoleh sepuluh kutamaan…”
– Imam Syafie.
 
Orang yang menghubungkan ukhuwah amat disukai Allah serta penduduk-penduduk langit. Para malaikat juga gembira.
 
 
Wasiat 25 - Meraih Syurga Impian
 
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah …”
– Imam Syafie.
 
Di depan kita terbentang dua jalan. Terpulang kepada kita jalan mana yang mahu diikuti. Tepuk dada, Tanya iman. Bukan tanya selera yang memang suka kepada nafsu.
 
 
Wasiat 26 - Meraih Pertolongan Allah
 
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pertolongan Allah seperti dalam firmanNya dalam surah ar-Rum ayat 47 yang bermaksud, ‘Dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) Kami untuk menolong orang-orang yang beriman’.”
– Imam Syafie.
 
Allah juga berfirman dalam surah Ali Imran ayat 160 yang bermaksud, “Jika Allah menolong kamu, maka tiadalah yang dapat mengalahkan kamu, jika Allah membiarkan kamu (tidak memberikan pertolongan) maka siapakah yang dapat menolong kamu selain Allah .”
 
 
Wasiat 27 - Memohon Pembelaan Allah
 
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman bahawa mereka akan mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman’.”
– Imam Syafie.
 
Iman itu sesudah diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang dapat merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.
 
 
Wasiat 28 - Menjadi Wali Allah
 
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa bahawa Allah akan menaiktarafkan darjat mereka sehingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratNya seperti dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, ‘Allahlah penolong (wali) bagi orang-orang beriman’.”
– Imam Syafie.
 
“Sesungguhnya wali-wali Allah itu adalah mereka yang tiada kekhuatiran dan tiada mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah .”
 
 
Wasiat 29 - Mencari Hidayah Allah
 
Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang-orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud, ‘Sesungguhnya Allah adalah pemberi petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus’.”
– Imam Syafie.
 
Lima perkara bagi mendapat hidayah Allah:-
1. Perbanyakkan menyebut Allah .
2. Perbanyakkan menyebut akhirat.
3. Perbanyakkan menyebut dan mengingati kematian.
4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5. Jangan sebut-sebut keaiban orang.
 
 
Wasiat 30 - Rezeki yang Baik dan Keberkatan
 
Allah s.w.t. menjanjikan kepada orang yang beriman bahawa mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah s.w.t. sebagaimana firmanNya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud,
’Jikalau sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti Kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan ayat-ayat Kami, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka’.”
– Imam Syafie.
 
Quran menyebut, segala musibat yang menimpa adalah akibat daripada tingkah dan olahan manusia sendiri. Ada masanya musibat itu tidak Cuma menimpa orang yang salah tingkah (zalim) tetapi meliputi semua orang termasuk orang yang tidak bersalah.


30 wasiat Iman Syafie' (Wasiat 01 - 10) (klik)
30 wasiat Iman Syafie' (Wasiat 11 - 20) (Klik)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...