PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID TAMAN CHERAS JAYA KALI KE 17

Kepada:
Anak Kariah
Masjid Taman Cheras Jaya

Dato’/ Datin / Tuan/ Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASJID TAMAN CHERAS JAYA KALI KE 17

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Taman Cheras Jaya Kali Ke 17 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 6hb. Julai, 2013
Masa : 9.00 malam
Tempat : Masjid Taman Cheras Jaya

2. Aturcara Majlis:

7.00 malam : Pendaftaran
7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah & Majlis Tahlil
8.00 malam : Jamuan makan malam
8.45 malam : Solat Isyak berjemaah
9.00 malam : Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 17

4. Semua Anak Kariah Masjid Taman Cheras Jaya dengan hormatnya dijemput hadir.

5. Usul-usul hendaklah sampai kepada Setiausaha Masjid Taman Cheras Jaya pada atau sebelum 30hb. Jun, 2013 jam 12.00 tengah hari. Penghantaran usul melalui email [mtcjaya gmail.com] juga diterima.

6. Notis dan Borang Usul boleh dimuat-turun dengan klik pautan ini NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 17

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang benar,

HJ WAN CHIK BIN HJ ABDUL HAMID
Setiausaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...