PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

BAKHIL : JALAN MENUJU KE NERAKA

Islam menggalakkan umatnya supaya mengikuti dan mencontohi perilaku Nabi Muhammad SAW untuk menjadi orang yang sangat pemurah. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang paling pemurah lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

Oleh yang demikian, diseru dan mengajak kita untuk sama-sama mengikis serta menjauhi sifat bakhil  yang ada dalam diri kita sendiri.

Sesungguhnya sifat bakhil merupakan salah satu sifat mazmumah (sifat yang keji dan tercela) yang ada pada setiap manusia, tidak kiralah pangkat atau keturunan. Sebagai contoh orang kaya menjadi bakhil kerana takut hartanya berkurangan dan ahli perniagaan menjadi bakhil kerana bimbang perniagaannya merosot. Apakah faktor-faktor yang menjadi penyebab kebakhilan ini?

Antara faktor-faktor yang menjerumuskan kita kepada pengaruh sifat bakhil agar kita terhindar dari sifat yang tercela ini adalah:

Pertama: Cinta dunia dan bencikan mati.

Kedua-dua penyakit yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW ini tidak dapat dipisahkan. Ini terbukti dengan sebuah hadis Nabi SAW berkaitan “alWahn”. Rasulullah SAW menerangkan penyakit al-Wahn ini adalah terlalu cintakan dunia dan bencikan mati. Cintakan dunia bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak menginfakkan hartanya pada jalan Allah. Manakala takut mati pula bermaksud leka dan asyik dengan penghidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk alam akhirat.

Kedua: Tidak meyakini apa yang ada disisi Allah SWT.

Seseorang yang merasa ragu akan balasan pahala dari sisi Allah SWT, maka akan timbul pada dirinya kesukaran dan keengganan untuk menginfakkan hartanya.

Setelah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu bersifat bakhil, sewajarnya kita mengetahui pula kesan dan akibat yang akan menimpa pelakunya di dunia mahupun di akhirat. 

Antara kesannya adalah: 

Pertama: Menyebabkan pelakunya terjerumus ke dalam pelbagai perbuatan dosa.

Seseorang yang berpenyakit bakhil akan menjauhkan dirinya dari perbuatan baik. Sama ada perbuatan baik itu tentang hubungannya dengan Allah atau hubungan sesama manusia. Sebaliknya ia akan selalu mendekati perbuatan jahat sehingga menyibukkan dirinya dengan perbuatan jahat itu. 

Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita bahawa kebakhilan akan membawa kepada berbagai perbuatan dosa dan kehinaan. Hadis daripada Abdullah Bin Amru RA bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:

Hendaklah kamu menjauhi sifat bakhil, maka sesungguhnya telah celaka binasalah orang-orang yang sebelum kamu lantaran kebakhilannya mengajak kepada mereka dengan kebakhilan kemudian mereka bakhil dan mengajak kepada mereka untuk memutuskan silaturrahim kemudian mereka putus dan mengajak kepada mereka dengan perbuatan dosa kemudia ia lakukannya”.  (Riwayat Abu Daud).

Kedua: orang bakhil menjadi lalai hingga terus leka dalam mengumpulkan harta kekayaannya.

Allah mengingatkan kita dalam surah at-Takasur ayat 1-2 yang bermaksud:

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-pelumba untuk mendapatkan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh), hingga kamu masuk ke liang kubur”.

Ketiga: Orang bakhil dibenci oleh kebanyakan manusia.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesunggunya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil”. (Riwayat at-Tirmizi).

Keempat: Akan mendapat azab yang pedih di akhirat.

Kebakhilan seseorang tidak hanya menerima azab di dunia, bahkan musibah tersebut akan terus menyiksa pelakunya hingga ke negeri akhirat dengan azab yang lebih pedih di neraka.

Firman Allah SWT dalam surah ali-Imran ayat 178

"Dan jangan sekali-kali orang-orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya - menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak...”.

Demikianlah beberapa kesan dan akibat yang akan menimpa orang-orang yang bakhil di dunia dan di akhirat. Maka dengan mengetahui faktor tersebut maka sewajarnya kita berusaha menjauhinya dengan mengambil tindakan seperti berikut:

Pertama: Kita hendaklah menanamkan keyakinan dalam hati kita bahawa segala-galanyanya adalah milik Allah.

Kedua: Kita hendaklah bersyukur atas nikmat yang telah Allah SWT kurniakan.

Ketiga: Kita hendaklah meyakini apa yang diinfakkan pasti akan diganti oleh Allah SWT dengan yang lebih baik dan berlipat kali ganda.

Keempat: Kita hendaklah berwaspada dengan bisikan-bisikan syaitan yang menakutkan manusia dengan kefakiran apabila membelanjakan hasil keuntungan ke jalan Allah SWT.

Kelima: Kita hendaklah sentiasa berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti berikut:

"Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan".  (at-Talak-7).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...