PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI 2012

MAJLIS KHATAN BERAMAI-RAMAI
MASJID TAMAN CHERAS JAYA
PADA AHAD 11 NOVEMBER 2012


MAKLUMAT

1.  Yuran penyertaan ialah RM120.00 sahaja.
    (meliputi kos Khatan, Perubatan, Jamuan Makan Malam, Sarapan Pagi dan Cenderahati kepada peserta)

2.  Program ini akan dijalankan di Masjid Taman Cheras Jaya.

3.  Rawatan susulan akan dijalankan di Hospital Kajang.

4.  Tarikh tutup penyertaan pada Ahad 4 November 2012.

5.  Borang Penyertaan boleh didapati di masjid atau
     boleh di muat turun dengan menekan URL berikut :
     Borang Penyertaan (sila klik)

6. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
       Encik Zulkipli bin Othman (Pen. Setiausaha) 
       - 016-3828857


ATURCARA MAJLIS

10 NOVEMBER 2012 (SABTU)

7.00 MALAM :
-  SOLAT MAGHRIB
-  SOLAT HAJAT
-  BACAAN YAASIN dan DOA SELAMAT
 
8.30 MALAM :
-  SOLAT ISYAK
-  JAMUAN MAKAN MALAM
-  BERSURAI


11 NOVEMBER 2012 (AHAD)

8.00 PAGI – 8.15 PAGI :
-  PENDAFTARAN PESERTA

8.15 PAGI – 8.30 PAGI :
-  PERARAKAN PESERTA

8.30 PAGI – 9.00 PAGI :
-  MAJLIS BERSIRAM

9.00 PAGI – 9.30 PAGI :
-  PERSIAPAN UNTUK BERKHATAN

9.30 PAGI :
-  MAJLIS KHATAN BERMULA

Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Penyampaian Sumbangan oleh ADUN Balakong

14 Ogos 2010, 4 Ramadhan 1431


Satu Majlis Menyambut Ramdhan dan Penyampaian sumbangan oleh ADUN Kawasan Balakong kepada semua masjid dan surau sekitar ADUN Balakong.




Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010



29 Mei 2010. Masjid Taman Cheras Jaya (MTCJ) melalui Biro Pemuda telah mengadakan Program Karnival Bola Sepak Jalanan 2010 di perkarangan pakir masjid. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Serdang, YB Saudari Teo Nie Ching. Tujuan program ini adalah untuk mengajak para belia dan kanak-kanak untuk mendekati masjid disamping mengeratkan komuniti penduduk tempatan.

Sebanyak empat (4) kategori dipertandingan iaitu :

a. Kategori Bawah 12 tahun
b. Kategori Bawah 15 tahun
c. Kategori Bawah 18 tahun; dan
d. Kategori Terbuka.

Sebanyak 36 pasukan menyertai karnival ini iaitu 10 pasukan daripada setiap kategori kecuali kategori bawah 18 tahun hanya 6 pasukan. Program ini selesai jam 1.00 petang.



Lawatan ini juga YB Saudari Teo telah menyampai Cek Peruntukan yang bernilai RM500 untuk kegunaan Majlis perayaan Aidifitri kepada Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya. Cek telah diterima oleh wakil Persatuan PPPBCJ (Encik Mat Zin bin Hussain) dan disaksikan oleh Ketua Kampung Cheras Batu 11 Encik Alex Neo.




Sebelum YB Sdri Teo, berangkat pulang, Setiausaha MTCJ sudi menyampaikan cenderhati sebangai kenangan daripada AJK MTCJ.


Aktiviti ini juga dimuatkan dalam website YB. Berikut adalah website beliau :
Laman Web Ahli Parlimen Serdang YB Sdri Teo Nie Ching



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...