PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

KEPENTINGAN MASA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa setiap manusia pasti menemui dan melalui masa atau waktu dalam kehidupannya seharian. Maka beruntunglah mereka yang menggunakan masa untuk perkara-perkara kebaikan dan rugilah mereka yang menggunakannya untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia. Pepatah arab ada mengatakan: “Bahawa masa itu umpama mata pedang, jika kita tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kita”. Kata-kata ini menunjukkan betapa pentingya masa dalam kehidupan manusia. Allah S.W.T adalah pencipta masa dan telah menetapkannya sebanyak 24 jam atau 1440 minit dalam sehari semalam tidak lebih dan tidak kurang. Terpulanglah kepada kita untuk mengurus dan menggunakanya bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Buat masa ini, kita dapati ramai manusia yang mengabai dan tidak memikirkan peredaran masa atau waktu yang dilaluinya dalam kehidupannya dan mereka hidup dalam kadaan leka dan sia-sia. Golongan seperti ini telah ditegur oleh Allah S.W.T. melalui firman-Nya dalam surah alMu’minun ayat 115 : 

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu?.Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami”.


Oleh itu pengurusan masa seharian dalam kehidupan kita amat penting dan perlu disusun secara teratur agar masa dapat diurus dan dimanfaatkan dengan bijak dan berkesan. Oleh itu dalam kehidupan kita seharian, sedar atau tidak, sebenarnya kita telah menetapkan jadual harian, dengan sendirinya kita tahu masa kita untuk melakukan sesuatu, seperti masa bekerja, berehat, tidur, makan minum, dan sebagainya. 

Ketahuilah bahawa masa adalah amanah dari Allah S.W.T, setiap amanah merupakan tangungjawab yang akan dipersoalkan oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak.

Hadis daripada Muaz Bin Jabal RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak berganjak kaki setiap hamba pada hari kiamat (dipadang mahsyar) sehingga ditanya tentang empat perkara: Tentang umurnya kemana dihabiskan. Tentang masa mudanya kemana digunakannya. Tentang harta dari mana diperolehinya dan kemana dibelanjakannya. Tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya”. (Riwayat at-Tirmizi).

Dalam usaha mengurus masa dalam kehidupan kita seharian, marilah kita mengamalkan tiga cara sebagai panduan kita :

1. Jangan bertangguh dalam melaksanakan hak, amanah dan tanggungjawab dan jangan bertangguh dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

2. Jangan bertangguh dalam melaksanakan amal ibadah, juga jangan bertangguh dalam melaksanakan hukum syarak.

3. Jangan bertangguh dalam menyebarkan islam dan jangan bertangguh dalam soal memperjuang dan mempertahankan islam.

Sesungguhnya masa tetap akan berlalu dan meninggalkan kita dan tidak akan kembali. Masa yang berlalu akan meninggalkan dua golongan.               

Golongan yang pertama ialah golongan yang berjaya, kerana mengambil kepentingan masa dalam hidupnya, manakala golongan kedua ialah golongan yang sentiasa dalam kerugian, kerana membiarkan masa berlalu tanpa digunakan untuk amalan soleh dan ketaatan terhadap Allah SWT.

Dalam hal ini marilah kita merenung dan meneliti firman Allah SWT dalam surah al-Asr ( surah masa). Surah yang menjadi amalan kita ketika menutup sesuatu majlis atau perjumpaan, tetapi malangnya surah ini hanya tinggal bacaan dibibir sahaja, dan masih jauh dari segi penghayatan atau amalan dalam kehidupan seharian. 

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”.

Surah ini menjelaskan kepada kita bahawa kebanyakan manusia hidup dalam kerugian kerana tidak manfaatkan masa yang dilalui dalam kehidupan didunia dengan sebaik-baiknya. Surah ini juga mengambarkan bahawa manusia yang tidak menfaatkan masa dengan sebaik-baiknya untuk mentaati Allah S.W.T dan Rasul-Nya adalah dari golongan orang yang rugi kerana membiarkan masa berlalu tampa dimanfaatkan untuk saling nasihat menasihati dan membimbing manusia untuk menghayati islam sebagai sistem hidup yang sempurna. Dan surah ini juga menjelaskan empat golongan manusia yang beruntung: 

1. Orang yang memiliki iman yang dapat membimbing dirinya kearahkebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran.

2. Orang yang melakukan perbuatan yang baik dan bermenfaat pada diri, keluarga dan manusia keseluruhannya.

3. Orang yang menyeru atau mengajak orang lain supaya hidup dalam lunas-lunas kebenaran yang berasaskan syariat Allah S.W.T..

4. Orang yang bersabar dalam menyampaikan syariat Allah dan bersabar dalam menghadapi kesulitan-kesulitan hidup serta ujian Allah S.W.T. 

Sebagai kesimpulan, marilah kita gunakan peluang masa dan nikmat kehidupan yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk kita mencipta kecemerlangan hidup di dunia lebih-lebih lagi kehidupan di akhirat. Begitu juga masa hendaklah diurus dengan sebaik baiknya seperti pesanan yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; Masa hidup sebelum mati; Masa sihat sebelum sakit; Masa lapang sebelum sibuk; Masa muda sebelum tua; Masa kaya sebelum miskin.  (Riwayat Imam Muslim dan at-Tirmizi).

Oleh itu kita perlu ingat dan sedar bahawa;  

1. Masa hidup adalah masa untuk mentaati Allah SWT dan melakukan perkara-pekara yang bermanfaat untuk bekalan selepas mati.

2. Masa sihat adalah masa yang mudah bagi melakukan ibadah kepada Allah SWT dan segala perkara kebaikan.

3. Masa lapang adalah masa yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan diri sama ada untuk ibadah, kerjaya dan menambahkan ilmu.

4. Masa muda adalah masa yang berpotensi, mempunyai tenaga yang kuat dan sanggup menghadapi cabaran untuk membina kecemerlangan.

5. Masa kaya adalah pelu ang yang cukup untuk melakukan ibadah atau kebaikan yang memerlukan kebendaan seperti ibadah haji, zakat, wakaf, derma dan sedekah. 

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.  (as-Sajadah: 12).



3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...