PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Showing posts with label Kemerdekaan. Show all posts
Showing posts with label Kemerdekaan. Show all posts

MEMPERTAHAN NEGARA TUNTUTAN ISLAM

Sambutan Hari Pahlawan cukup melakar pengertian kepada kita, sebagai anak bangsa yang cinta akan agama, bangsa dan Negara. Pahlawan Negara sama ada terdiri daripada warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan lain-lain agensi keselamatan, serta individu yang secara bersama, mempertahankan keselamatan dan kedaulatan Negara. Demikian juga mereka telah berjuang dan berkorban untuk kesejahteraan ummah dan Negara.

Sebagai pewaris Negara, kita sedar bahawa pengorbanan generasi terdahulu cukup berharga sekali. Maka, menjadi tanggungjawab kita ialah bersedia meneruskan serta memelihara semangat kepahlawanan, menyusun langkah bersama, mengatur perpaduan bangsa dan membangun kecemerlangan negara. Demikian persediaan yang perlu dibuat untuk menjadi sebuah Negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan dan keredaan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60:

Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh-musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda-kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya. Apa sahaja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi”.

MENSYUKURI NIKMAT KEMERDEKAAN

Alhamdulillah kita masih diberi masa untuk menyambut ulang tahun ke 56 negara mencapai kemerdekaan. Bagi warga emas berumur lebih ½ abad, setiap kali memperingati hari ulang tahun kemerdekaan pasti akan terbayang dalam ingatan mereka terhadap 3 zaman iaitu:

1. Zaman Pemerintahan Penjajahan Inggeris

2. Zaman Penjajahan Jepun

3. Zaman Menghadapi Kezaliman Komunis

Zaman tersebut menyumbang penderitaan lahir batin yang tidak ada tolok bandingnya. Mereka menghadapi kekurangan makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan harian yang lain. Sebahagian mereka menjadi buruh paksa yang dipaksa kerja berat oleh tentera Jepun di medan perang, membina jalanraya, jalan keretapi dan jambatan. Mereka dipaksa memikul beban yang terdiri dari bahan perang, dengan makanan dan pakaian yang sangat terhad, sehingga ada antara mereka yang mati terlantar di tengah hutan belantara diseluruh pelosok Asia Timur, tidak ada rawatan dikala sakit, tiada pengurusan jenazah di kala meninggal.

KEMERDEKAAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM


Kemerdekaan adalah merupakan suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada umat manusia di atas muka bumi-Nya ini. Namun begitu, nikmat kemerdekaan ini bukanlah dapat dirasai sepenuhnya oleh semua golongan manusia. Justeru kita dapat melihat bagaimana sesetengah negara dijajah oleh kuasa asing seperti mana yang berlaku di negara Palestin. Kita juga dapat melihat bagaimana sesetengah kelompok manusia dihalau dan diusir daripada tanahair mereka sendiri seperti mana yang berlaku kepada umat Islam Rohingya. Bahkan kita juga dapat melihat bagaimana sesetengah manusia pada hari ini dijadikan sebagai hamba dan diperdagangkan oleh orang lain demi mengaut keuntungan duniawi. Kesemua perkara ini menzahirkan tentang sesetengah umat manusia yang tidak dapat merasai nikmat kemerdekaan seperti mana yang kita semua rasai di tanahair tercinta ini.

MENGHARGAI NILAI KEMERDEKAAN


Di bulan Ramadhan ini kita sedang berjuang untuk membebaskan dan memerdekakan diri kita daripada sebarang dosa dan maksiat. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah dan Berjaya memerdekakan diri kita daripada api neraka.

Sempena bulan kemerdekaan kali ini juga marilah kita memahami erti kemerdekaan. Kemerdekaan secara umumnya dapat diertikan sebagai bebas dan lepas daripada sebarang bentuk penjajahan dan naungan serta mampu berdiri sendiri dengan tidak bergantung kepada yang lain. Negara kita Malaysia telah mendapat kemerdekaannya secara rasmi pada 31 Ogos 1957 dalam ertikata rakyat di negara ini sudah tidak lagi dijajah oleh kuasa asing. Setelah sekian lama berada di dalam cengkaman penjajah, akhirnya umat Islam telah mendapat semula kuasa memerintah di tanahair sendiri. Sesungguhnya ini merupakan satu bentuk kemerdekaan yang perlu dipertahankan oleh setiap rakyat yang cintakan tanahairnya. Kemerdekaan ini merupakan suatu nikmat yang diberikan oleh Allah swt agar dapat disyukuri oleh setiap umat Islam yang inginkan kebebasan dan keamanan. Firman Allah swt di dalam surah An-Naml ayat ke 40;

"Dia berkata (Nabi Sulaiman), Ini ialah daripada limpah kurniaan Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya. (Sebenarnya) sesiapa yang bersyukur, maka faedah syukurnya itu hanyalah kembali kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi mudarat kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...