PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Showing posts with label Lailatul Qadr. Show all posts
Showing posts with label Lailatul Qadr. Show all posts

MALAM SERIBU BULAN

Malam seribu bulan atau yang dimaksudkan sebagai lailatul qadr dalam al-Quran merupakan satu malam yang amat istimewa, yang dikurniakan oleh Allah SWT hanya kepada umat nabi Muhammad s.a.w.

Sebagaimana disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran surah al-Dukhan ayat 3 :

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)".

Lailatul qadar mengingatkan umat Islam tentang sejarah penting penurunan al-Quran. Pada malam ini, Allah SWT telah menurunkan al-Quran kepada nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Al-Quran ini mengandungi mukjizat terbesar yang menjadi panduan, hidayah dan pembimbing kepada manusia ke arah hidup yang lebih aman, sejahtera dan berkekalan hingga ke alam akhirat.

GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN

Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudah pun berada di sepuluh terakhir Ramadhan. Maka tempoh terakhir ini adalah masa bernilai dan berharga yang perlu direbut oleh kita semua bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT. Masa yang terakhir inilah yang akan menentukan samada puasa kita ini mendapat keberkatan dan menjadi penebus segala kesalahan dan dosa yang telah kita lakukan selama ini. Inilah masanya yang Allah SWT janjikan kepada kita semua sekiranya kita benar-benar beriman kepada-Nya sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: 

Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya di penuhi rahmat, pertengahannya di penuhi dengan keampunan dan akhirnya di penuhi dengan pahala yang menjadi penebus api neraka”. (Riwayat Muslim)


MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Melalui surah al-Qadr ayat 2-5 Allah menyatakan, 

Dan tahukah kamu, apa malam qadar itu? Malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar terbit.

Pesanan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil ) Bulan Ramadhan.

فَالتَـمِسُوهَا فِى العَشْرِ الأَوَاخِرِ فِى الوِتْرِ

Yang bermaksud, Maka kamu carilah ia (Lailatul Qadr) pada 10 malam terakhir (bulan Ramadhan) iaitu pada malam yang ganjil.

Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud,

Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”


Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, 

Pada malam al-Qadar, Jibril a.s turun diiringi malaikat lain sambil memohon rahmat dan menyampaikan salam kesejahteraan bagi setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk sambil berzikir.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain Ulama' untuk mencari malam  Lailatul Qadr Malam Lailatul Qadr ditentukan berdasarkan bilakah hari awal Ramadhan itu jatuh. Jika awal Ramadhan jatu pada hari :

1 ) AHAD atau RABU - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan

2) ISNIN - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadhan

3) SELASA atau JUMAAT - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadhan

4) KHAMIS - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadhan

5) SABTU - Malam Qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadhan.


Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...