PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

Showing posts with label Bimbingan Mukmin. Show all posts
Showing posts with label Bimbingan Mukmin. Show all posts

Keutamaan Ilmu Pengetahuan : Hadis

Hadis-hadis yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan ada banyak, seperti :
 
"Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah s.w.t., maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkanNya petunjuk didalamnya."
 
"Para ulama itu adalah warisan para Nabi"
 
Tentulah tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda :
 
"Apabila datang kepadaku satu hari, sedangkan pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu."
 
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menetukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadat dan penyaksian, katanya:
 
"Keutamaan seorang yan berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku."
 
Cubalah perhatikan betapa ilmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
 
"Kelebihan seorang alim atas seorang 'abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-gemintang."
 
Di antara wasiat Luqman al-Hakim terhadap anaknya ialah :
 
"Wahai anakku! Pergaulilah para alim-ulama dan rapatlah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimanan Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit."
 

Sumber : Bimbingan Mukmin

Keutamaan Ilmu Pengetahuan

Di dalam al-Quran al-Karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang mrnunjukkan kepada keutamaannya ilmu pengetahuan itu. Di ataranya :

Surah Ali-Imran, Ayat 18


Maksudnya :

"Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Perhatikanlah pada ayat yang tersebut di atas itu, bagaimana Allat s.w.t telah memulakan penyaksian itu dengam diriNya sendiri, keduanya dengan para Malaikat dan sesudah itu dengan para ahli ilmu pengetahuan. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan, betapa tingginya keutamaan ilmu pengetahuan dan kelebihannya.
 
Surah Al-Majadila, Ayat 11,
 
 
Maksudnya :
 
"... Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. ..."
 
Surah az-Zumar, Ayat 91
 
 
Maksudnya :
 
"...Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?..."
 
Surah Fatir, Ayat28
 
 
Maksudnya :
 
"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu..."
 
Surah An-Nisa', Ayat 83
 
 
Maksudnya ;
"...padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka;..."
 
Jadi hukum mengenai perkara-perkara yang telah berlaku itu harus dikembalikan kepada kebijaksanaan orang-orang berilmu pengetahuan, kerana martabat mereka ditingkatkan dengan martabat para Nabi dalam menyingkap hukum-hukum Allah s.w.t.
 
 
Sumber : Bimbingan Mukmin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...