PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MENANGKIS PENGHINAAN TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W

Kita menyedari bahawa penghinaan terhadap Baginda Nabi Muhammad saw bukan suatu perkara yang baru, malah ia telah berlaku sejak awal Baginda saw diutuskan lagi. Pelbagai cacian, dan penghinaan yang dilakukan musuh Islam seperti Abu Lahab dan Abu Jahal serta kaum musyrikin Makkah dalam cubaan untuk menghalang dan menyekat perkembangan agama yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka menuduh Nabi gila, ada yang menghina Nabi sebagai pemecah belah masyarakat dan tidak kurang ada yang mengatakan Nabi sesat dan sebagainya.

Kita menyedari bentuk-bentuk penghinaan terhadap Baginda saw berlaku mengikut peredaran zaman. Bermula daripada zaman Baginda saw sehingga kini. Namun kita yakin dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa membela dan memelihara rasul tercinta daripada fitnah ini.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Hijr ayat 95-96:

"Sesungguhnya Kami tetap menjagamu daripada kejahatan orang Yang mempersendakanmu, (Iaitu) mereka yang mengadakan Tuhan yang lain selain Allah, maka mereka akan mengetahui (akibatnya)".

DOA NABI YUNUS A.S - PENAWAR SEGALA MUSIBAH

Di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s Allah akan lepaskan Hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa atau di dalam bahasa zaman sekarang saat-saat kecemasan.

Surah Al-Anbiya' (21), Ayat 87-88  :


(87) Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".
(88) Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).


Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s.  semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s. 


(Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri).



Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”






DOA TAUBAT NABI ADAM A.S

Doa ini merupakan doanya Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa, ketika keduanya terlanjur memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah SWT., sehingga mereka berdua dikeluarkan dari surga. Kerana penyesalannya atas melanggar larangan Allah SWT., maka mereka berdoa agar diampuni dosanya.

Surah Al-'A'raf (7), Ayat 23 :

 "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi"



MEMUPUK PERASAAN CINTA TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi teragung dan rasul terulung. Bahkan nama Baginda juga adalah bermaksud "yang terpuji". Baginda merupakan nabi dan rasul terakhir yang diutuskan Allah SWT untuk seluruh makhluk di muka bumi ini.

Baginda sangat berakhlak mulia sehingga Saidatina Aisyah R.A isteri Baginda yang mulia menggambarkan bahawa akhlak Baginda s.a.w adalah al-Quran. Begitu juga Allah SWT telah merakamkan ketinggian akhlak Baginda dalam surah al-Qalam ayat 4:

"Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar mempunyai akhlak yang mulia".

Sesungguhnya beriman kepada kenabian dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu tuntutan. Sesiapa yang tidak mengimani Baginda serta apa yang dibawa dan diajarkan maka tidak sah Islamnya dan kufur hukumnya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 13

"(Ingatlah bahawa) sesiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya Kami sediakan bagi orang-orang kafir itu api neraka yang bernyala-nyala".

KULIAH SUBUH 20-01-2013 : Ust Dr. Mohd Abd. Basir


Surah Al-An'Am Ayat 112

Nama Penceramah : Ustaz Dr. Mohd Abdul Basir bin Alias


Berhati-hati dengan kalimah yang dituturkan, agar jauh dari kerosakan aqidah.

Kuliah Subuh 19-01-2013 : Ustaz Hafiz


Tarikh               : 19 Januari 2013
Masa                : Kuliah Subuh
Penceramah      : Ustaz  Hj. Ahmad Hafiz


PENDIDIKAN ANAK-ANAK TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Kita baru memasuki tahun baru Miladi 2013 dan dalam tempoh dua tiga minggu ini, telah menjadi rutin kepada setiap ibu bapa sibuk dengan urusan persekolahan anak-anak mereka. Bermula daripada pembelian pakaian sehinggalah urusan pendaftaran anak-anak di sekolah. Bagi yang pertama kali menghantarkan anak-anak dalam sistem pendidikan samada diperingkat tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah, ini merupakan pengalaman yang bermakna kepada mereka. Manakala, bagi yang telah biasa dengan urusan persekolahan anak-anak, menguruskan anak-anak ke sekolah adalah satu tanggung jawab yang penting dan tidak boleh diabaikan sama sekali. Setiap sen yang dibelanjakan adalah untuk memastikan kebaikan anak-anak di masa hadapan.

Dalam Islam, pendidikan adalah sesuatu yang amat penting dan perlu diberikan perhatian oleh setiap ibu bapa kerana ianya adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan sebaiknya. Matlamat utama pelaksanaan sistem pendidikan dalam Islam ialah untuk memberikan penekanan kepada aspek penghayatan melalui ilmu pengetahuan, kemahiran bagi membangunkan insan yang bertakwa kepada Allah SWT.

DOA PENDINDING DAN PENGGERAK

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Rasulullah s.a.w. bersabda;

Maksudnya :

"Tidaklah seorang hamba berdoa di setiap pagi dan petang,



baca tiga kali, maka tidak akan ada yang memudaratkannya."  (Riwayat Tirmizi)



 Keberuntungan beramal dengan doa ini

1. Terhindar Daripada Bahaya.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan.
3. Terhindar Daripada Sihir.
4. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus.




KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS

Maksudnya :

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; (1)
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; (2)
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; (3)
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (4)



TANGGUNGJAWAB DAKWAH UMAT ISLAM KEPADA MUALLAF

Apabila seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah, secara langsung ia telah memeluk agama Islam dan menjadi tanggungjawab kita mengasihi dan member tunjuk ajar kepada saudara seislam kita khususnya golongan muallaf.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda;

"Seseorang muslim adalah bersaudara bagi muslim yang lain. Maka ia tidak akan menzalimi dan membiarkannya (menderita)". (Riwayat al-Bukhari)

Allah SWT juga menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain, yang mana asas persaudaraan itu bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa, tetapi disatukan dengan tingkatang aqidah dalam Islam, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 10;

"Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat".

Ayat ini menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT sebgai saudara seagama dan banyak hak-hak yang perlu dipelihara bersama-sama. Justeru, bagi melaksanakan tugasan dakwah kepada muallaf, sudah pasti kita tidak dapat lari daripada kaedah yang telah digariskan oleh Allah SWT, iaitu dengan cara berhikmah (bijaksana) dan nasihat pengajaran yang baik.

KURSUS ASAS HAJI BERSIRI 1434H/2013M


Masjid Taman Cheras Jaya dengan kerjasama Tabung Haji Daerah Hulu Langat akan mengadakan Kursus Asas Haji Bersiri bagi Musim Haji 1434H/2013M. Kursus Asas Haji sebanyak 17 Siri akan setiap hari Ahad bermula pada 27 Januari 2013 jam 9.00 pagi - 11.00 pagi.

Yuran penyertaan sebanyak RM 65.00 seorang untuk perbelanjaan seperti berikut :

a. Makan dan minum peserta (17 Siri).
b. Buku Modul Kursus Asas Haji (RM25)
c. Bayaran kepada Penceramah.
d. Penggunaan utiliti masjid.
e. Jamuan penutup kursus.
f. Lain-lain bayaran yang dipersetujui.

Borang Pendaftaran boleh didapati dimasjid.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. Tn Hj. Wan Chik (Setiausaha) - 017-8727389
2. Tn Hj. Abdul Rahman bim Othman - (Pemangku Bendahari)- 012-3041780

PESANAN UNTUK ORANG MUDA

Marilah kita fikirkan sejenak, sekiranya kita berada di satu padang pasir yang luas, dalam suasana yang panas terik membahang, kepanasannya yang membakar itu akan menyebabkan kita merasa inginkan tempat berteduh, walaupun hanya sekadar sebatang pohon bidara, mahupun serumpun pokok buluh. Kita akan merasa cukup istimewa mendapat tempat bernaung walaupun ruang sekecil itu.

Bagaimana pulakah dapat kita bandingkan dengan kepanasan di tengah padang Mahsyar kelak. Ketika semua manusia berhimpun dan menunggu giliran untuk dihisab oleh Allah SWT. Kita akan merasa peritnya menunggu dalam keadaan teriknya cahaya matahari di akhirat yang jauh lebih panas daripada teriknya panas matahari di dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...