PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

AURAT : ANTARA KEBEBASAN DAN MARUAH DIRI

Sesungguhnya makanan, tempat tinggal dan pakaian adalah keperluan asasi manusia di dunia ini. Makan dan minum sebagai sumber tenaga bagi melaksanakan aktiviti ibadah dan riadah. Tempat tinggal adalah untuk keselesaan fizikal dan mental. Manakala pakaian pula untuk menyempurnakan kesemua aspek itu bagi mencermin umat yang beriman, bertamadun dan bermaruah. Dalam erti kata lain, manusia yang tidak berpakaian atau yang mendedahkan aurat. Maka ia menuju ke jalan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

Umat Islam wajib mengetahui batasan aurat antara lelaki dan wanita. Aurat lelaki adalah antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Penjelasan yang panjang telah diberikan oleh Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

Justeru umat Islam perlulah mengawal diri agar tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan dalam soal perhiasan dan berpakaian yang merupakan komponen penting aurat.

Mengapakah Islam begitu menitikberatkan permasalahan aurat baik lelaki ataupun perempuan? Ini adalah kerana di dalamnya terkandung pelbagai hikmah tersembunyi yang sebahagiannya masih gagal difahami oleh umat Islam hari ini antaranya adalah; 

1. Untuk melindungi wanita daripada disakiti secara zahir dan batin; 

Sebenarnya menutup aurat dengan sempurna khususnya wanita dapat mengelak dari gejala kacau ganggu samada secara fizikal atau mental. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat dan menghindarinya dari perkara yang buruk berlaku. Lorong-lorong gejala negatif seperti rogol, zina, sumbang mahram dapat ditutup. 

Firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab ayat 59:

"Wahai Nabi! Suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuh mereka (semasa keluar rumah), yang demikian itu lebih mudah untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Perbandingan paling mudah boleh kita ambil ialah tentang sebuah rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk balik ke kampung. Rumah A ditinggalkan dalam keadaan dikunci rapi tingkap dan pintunya, pagarnya pula berkunci dengan mangga. Manakala rumah B pula dibiarkan terbuka dan
ditinggalkan begitu sahaja. Manakah rumah yang paling diminati dan diceroboh oleh pencuri? Sudah tentu rumah B kerana ia terdedah dan memudahkan anasir luar mencerobohnya. Maka, begitulah perumpamaan yang mudah bagi wanita yang menutup aurat.

2. Hikmah yang kedua adalah untuk meninggikan darjat insan melebihi makhluk lain ciptaan Allah SWT;

Inilah kelebihan yang Allah berikan kepada manusia. Manusia diberikan akal fikiran yang dengannya dapat berfikir untuk perkara-perkara baik dan buruk, dosa dan pahala. Akal pula diletakkan di tempat paling atas pada jasad manusia sebagai lambang ciptaan Allah dengan sebaik-baik kejadian. Teristimewanya bagi kaum wanita yang diberi penilaian dan penghargaan yang sangat tinggi nilainya oleh Islam.

Allah SWT berfirman dalam surah At Tin ayat 4-5:

Sesungguhnya Kami jadikan manusia sebaik-baik ciptaan, kemudian kami kembalikan mereka ke tempat yang paling bawah di dalam neraka, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus”.

Manusia dengan sebaik-baik kejadian dan disyariatkan pula supaya tubuhnya ditutup dengan pakaian yang rapi serta indah dan lengkap berdasarkan tuntutan agama agar dapat dibezakan dengan haiwan yang berjiwa kosong tanpa akal dan badan yang sentiasa terdedah sepanjang masa.

Sebahagian masyarakat menganggap bahawa menutup aurat itu menyekat kebebasan individu. Apakah benar dakwaan tersebut?. Dakwaan ini harus disangkal sama sekali. Ia digembar-gemburkan oleh musuh-musuh Islam dengan pelbagai dakyah hingga sebahagian umat Islam terpengaruh dan mempercayainya. Kita dibuai dengan hiburan dan santapan fesyen pakaian yang pelbagai rupa dan gaya hingga terkeliru antara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak.

Allah SWT mengharamkan lelaki dan wanita mendedahkan aurat bukan bertujuan menyekat kebebasan tetapi kerana Allah memuliakan dan menghargai mereka. Tiada lelaki dan wanita yang teraniaya dengan menutup aurat, sebaliknya dengan mendedahkan aurat ia telah menzalimi diri mereka dan boleh merosakkan orang lain. Malah Islam memandu mereka ke arah jalan keredhaan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Menutup ruang-ruang maksiat dan meningkatkan iman. Inilah kebebasan hakiki yang perlu dicari setiap insan dalam mencapai mardhatil Allah.

Pada kesempatan ini juga ingin diingatkan supaya kita sama-sama dapat mengambil iktibar terhadap perkara-perkara berikut;

1. Umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang betul dengan meyakini bahawa menutup aurat itu adalah merupakan tuntutan syariat Islam yang wajib dipatuhi.

2. Allah SWT mewajibkan lelaki dan perempuan menutup aurat dengan tujuan untuk meninggi dan memuliakan darjat manusia berbanding dengan makhluk Allah yang lain.

3. Wanita hendaklah menutup aurat supaya terhindar daripada gangguan seksual dan penganiayaan oleh lelaki yang tidak bermaruah dan bermoral.

4. Ketua keluarga, ketua masyarakat dan pemimpin-pemimpin hendaklah memastikan diri dan orang di bawah jagaannya benar-benar mematuhi syariat Allah khususnya dalam menutup aurat.

5. Penaja-penaja dan penganjur-penganjur fesyen pakaian hendaklah peka dengan setiap rekaan yang mereka tonjolkan dengan mematuhi syariat Allah SWT.

6. Penutupan aurat tidak hanya sekadar menutup tubuh badan, tetapi hendaklah takut kepada Allah dan menambahkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil dia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: Aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”.  (al-a’raaf- 27).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...