PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SABAR DALAM KEHIDUPAN

Apabila Allah uji kita dengan sesuatu ujian, bagaimanakah caranya kita mahu menghadapi ujian ini?

Pertama sekali ialah sabar, sebagai contoh ada orang yang jiwanya tertekan dan ingin terjun bangunan. Ada orang tidak mampu menahan tekanan jiwa dan rasa mahu menjerit. Menurut kaedah ilmu kaunseling bahawa dengan menjerit dan meluahkan perasaan adalah satu dari cara meredakan tekanan. Sedangkan Islam menganjurkan amalan-amalan tertentu untuk kita meringankan tekanan yang dihadapi. Antaranya adalah;

1.Banyakkan bertenang.
2.Biasakan diri dalam keadaan berwuduk.
3.Banyakkan berzikir dan berselawat.
4.Memperbanyakkan solat sunat.
5.Memperbanyakkan berdoa kepada Allah.
6.Bersangka baik kepada Allah

Apabila  disebut  masalah,  sebenarnya  setiap  orang  tidak  akan  terlepas daripada menghadapi masalah selagi hidup di dunia ini. Lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang. Inilah sunnatullah.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ankabut  ayat 2 dan 3 :
Apakah  manusia  menyangka  bahawa  mereka  akan  dibiarkan  dengan hanya   berkata,   “Kami   beriman,”   sedangkan   mereka   belum   diuji   (bagi membuktikan keimanan mereka”? Sesungguhnya! Kami telah menguji orang yang  terdahulu  daripada  mereka,  maka  sesungguhnya  Allah  mengetahui orang yang sebenar-benarnya beriman dan Dia juga mengetahui orang yang berdusta”.


Pengajaran daripada   ayat   ini   menyedarkan   kita   bahawa   manusia sentiasa diuji  untuk  melihat bagaimana  tahap keimanan seseorang terhadap Allah SWT.

Apa  yang  dikatakan masalah  itu  adalah  satu  bentuk  ujian  dan  dugaan daripada  Allah  SWT untuk  kita  membuktikan, sejauh  mana  kebenaran  dan keutuhan akujanji   iman   kita   kepada-Nya. Yang   pentingnya   jangan   kita bersangka buruk terhadap Allah yang memberikan ujian dan dugaan kepada kita.

Sabar dalam kehidupan mempunyai beberapa jenis:

1. Sabar dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Allah telah memerintahkan kepada kita bersabar dalam melaksanakan ketaatan dan perintah-perintah Allah contohnya perintah melaksanakan solat, mungkin bagi sebahagian orang sangatlah berat untuk melaksanakannya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 45:

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan bersabar dan mengerjakan solat; dan Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Begitu juga dengan kewajipan-kewajipan lainnya seperti puasa, haji, berzakat dan ibadah-ibadah lainnya. Akan tetapi bagi mereka yang sentiasa bersikap sabar dan teguh pendirian dan keimanan kepada Allah SWT nescaya akan menghasilkan kemanisan dalam kehidupan. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya tidak suka dan malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Contoh yang telah Allah berikan kepada kita adalah kisah Nabi Ibrahim AS, yang diperintahkan oleh Allah melalui mimpinya untuk menyembelih anak yang disayangi dan dicintainya. Namun seperti yang kita ketahui, Nabi Ibrahim AS dengan ikhlas dan sabar melaksanakan perintah tersebut, Allah SWT menerima korban Nabi Ibrahim dan menggantikannya dengan seekor kibas.

2. Sabar untuk meninggalkan dan menjauhi larangan Allah SWT.

Ini termasuk sabar yang berat, kerana kita dituntut untuk sentiasa menghindari semua hal tersebut. Dan kiranya kita mampu sabar dengan semua larangan tersebut, tentunya kita akan diberikan ganjaran pahala yang sangat besar dari Allah SWT.

Contoh yang telah Allah nyatakan dalam Al-Quran adalah: kisah Nabi Yusuf AS dengan kesabaran yang dimilikinya, beliau selamat daripada godaan syaitan untuk melakukan zina. Ini ujian yang berat. Hanya dengan kekuatan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT sahajalah maka dugaan ini dapat dihindarkan.

Lalu bagaimana dengan kita? Sejauh mana kesabaran kita menghadapi ujian untuk meninggalkan kemaksiatan dan menjauhi larangan Allah.

Firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 90:

Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan”.

3. Sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan.

Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa kepada manusia biasa bahkan juga kepada nabi. Antara yang dinyatakan oleh Al-Quran ialah sabar menghadapi kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan atau ketakutan, kehilangan jiwa dan harta benda.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 155:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”.

Allah juga telah memberikan contoh dalam al-Quran dengan penderitaan yang telah dialami oleh Nabi Ayub AS, beliau menderita dengan penyakit kulit dalam tempoh yang lama, kematian anak bahkan kehilangan harta-hartanya sehingga tidak ada seorangpun daripada manusia yang mahu mendekatinya.

Beliau menderita penyakit ini selama 18 tahun, satu tempoh masa yang amat lama. Namun beliau tidak sedikitpun mengeluh dan berputus asa dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah kepadanya. Sebaliknya beliau terus berdoa sepertimana telah dikisahkan dalam firman Allah SWT dalam surah al-Anbia’ ayat 83

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”.

Kita sangatlah lemah dan tidak sabar dikala kita diuji dengan sakit, meskipun hanya sakit yang sementara dan tidak terlalu berbahaya, ramai di antara kita yang selalu mengeluh bahkan ramai pula yang mencari jalan pintas, sanggup membelanjakan wang yang banyak dengan melakukan perbuatan-perbuatan syirik dan khurafat untuk sembuh dan mendapat kesejahteraan hidup di dunia yang sementara. Naudzubilah min dzalik.

Maka marilah sama-sama kita mengambil iktibar seperti mana saranan berikut:

1. Sabarlah dalam melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya serta meyakini bahawa ujian itu merupakan tanda kasih Allah SWT kepada hamba-Nya.

2. Setiap muslim hendaklah bersabar apabila Allah SWT memberikan nikmat kekayaan dan kesenangan kepadanya. Ini kerana tidak ramai manusia yang berjaya menghadapi ujian daripada nikmat kesenangan ini.

3. Hadapilah ujian hidup dengan kesabaran diiringi dengan usaha dan doa. Apa-apa pun perkara yang menimpa kita, InsyaAllah ia akan menjadi kebaikan sekiranya dapat dihadapi dengan sikap positif, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa serta tawakkal.

4. Yakinlah semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, semakin tinggi kesabaran yang diperlukan, semakin besar pula pahala dan rahmat Allah yang akan dilimpahkan kepada kita.

Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah serta bertakwalah kamu kepada Allah suapaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”  (Surah Ali-Imran: 200)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...