Kehidupan kita di dunia ini bermula dengan dilahirkan daripada rahim ibu. Kemudian, setelah kita hidup beberapa lama yang ditentukan Allah SWT, kita akan menemui ajal yang tidak boleh dielakkan, di mana kematian akan menjemput setiap yang bernyawa.
Imam Hasan al-Basari berkata :
"Ingatlah bahawa mati itu akan datang dengan serta-merta. Jika mati tidak datang dengan serta-merta, sakit akan datang serta-merta. Jika sakit, anda akan kurang berupaya melakukan amal soleh, sedangkan amal soleh itu adalah bekalan hari akhirat".
Zikrul maut atau mengingati mati adalah satu perkara yang dipuji oleh syarak. Rasulullah S.A.W. bersabda;
"Banyakkanlah kamu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapan, iaitu mati".
(Riwayat at Tirmizi)
Ust Abdul Basir b Alias
Tazkirah Ramadhan 1433H
18 Ramadhan / 6 Ogos 2012
Firman Allah dalam
Surah Al-Baqarah, ayat 1-5 :
(الم ﴿١
(ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢
(الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ ﴿٣
(وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ ﴿٤
(أُولَـٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴿٥
Maksudnya :
[1] "Alif, Laam, Miim".
[2] "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
[3] "Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka".
[4] "Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya)".
[5] "Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya".
Anak adalah amanah Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada para ibubapa untuk memelihara dan membentuknya menjadi insan yang berguna. Mereka ibarat kain putih yang bersih dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya mengikut acuan yang mereka kehendaki. Anak-anak juga merupakan keturunan kita yang bakal mewarisi tugas sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi ini.
Justeru sebagai ibubapa, kita seharusanya berusaha untuk mempersiapkan anak-anak dan keturunan kita dengan nilai ketaqwaan. Abdullah Nasih Ulwan telah menggariskan beberapa perkara penting yang menjadi tanggungjawab ibubapa dalam usaha mempersiapkan anak-anak menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah SWT, iaitu tanggungjawab pendidikan keimanan, akhlak, jasmani, mental, rohani dan sosial.