PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SEMPURNAKANLAH RAMADHAN DENGAN BERINFAQ

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, marilah kita menginfakkan harta untuk mengeluarkan zakat dan bersedekah. Nabi Muhammad SAW apabila tiba bulan Ramadhan, baginda melipat gandakan amalan berinfaq dan bersedekah berbanding bulan-bulan yang lain.

Hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Nabi adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya AlQuran dan Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Quran. Rasulullah ketika ditemui Jibril lebih dermawan daripada angin yang berhembus”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Melalui amalan Infaq termasuklah ibadah zakat yang kita tunaikan, akan membersihkan diri kita dan memperelokkan puasa kita daripada pencemaran dosa dan maksiat. Memperbanyakkan amal soleh di bulan Ramadhan merupakan keutamaan ibadah. Lebih-lebih lagi Allah telah menjanjikan ganjaran yang besar kepada hamba-Nya yang berzakat dan bersedekah berbeza dengan bulan-bulan yang lain. Setiap amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, sama ada ibadah wajib atau sunat akan dikurniakan Allah SWT ganjaran pahala yang berganda-ganda, termasuklah memberi makan kepada orang yang hendak berbuka puasa.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sedekah tidaklah mengurangi harta”.  (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah SWT akan mengurniakan kepada orang yang menginfakkan harta dengan pelbagai kelebihan dan ganjaran. Sesiapa yang menunaikan zakat dan menginfakkan hartanya, dijanjikan pengampunan dan penghapusan atas segala dosa yang lalu. 

Nabi Muhammad SAW memberi jaminan bahawa zakat dan sedekah yang kita tunaikan akan diberkati oleh Allah SWT dalam bentuk pemeliharaan dan perlindungan daripada sebarang bahaya kemusnahan. 

Hadis daripada Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Ubatilah sakitmu dengan bersedekah, lindungilah hartamu dengan berzakat dan hadapi gelombang hidupmu ini dengan berdoa”.

Begitu juga terdapat sebuah hadis daripada ‘Adi Bin Hatim RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Berlindunglah daripada api neraka walaupun dengan bersedekah sebahagian daripada tamar”. (Riwayat al-Bukhari).

Dalam bulan Ramadhan juga Allah SWT telah mensyariatkan kepada kita dengan ibadah zakat fitrah yang diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, merdeka atau hamba, sakit mahupun sihat.

Zakat fitrah difardukan bertujuan untuk membantu fakir dan miskin agar mereka dapat sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala menyambut hari raya. Menunaikan zakat fitrah adalah wajib berdasarkan sebuah hadis daripada Ibnu Umar RA yang menceritakan yang bermaksud bahawa: 

Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang (hari raya)”. (Riwayat al-Bukhari).

Keengganan membayar zakat fitrah menyebabkan segala ibadah yang kita lakukan di sepanjang bulan Ramadhan tidak diterima oleh Allah SWT. Ini berdasarkan sebuah hadis daripada Anas B. Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Pahala puasa Ramadhan itu tergantung di antara langit dan bumi. Zakat fitrahlah yang akan menyampaikannya”.  (Riwayat Ad-Dailami).

Allah SWT memberi amaran terhadap sesiapa yang enggan, lali dan ingkar daripada menunaikan zakat akan dijanjikan dengan pelbagai ancaman dan peringatan. Pada hari kiamat, Allah SWT akan mengalungkan harta yang tidak dikeluarkan zakatnya di leher pemiliknya. Sebagimana Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 180:

Jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya – menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan harta yang mereka simpan itu (tidak mengeluarkan zakat) pada hari kiamat kelak. Allah jualah yang memiliki segala warisan (isi) langit dan bumi. Ingatlah Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan segala yang kamu kerjakan”.

Kita hendaklah menyucikan jiwa dan harta kita dengan menunaikan zakat dan menginfakkan harta. Ingatlah, harta yang kita miliki semuanya akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat nanti. Oleh itu, marilah kita melaksanakan perkara berikut:

1. Harta yang cukup nisab, hendaklah dikeluarkan zakatnya sama ada gaji dan pendapatan, wang simpanan, saham, pengeluaran KWSP, emas dan perak, perniagaan serta hasil sawah padi dan ternakan.

2. Pembayaran zakat fitrah dan zakat harta hendaklah di bayar kepada amil yang bertauliah supaya pengagihanyya dapat dibuat dengan adil dan sempurna.

3. Umat Islam hendaklah yakin dengan jaminan Allah bahawa orang yang berinfaq tidak akan mengurangkan hartanya sebaliknya dikurniakan ganjaran nikmat dan pahala oleh Allah SWT.

4. Umat Islam yang bersifat bakhil da enggan bersedekah dan membayar zakat adalah berdosa dan hartanya akan dikalungkan ke leher pemiliknya pada hari kiamat kelak untuk tontonan orang ramai.

Jika kamu menampakkan sedekah mu, maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagi mu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.  (Surah al-Baqarah : 271).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...