Walimah bermakna majlis kenduri kahwin. Ia diadakan sebagai perisytiharan dan meraikan pasangan pengantin. Hukumnya adalah sunat muakkad, kerana ia adalah perkara yang baik lagi mulia. Majlis walimah sangat penting kerana ia berfungsi bagi melayakkan berlakunya fitnah dan menjadi bukti bahawa pasangan itu telah dinikahkan dan sah sebagai suami isteri. Berdasarkan tradisi masyarakat, pasangan pengantin digelar sebagai raja sehari. lantaran itu ia dimuliakan dan diraikan dengan pelbagai upacara bagi memeriahkan majlis. Perkara seperti ini wajar dilakukan, kerana ia mengandungi hasrat tersirat, agar majlis seperti ini hanya dialami sekali dalam kehidupan pasangan pengantin. Ini memberi kesan agar jodohnya kekal hingga keakhir hayat.
Maka laksanakanlah majlis walimah sebagai lambang kegembiraan dan sebagai tanda kesyukuran bagi mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Tegasnya majlis walimah adalah suatu ibadah. Oleh itu perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip ibadah hendaklah dijauhi supaya beroleh pahala dan keberkatan serta keredhaan Allah SWT.
Antara tujuan diadakan walimah ialah sebagai suatu tanda kesyukuran bagi kedua ibubapa kerana anaknya dipertemukan jodoh, yang bererti tertunailah tanggungjawabnya terhadap agamanya, yang menjadi suatu amanah, dalam memelihara anaknya, membesarkan dan akhirnya mengahwinkan. Walimah juga dapat mempereratkan persaudaraan antara kedua belah pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan dalam sebuah keluarga yang lebih besar, khususnya dan dikalangan para jemputan amnya. Untuk itu elakkan daripada rasa menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah yang boleh menghilangkan keberkatan kerana ianya tersasar daripada tujuan beribadah.
Pelaksanaan majlis walimah yang terbaik adalah secara bersederhana. Ini tidak bermakna, kita tidak boleh membuat kenduri secara besar-besaran, dalam erti kata ramai jemputannya, terutama bagi mereka yang berkemampuan. Namun elakkanlah daripada suka berhutang dan melakukan pembaziran. Walau bagaimana pun, menganjurkan majlis perkahwinan itu adalah sangat dituntut oleh Islam.
Justeru sebuah Hadis daripada Anas Bin Malik RA beliau memberitahu bahawa Rasulullah SAW telah melihat kesan-kesan kesan-kesan warna kuning pada Abdurrahman Bin Auf lantas bertanya;
“Apakah ini? Abdurrahman Bin Auf menjawab “Ya RAsulullah, sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang perempuan maharnya emas seberat sebiji tamar. Maka sabdanya, Allah memberkati engkau, kendurilah walau (hanya) dengan menyembelih seekor kambing”. (Muttafaqun ‘Alaih).
Apa yang mustahak diambil kira ialah upacaranya yang boleh menambahkan kemeriahannya, tetapi dalam masa yang sama dapat memberi nilai tambah memperoleh keberkatan seperti mengadakan majlis khatam al-Quran, berzanji, paluan kompang, nyanyian berbentuk zikir, nasyid dan selawat yang bersifat mendidik, mengingati serta menimbulkan kesedaran terhadap Allah SWT. dari segi perhiasan pengantin, perlulah selari dengan kehendak syarak, tidak berhias secara berlebih-lebihan mengikut kehendak pihak-pihak tertentu dan juga tidak menyerupai amalan dan budaya masyarakat lain seperti mendedahkan aurat atau meniru upacara atau istiadat agama lain. Bahkan upacara bersanding juga adalah bertujuan memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga terdekat, sahabat handai, jiran tetangga dan tetamu jemputan.
Dari segi jemputan dan jamuan; semakin ramai kehadiran pada sesuatu majlis walimah itu, maka semakin besarlah rahmatnya dan semakin bertambah keberkatannya. Kerana tetamu yang hadir itu adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang, daripada yang kaya hingga yang miskin, tua muda, alim ulama’, lebih-lebih lagi daripada kalangan anak-anak yatim dan jiran sekeliling kita yang sering mendoakan kebaikan kepada tuan rumah. Oleh itu elakkanlah daripada menjemput tetamu secara berpilih-pilih seperti menjemput orang-orang kenamaan yang kaya sahaja dan menafikan golongan miskin yang boleh menimbulkan rasa megah dan akan menghilangkan keberkatan Allah SWT.
Dari segi jamuan, jamulah tanpa membeza-bezakan menu atau jenis makanan kepada tetamu yang diundang. Walau bagaimanapun dari segi cara menghidang dan menentukan tempat duduk para jemputan bolehlah dilakukan mengikut keperluan, seperti dipisahkan antara jemputan lelaki dan perempuan, jemputan-jemputan khas, alim ulama’ dan golongan berilmu, juga warga-warga emas, sebagai suatu penghormatan terhadap mereka.
Sesungguhnya menghadiri jemputan walimah adalah wajib, kecuali jika ada keuzuran dan perkara-perkara yang menghalangnya.
Hadis daripada Abu Huhairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
3. Jemputan tidaklah terpilih-pilih dan tetamu yang hadir hendaklah menjaga adab, tatasusila dalam berpakaian, perbualan, juga ketika menjamu selera.
4. Gunakanlah majlis walimah sebagai pemangkin dalam menjalin dan mengukuhkan persaudaraan dan silaturrahim.
5. Majlis walimah adalah merupakan ibadah, maka hendaklah menghindari perkara-perkara mencacat dan menjejaskan keberkatannya.

“Sesiapa yang meninggalkan jemputan (walimah) maka sesungguhnya dia telah ingkar perintah Allah dan Rasul-Nya”. (Riwayat al-Bukhari).
Hari ini timbul kecenderungan gaya berpakaian ketika menghadiri majlis walimah. Ia diambil peluang oleh sebahagian jemputan sebagai tempat untuk memperagakan fesyen berpakaian yang kadang-kadang menjolok mata dan mendedahkan aurat. Sebagai tetamu maka kita sepatutnya menghormati tuan rumah yang mengharapkan majlisnya dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT tambahan pula majlis tersebut merupakan suatu ibadah. Dibimbangi, walaupun doanya sarat dengan permohonan dan mengharapkan keberkatan tetapi ia tidak diredhai oleh Allah gara-gara sebahagian jemputannya yang tidak peka halal dan haramnya cara berpakaian. Selain cara berpakaian, jemputan juga tidak boleh mempertikai menu atau citarasa makanan yang dihidangkan.
Perlu diingat, meriahnya majlis walimah yang diselitkan dengan pelbagai acara dan program adalah bukan suatu jaminan rumah tangga yang dibina akan bahagia dan kekal hingga keakhir hayat. Hari ini, kita dapat lihat keghairahan masyarakat meletakkan ukuran majlis walimah yang sering dipaparkan dalam akhbar. Tetapi masalah keruntuhan rumah tangga dalam aspek melaksanakan tanggungjawab sebagai suami isteri juga seolah-olah tidak cukup ruang untuk dimuatkan. Tambahan pula statisktik perceraian yang sentiasa meningkat. Dilaporkan setiap empat minit berlaku satu perceraian. Bayangkan kesannya terhadap masyarakat akan datang. Rumah tangga yang sepatutnya merupakan tempat memupuk rasa kasih sayang, telah menjadi medan pertikaian sehingga ke mahkamah untuk menuntut hak dan pertikaian tentang tanggungjawab. Keadaan ini yang apabila dibawa sampai ke mahkamah maka hasil sebahagian besarnya adalah berakhir dengan perceraian.
Justeru, bagi memastikan majlis walimah mendapat keberkatan Allah SWT, maka langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:
1. Hendaklah dipastikan pengisian acara majlis tidak mengandungi perkara-perkara maksiat. Pasangan pengantin tidak berlebih-lebihan dalam berhias, elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah.
2. Majlis hendaklah dilangsungkan dalam keadaan sederhana mengikut kemampuan, tidak bermewah-mewah sehingga berhutang dan berniat menunjuk-nunjuk sehingga melakukan pembaziran.
3. Jemputan tidaklah terpilih-pilih dan tetamu yang hadir hendaklah menjaga adab, tatasusila dalam berpakaian, perbualan, juga ketika menjamu selera.
4. Gunakanlah majlis walimah sebagai pemangkin dalam menjalin dan mengukuhkan persaudaraan dan silaturrahim.
5. Majlis walimah adalah merupakan ibadah, maka hendaklah menghindari perkara-perkara mencacat dan menjejaskan keberkatannya.
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari kedua-duanya- zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. " (an-Nisa’ : 1).
No comments:
Post a Comment