Cuti persekolahan hujung tahun sememangnya merupakan waktu yang amat dinanti-nantikan oleh sebahagian ibubapa dan juga semua anak-anak yang bersekolah. Ini adalah kerana waktu ini para ibubapa sudah merancang percutian anak-anak mereka sama ada untuk pergi melancong, berkelah, pulang ke kampung halaman dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini jika dirancang dan dilakukan mengikut lunas-lunas Islam sudah tentu memberikan banyak kebaikan kepada anak-anak disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahmi sesama keluarga dan saudara-mara. Islam sebagai agama persaudaraan amat menekankan betapa pentingnya hubungan persaudaraan sesama insana sebagaimana firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 21:
"Dan orang yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan (iman, silaturrahmi dan lain-lain), dan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka, serta bimbang kepada hitungan amal yang sukar (pada hari Kiamat)".
