PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MEMAHAMI PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB ISLAM TERHADAP SAUDARA BARU


Pendekatan konsep dakwah yang berkesan pada hari ini, melahirkan ramai saudara-saudara baru kita dari pelbagai bangsa untuk mendapat hidayah Islam. Golongan saudara-saudara baru ini juga dikenali sebagai muallaf (orang berjaya yang dijinakkan hatinya). Menurut statistik MAIS pada tahun 2009, seramai 1283 orang saudara baru telah didaftarkan di Selangor.

Berita gembira ini haruslah kita kongsikan bersama-sama masyarakat setempat. Namun apa yang yang lebih penting ialah bagaimanakah penerimaan serta sambutan masyarakat kita pada hari ini terhadap mereka? Adalah menjadi tanggungjawab kita memuliakan dan menghormati saudara-saudara baru ini serta mengambil tahu kebajikan mereka.

Saudara baru biasanya akan menghadapi dugaan besar setelah memeluk Islam. Ada di antara mereka dibuang dari keluarga, sebahagiannya hilang pekerjaan, hilang mata pencarian, ada yang terpaksa merempat, menagih kasih dan memohon bantuan dari pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Saudara-saudara baru ini adalah mereka yang dahagakan motivasi, penerimaan dan pemahaman yang baik dari masyarakat Islam serta bantuan yang sewajarnya. Kelemahan-kelemahan mereka dari aspek tertentu dalam akidah dan ibadah, janganlah jadikan suatu kekurangan yang boleh dijadikan suatu penghinaan buat mereka apatah lagi mencerca mereka atas kelemahan-kelemahan mereka.

Agensi-agensi agama dan badan-badan NGO yang terlibat adalah sebilangan kecil institusi yang menguruskan hal ehwal kebajikan mereka dan segala masalah yang berkaitan dengan saudara baru.

Kerjasama yang erat di kalangan jabatan-jabatan, NGO, pemimpin-pemimpin masyarakat dan jawatankuasa masjid-masjid adalah penting dalam usaha-usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam dan saudara-saudara baru.

Keprihatinan masyarakat kita terhadap saudara-saudara baru ini adalah lebih diperlukan dan lebih besar nilainya di sisi Allah. Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Maidah ayat 2:

"Dan hendaklah kamu bantu-membantu untuk membuat kebajikan dan taqwa, dan janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah); dan bertaqwalah kepada Allah, sesunggunya Allah amat berat azab-Nya".

Bantulah saudara-saudara baru dari segala aspek serta tidak mengenepikan hak mereka dalam setiap aktiviti yang dilakukan oleh orang Islam. Aspek-aspek kebajikan, keselamatan, dan pendidikan Islam yang sempurna adalah tonggak yang menjadi teras kepada keteguhan pegangan akidah mereka seterusnya mencegah dari berlakunya kes-kes murtad di kalangan saudara baru.

Masyarakat juga harus peka dan bertanggungjawab dalam melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya ada mana-mana orang Islam yang menerima bantuan dan tajaan badan-badan agama tertentu yang cuba mendiayah secara halus mahupun terang-terangan, khususnya kepada golongan sasaran seperti fakir miskin dan ibu tunggal. Gerakan-gerakan seperti ini biasanya berjaya merosakkan pegangan akidah seterusnya memurtadkan orang Islam.

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Begitulah bahayanya murtad dan cegahlah sebelum ia menjadi barah yang senyap buat umat Islam. Ia tidak mudah dirawat, bahkan sukar juga dikesan.

Oleh yang demikian, mimbar Jumaat pada hari ini mencadangkan kepada jemaah sekalian dan pihak pengurusan masjid, agar mengisytiharkan serta memperkenalkan tentang saudara-saudara baru, yang baru memeluk Islam dalam karyah tersebut kepada jemaah yang hadir pada solat Jumaat sebagai meraikan kehadiran mereka. Juga dicadangkan agar setiap masjid mewujudkan lajnah kebajikan muallaf bagi mengenal pasti keperluan mereka serta merancang aktiviti yang bersesuaian, khususnya pemahaman terhadap Islam.

Maka, dengan adanya program sebegini dapatlah kita memperluaskan lagi peranan dakwah Islamiah kepada semua masyarakat bagi merapatkan lagi ukhuwwah disamping meneguhkan kekuatan akidah kepada Allah S.W.T.

Ingatlah! Jangan kita lupa dan leka terhadap tanggungjawab sebagai muslim. Kerana hanya dengan pegangan akidah yang kukuh kita dapat membela agama Islam yang tercinta ini. Hanya dengan kekuatan akidah sahajalah dapat kita menghindari musuh-musuh yang cuba merosakkan umat Islam, apatah lagi yang cuba menghina dan mempersendakannya.

Mimbar hari ini berpesan kepada seluruh lapisan umat Islam agar:
  1. Meningkatkan keprihatinan umat Islam terhadap saudara-saudara baru.
  2. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan pemahaman mereka dalam Islam khususnya bidang akidah dan ibadah.
  3. Menunjukkan contoh yang baik dan mempamerkan keindahan Islam dalam bentuk perbuatan (dakwah bil-hal).
  4. Prihatin terhadap kebajikan dan menangani permasalahan saudara-saudara baru dengan cara berhemah dan berhikmah.
  5. Berhati-hati dengan diayah-diayah yang boleh merosakkan akidah yang bertindak secara halus.
  6. Membendung gejala murtad di kalangan masyarakat.
  7. Memelihara hubungan baik dan menjaga kebajikan saudara-saudara baru sesame Islam.

Semoga dengan kesedaran ini, dapatlah kita terus membina kekuatan akidah dan yakin dengan janji murni Allah S.W.T terhadap orang-orang yang sentiasa memelihara keimanan terhadap-Nya.

Akhirnya, marilah kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah s.a.w:

"Demi Allah, sesungguhnya jika Allah memberi petunjuk kepada seseorang melalui usaha kamu, maka itu adalah lebih baik daripada kamu mendapat sekumpulan unta merah (unta dari jenis yang baik)''.

(Riwayat Bukhari/Muslim/Ahmad)

"Dan sesiapa yang mengerjakan amal-amal soleh sama ada daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka mereka itu akan masuk ke syurga dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikit pun".

(Surah An-Nisa' : 124)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...