Hadis-hadis yang berkenaan dengan keutamaan ilmu pengetahuan ada banyak, seperti :
"Sesiapa yang dikehendaki baik oleh Allah s.w.t., maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkanNya petunjuk didalamnya."
"Para ulama itu adalah warisan para Nabi"
Tentulah tiada martabat yang lebih tinggi dari martabat kenabian, dan tiada kemuliaan yang lebih utama dari kemuliaan mewarisi martabat itu.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila datang kepadaku satu hari, sedangkan pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu."
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam menetukan kelebihan ilmu pengetahuan atas segala rupa ibadat dan penyaksian, katanya:
"Keutamaan seorang yan berilmu pengetahuan ke atas seorang yang banyak ibadatnya, laksana keutamaanku ke atas serendah-rendah orang dari golongan sahabatku."
Cubalah perhatikan betapa ilmu pengetahuan itu dipersamakan seiring dengan darjat kenabian, dan betapa pula direndahkan sesuatu amalan yang sunyi dari ilmu pengetahuan, sekalipun orang yang beribadat itu cukup mengetahui ibadat yang ia lakukan itu sehari-harian, kerana kiranya ibadat itu ditunaikan tanpa ilmu pengetahuan, tentulah ianya tidak boleh dinamakan ibadat.
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :
"Kelebihan seorang alim atas seorang 'abid, laksana kelebihan bulan purnama ke atas seluruh bintang-gemintang."
Di antara wasiat Luqman al-Hakim terhadap anaknya ialah :
"Wahai anakku! Pergaulilah para alim-ulama dan rapatlah mereka dengan kedua lututmu, sebab Allah s.w.t. menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimanan Dia menghidupkan bumi dengan hujan lebat dari langit."
Sumber : Bimbingan Mukmin
Assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya mahu komen sedikit di perenggan ini :
"Apabila datang kepadaku satu hari, sedangkan pada hari itu aku tiada bertambah ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diriku kepada Allah azzawajalla, maka tiada akan diberkati bagiku terbitnya matahari hari itu."
Pihak tuan telah menyandarkannya pada Rasulullah SAW. Setahu saya, ini bukan hadis. Shaykh Al-Albani telah menyatakan ia adalah maudhu'.
Ada pendapat yg mengatakan ia merupakan kata-kata dari sahabat atau tabiin. Tetapi, menyandarkannya kepada Rasulullah SAW adalah sesuatu yang ditolak dan sangat bahaya.
Sekadar makluman.
Terima kasih.
Tambahan : Shaykh Al-Albani telah menjelaskannya di dalam kitabnya, Silsilah Ahadith Dhaifah wal Maudhu'ah.
ReplyDelete