PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

BERSANGKA BAIK TERHADAP ALLAH

Bersangka baik kepada Allah merupakan amalan hati yang mempunyai nilai tinggi dalam agama. Ia membentuk kita menjadi hamba yang betul-betul beriman dengan-Nya, menerima segala ketentuan-Nya dan menjadikan kita lebih berusaha dalam mencari rezeki yang dilimpahi-Nya. 

Terdapat beberapa situasi dalam kehidupan yang kita harungi sebagai ujian daripada Allah, maka kita hendaklah bersangka baik kepada Allah. Antaranya ; 

1. Apabila berdoa, hendaklah kita yakin bahawa Allah akan menerima doa kita. 

Hadis daripada Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dimakbulkan”. 
(Riwayat at Tirmizi). 

2. Apabila beribadat hendaklah kita berharap Allah menerima amalan kita seperti firman-Nya dalam surah al-Fathir ayat 10

“…kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam hitungan balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal 
yang makbul…)” 

3. Jika bertaubat hendaklah ia berharap agar Allah menerima taubatnya seperti firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 104

Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah ( serta membalasnya)?,dan sesungguhnya Allah lah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. 
 
4. Hendaklah kita yakin dengan balasan baik dan buruk daripada Allah Taala kerana kepada Allah lah kita semua akan kembali. 
 
5. Hendaklah kita yakini akan pertemuan dengan Allah kelak dalam keadaan yang baik.

Hadis daripada Jabir Bin Abdullah RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

Jangan ada seseorang daripada kamu yang akan mati kecuali ia bersangka baik terhadap Allah”. 
 (Riwayat Muslim). 

Oleh itu, untuk menanam sifat bersangka baik terhadap Allah SWT. kita perlu mengetahui bahawa Allah itu Maha luas rahmat-Nya yang mencakupi keampunan,anugerah dan kemurahan-Nya. Sebagai hamba yang beriman kepada-Nya kita mesti menzahirkan rasa syukur kita kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya, menunaikan ibadah wajib maupun ibadah sunat maka dengan itu keimanan kita akan bertambah. 
 
 Firman Allah dalam surah al Kahfi ayat 110:

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang satu; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. 
 
Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". 
 
Antara sifat orang munafik ialah mereka bersangka buruk terhadap Allah. Ini terjadi pada peristiwa perang Uhud di mana orang munafik telah bersangka bahwa Allah tidak akan memberi kemenangan kepada rasul-Nya. Mereka beralasan jika tidak menyertai perang Uhud nescaya mereka tidak mengalami kekalahan dan kecederaan bahkan kematian. Semua sangkaan puak munafik ini direkodkan oleh Allah pada surah ali Imran ayat 154

Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". 
 
Bersangka bahawa Allah akan mengampuni dosa suatu hari nanti tetapi terus menerus malakukan maksiat juga berputus asa daripada rahmat Allah di atas musibah yang menimpa lalu membuat keputusan membunuh diri atau sebagainya adalah perkara yang mesti dijauhi dan wajib dihindari. 
 
Selain daripada itu menganggap bahawa kejayaan duniawi yang diperolehi hanya kerana hasil usaha dan ilmu pengetahuan sendiri menjadikan seseorang itu lupa bahawa sebenarnya nikmat itu adalah datangnya daripada Allah Taala. Maka hindarilah daripada bersikap angkuh hanya dengan sedikit nikmat yang diberikan oleh Allah Taala sebagai ujian. Lihat...bagaimana kesudahan Qarun dengan hartanya yang melimpah ruah. 
 
Firman Allah Taala dalam surah al-Qasas ayat 78

Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)”. 

Oleh itu marilah sama-sama kita membuat muhasabah diri sejauhmanakah kita menghayati agama ini dari sudut ilmu pengetahuan,amalan dan akhlak islamiah. Ini kerana penyakit bersangka buruk terhadap Allah adalah berpunca daripada kejahilan kita bahawa setiap apa yang berlaku adalah daripada Allah jua. 

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!
 (al-Fussilat : 22



Sumber : JAIS (Teks Khutbah 13 Jun 2014)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...