PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

TARBIAH UNIVERSITI RAMADHAN

Syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT. yang telah memberi kesempatan untuk menemui Ramadhan yang merupakan penghulu bulan. Rasa bertuah dan syukur itu sewajarnya kita gambarkan dengan menanamkan keazaman yang tinggi untuk melaksanakan ibadah puasa ke darjat tertinggi dan menggandakan ibadah-ibadah sunat lain. 

Kita perlu melakukan satu perubahan besar dalam menentukan tahap puasa kita. Tingkatan puasa kita seharusnya menjulang ke tingkatan lebih tinggi dan bukan sekadar puasa awam sahaja.Saban tahun kita berpuasa, adakah kita mahu puasa kita masih di tahap yang lama? Sudah tentu kita mahu mendapatkan puasa yang lebih baik. Puasa khusus dan puasa khususul khusus sewajarnya menjadi sasaran dan keazaman kita pada tahun ini sebagaimana yang pernah digariskan oleh Imam al-Ghazali RH. 

Dalam merasai nikmat dan hikmah puasa itu, marilah kita merungkai rahsia yang tersembunyi di sebalik ibadah puasa dan bulan Ramadhan yang akan kita raikan ini. 


Hadis daripada Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

Wahai manusia!; telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkati, Allah telah memfardhukan kepada kamu berpuasa di dalamnya, pintu-pintu neraka ditutupkan, pintu-pintu syurga dibukakan, para syaitan dibelenggu, terdapat padanya satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang diharamkan daripada mendapat kebaikannya, maka ia benar-benar tidak mendapat kebaikan keseluruhannya”.  (Riwayat an-Nasa’i). 

Ramadhan yang kita akan tempuh ini bakal mengajar beberapa perkara penting dalam kehidupan. Satu hikmah yang hebat ialah bahawa Ramadhan mengajar kita mengurus masa dengan baik. Bermula daripada amalan bersahur kita telah diajar untuk menepati waktu. Hukum telah menetapkan tempoh dan masa berjaga-jaga untuk berhenti bersahur. Kita disunatkan melewatkan bersahur tetapi bersegera pula untuk berbuka. Ini bertepatan dengan amalan Rasulullah SAW. sepertimana yang telah diceritakan oleh Saidatina Aisyah dalam beberapa hadis. 
 Walau bagaimanapun, apabila telah selesai berbuka puasa dengan sempurna maka jangan pula melambat-lambatkan dan melengah-lengahkan solat fardhu Maghrib sehingga keluar waktu. 

Selain daripada itu, tarbiah yang kita nikmati sepanjang Ramadhan yang bakal tiba ini adalah kita berjaya melakukan muhasabah diri.Berjaya menjadikan akhlak kita cemerlang.Menginsafi kehidupan yang dialami oleh golongan fakir dan miskin. 
Sehubungan itu, Allah perintahkan ibadah puasa tanpa mengira pangkat dan keturunan, tua atau muda, miskin atau kaya. Kekayaan, kemewahan dan kesenangan yang ada pula tidak boleh menggantikan perintah wajib puasa. Lebih hebat lagi pahala puasa ini tidak ditetapkan dan menjadi hak eksklusif Allah SWT. 
Hadis daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anak Adam maka baginya sepuluh kebaikan. Kecuali puasa, ia untukku dan akulah yang akan memberi ganjaran”. (Riwayat an- Nasai). 


Maka sepanjang Ramadhan, Allah menyediakan pakej pahala yang berlipat kali ganda. Amalan wajib kita mendapat 70 kali ganda pahala. Manakala ibadah sunat kita mendapat pahala wajib. Umat Islam juga digalakkan menyantuni golongan yang lemah dan daif, menghulurkan zakat kepada golongan asnaf, memberi makan kepada anak-anak yatim, berlumba-lumba bersedekah dan menginfaqkan harta ke jalan Allah.

Pengajaran berikutnya adalah bahawa Ramadhan itu memupuk sifat amanah. Kita bersifat amanah dalam bentuk zahir dan batin. Amanah dengan tidak melakukan dan melanggar perintah-perintah Allah dalam keadaan kita berpuasa dan diluar Ramadhan kita berpuasa dengan membuang sifat-sifat mazmumah dan menambah sifat-sifat mahmudah dalam diri.

Hadis daripada Abu Hurairah RA. bahawa Rasulullah SAW. bersabda : 

Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dusta dan perbuatan dusta dan kejahatan, nescaya Allah tidak memerlukan usaha dirinya dalam meninggalkan makanan dan minumannya (puasa)”.  (Riwayat al-Bukhari
Ramadhan juga membentuk umat Islam bersifat prihatin dan giat memperkukuh ukhuwah Islamiah. Amalan menjamu golongan fakir,miskin dan anak yatim, budaya menyediakan juadah kepada orang yang berpuasa merupakan langkah-langkah mengeratkan silaturrahim. 
Hadis daripada Zaid Bin Khalid Al-Juhani RA. bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

Sesiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Riwayat at-Tirmidzi


Marilah kita merebut hamparan pahala yang dijanjikan Allah sepanjang Ramadhan ini. Kita laksanakan ibadah puasa dengan bersungguh-sungguh agar kita memperoleh hikmah yang tersembunyi di sebaliknya. 
Oleh itu, umat Islam hendaklah ; 
1. Menjadikan puasa sebagai pemangkin kepada rohani dan jasmani. 
2. Hendaklah meyakini bahawa puasa dapat menyihatkan jasmani dan rohani. 
3. Hendaklah menjadikan puasa sebagai pendorong kearah melakukan kebaikan. 
4. Menjadikan puasa untuk menginsafi penderitaan hidup golongan fakir dan miskin. 

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (al-Baqarah : 185



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...