PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

PARA SAHABAT SEBAGAI GENERASI KHAIRU UMMAH

Hari ini kita masih menyambut hari dan bulan Maulidir Rasul SAW, bulan yang dipenuhi dengan berbagai pujian melalui marhaban dan rawi, qasidah dan ceramah, kesemuanya itu adalah untuk menzahirkan keagungan risalah yang di bawa oleh Baginda Nabi SAW. 

Selama 23 tahun RasululLah SAW berdakwah, mengajak, memujuk, merayu dan menyeru ummat manusia pada masa itu kepada jalan Allah, akhirnya sekumpulan generasi teras yang unggul berjaya dihasilkan dari Madrasah Muhammadiah dengan meraih darjat yang paling tinggi di sisi Allah iaitu: Khaira ummah atau Ummah yang terbilang. Jolokan ini diisytiharkan oleh Allah SWT melalui firmanNya dalam surah Al-Imran ayat 110:

"Kamu semua adalah sebaik-baik ummah yang diutus kepada manusia ..."


At-Tabari dalam tafsirnya Juzuk ke 7 menukil pendapat Ad Dhahhak yang menjelaskan makna "Kamu" pada ayat tersebut adalah para sahabat yang semasa dengan Baginda SAW.

Kedudukan yang tinggi ini dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran dan diperakui sendiri oleh Nabi SAW, antara lain:

Pertama: Allah redha dan memuji para sahabat dikalangan Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka dan Allah menjanjikan untuk mereka Syurga yang berkekalan. Firman Allah dalam surah At Taubah ayat 100 :

Kedua: Allah memuji kehebatan iman mereka yang tiada tolok bandingnya kerana pendirian mereka yang amat tegas melaksanakan suruhan-suruhan Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadalah ayat 22:

Dalam Hadis-Hadis Nabi SAW juga banyak terdapat penjelasan tentang kelebihan para sahabat dan kehebatan mereka.

Antara lain :

Pertama: Hadis daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Sebaik-baik umatku ialah para mukmin yang hidup sezaman denganku, kemudian mereka yang datang selepas itu." ( Riwayat Muslim)

Kedua: Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud ;

"Jangan kamu memaki sahabat-sahabatku, jangan kamu memaki sahabat-sahabatku, tinggalkan mereka padaku, sesungguhnya jika salah seorang darimu menginfaqkan emas sebesar Bukit Uhud nescaya tidak akan dapat menyamai secupak infaq mereka walaupun setengah cupak". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Dalam perakuan lain melalui hadis daripada Abu Burdah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Bintang-bintang adalah panduan di langit, apabila ia hilang akan tibalah apa yang dijanjikan. Saya adalah panduan kepada sahabat-sahabatku, apabila aku pergi maka datanglah kepada mereka apa yang telah dijanjikan. Sahabat-sahabatku pula adalah panduan kepada umatku, apabila mereka tiada maka tibalah kepada umatku apa yang dijanjikan (fitnah, perselisihan, perpecahan dan lain-lain)". (Riwayat Muslim)

Demikianlah kehebatan dan ketinggian para Sahabat RA yang telah diperakui oleh Allah dan Rasulullah SAW. Sesungguhnya Ilmu dan pengorbanan mereka yang tinggi tiada tolok bandingnya, aqidah dan keimanan mereka yang kukuh mengakar dan subur merimbun, melayakkan mereka diumpamakan bintang-bintang di langit menjadi panduan yang tepat bagi penduduk-penduduk di bumi.

Perbincangan mengenai Generasi Sahabah sebagai generasi terpilih masih belum sempurna. Sesungguhnya kita perlu mendalami apakah ciri-ciri dan sifat-sifat terpuji yang melayakkan mereka berada pada darjat yang sangat mulia ini ?. Oleh itu marilah kita mengamati apa yang dijelaskan oleh Al-Quran dan Hadis mengenai hal tersebut:

Pertama: Mereka iltizam melaksanakan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar. Ertinya mereka sentiasa melaksanakan perintah menyebarkan dakwah dikalangan manusia, menyuruh kepada perkara yang baik dan tidak mendiamkan diri merasa selesa jika berhadapan dengan perkara yang mungkar dimana dan siapa sahaja yang melakukannya. Hal ini dirakam oleh al Quran dalam sebahagian daripada ayat 110, surah Al-Imran dimana Allah berfirman:

"Kamu adalah sebaik-baik ummat yang diutus kepada manusia, kamu menyuruh melakukan perkara ma'aruf dan menegah dari perbuatan mungkar dan kamu beriman kepada Allah".

Kedua: Mereka mempunyai keimanan yang sangat tinggi kepada Allah dan RasulNya. Ini dijelaskan dalam ayat yang sama dalam surah al-Imran yang juga dapat di saksikan dalam pengakuan Saad ibn Ubadah dalam peristiwa yang gawat sebelum berlaku peperangan Badar, dimana Rasulullah meminta pandangan para sahabah termasuk Saad Ibnu Ubadah sama ada ingin bersama Rasulullah meneruskan peperangan atau pun tidak. Maka Saad memberi jawapan dan pengakuan kepada Rasulullah saw dengan tegas tanpa berdolak dalik :

"Ya Rasulullah! Demi diriku yang berada di dalam genggamanNya, jika tuan menyuruh kami mengharung lautan sekalipun nescaya kami akan turun mengharungnya dan sekiranya tuan menyuruh kami pergi walau hingga ke , juga kami tetap akan pergi". (Riwayat Muslim)

Untuk pengetahuan para jemaah sekalian bahawa adalah nama tempat yang sangat jauh berada dihujung selatan Semenanjung Tanah Arab.

Ketiga: Para sahabah mempunyai sifat saling menyayangi dikalangan mereka yang sesama Islam, sebaliknya mereka sangat tegas dan keras terhadap kuffar yang memusuhi Islam. Mereka juga adalah generasi yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam surah Al Fath ayat 29:

"Muhammad adalah Rasulullah dan mereka (para Sahabat) yang bersama dengannya sangat keras terhadap orang-orang kafir, sebaliknya mereka sangat menyayangi sesama mereka. Engkau lihat mereka sentiasa ruku' dan sujud menuntut kelebihan dari Allah dan keredhaanNya. Tanda cahaya terpancar pada wajah mereka kesan dari banyak bersujud".

Demikianlah sebahagian dari sifat-sifat terpuji yang ada pada para sahabat RA. Sebenarnya kita sebagai penghujung ummat ini juga turut berpeluang untuk mencapai kedudukan yang mereka miliki. Para mufassirin memahamkan bahawa ayat yang disebut pada awal khutbah tadi memberikan laluan umum kepada semua ummah Islam dengan memenuhi pra syarat yang dimiliki oleh sahabah. Cukuplah bernostalgia dengan kejayaan silam, lengkapkan diri kita dengan sifat-sifat terpuji seperti mereka, berusahalah untuk mengembalikan mahkota yang pernah mereka miliki, pasti kita akan mencapai kejayaan yang dijanjikan. "Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya", "yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang".

"Belum sampaikah masanya kepada orang-orang yang beriman agar hati mereka menjadi khusyuk lantaran mengingat Allah dan ayat-ayat al Quran yang diturunkan. Dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang diberikan kitab sebelumnya, selepas berlalu masa yang panjang, lalu hati mereka menjadi keras dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq". (Al-Hadid : 16)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...