PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

SOLAT TIANG AGAMA

Solat adalah wajib keatas setiap individu muslim. Ia merupakan suatu kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah SWT semenjak lebih kurang seribu lima ratus tahun yang lalu. Iaitu difardhukan pada tahun kelima sebelum hijrah. Solat merupakan suatu perintah yang agung dalam agama Islam. Diatas kebesaran dan keagungan perintah solat ini Allah SWT menjemput Nabi Muhammad SAW dimalam mikraj untuk disampaikan sendiri kefardhuan solat ini secara terus tanpa melalui perantaraan malaikat sebagaimana ibadah-ibadah yang lain. Kewajipan menunaikan solat ini berkekalan dan tidak gugur dari diri seorang yang mukallaf dalam apa jua keadaan dan dimana jua ia berada selama mana ia masih bernafas dan berakal.

Solat difardhukan pada asalnya ketika Israk dan Mikraj sebanyak lima puluh waktu, kemudian dikurangkan oleh Allah SWT sehingga tinggal lima waktu sahaja dalam sehari semalam yang mana pahalanya tetap seperti lima puluh waktu.

Hadis daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

Allah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi; Wahai Muhammad sesungguhnya percakapan di sisi-Ku tidak berubah. Bagi Mu lima waktu ini pahalanya sama dengan lima puluh waktu”. (Hadis Qudsi diriwayatkan oleh At-Tirmizi).

Kefardhuan solat lima waktu ini berulang kali disebut dalam Al-Quran, diantaranya ialah ayat 43 surah al-Baqarah seperti berikut:

Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan bersama-sama orangorang yang rukuk”.


Ingatlah! Bahawa orang yang meninggalkan solat akan menerima seksaan atau azab dari Allah SWT semasa di dunia lagi, ketika hendak mati, semasa di dalam kubur dan semasa di akhirat kelak. Seksaan ketika di dunia ialah Allah SWT akan menghilangkan berkat pada rezekinya dan dihilangkan tanda kesolehan dari mukanya. Seksaan ketika rohnya hendak dicabut adalah dia akan berada dalam keadaan yang sangat dahaga dan merasai kesakitan yang amat sangat. Seksaan ketika di dalam kubur adalah dia tidak dapat menjawab soalan-soalan malaikat Mungkar dan Nakir, bahkan kuburnya menjadi sempit dan gelap gelita. Manakala seksaan di akhirat pula adalah ketika dihisab catatan amalan buruknya lebih banyak dari amalan baik dan menerima kemurkaan Allah SWT serta dimasukkan kedalam neraka Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Muddaththir ayat 42-43:

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?. Orangorang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang”.

Ingatlah! Solat adalah sebahagian daripada rukun islam yang lima, justeru islam tidak akan tertegak pada diri seseorang melainkan tertegaknya kesemua rukun islam terutamanya syahadat dan solat. Sebagaimana sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar R.A bahawa Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:

Islam ditegakkan diatas lima perkara. Iaitu bersyahadat bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad ini Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dalam bulan ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan menunaikannya”.  (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). 

Ketahuilah! Sesungguhnya kewajipan solat lima waktu yang telah difardhukan oleh Allah SWT ini merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim, kerana solat merupakan tiang atau asas kepada agama islam. Iaitu islam akan tertegak pada diri seseorang dengan ibadah solat yang dilakukannya dan islam akan hilang dari diri seseorang bila solat ditinggalkannya.

Selain dari itu, perlu juga diketahui dan disedari bahawa solat merupakan suatu ibadah yang amat penting dalam kehidupan setiap individu muslim. Maka beruntung dan selamatlah bagi yang melaksanakannya dengan khusuk dan sempurna dan rugilah bagi sesiapa yang meninggalkannya, kerana solat merupakan amalan yang pertama yang akan dihisab oleh Allah SWT diakhirat kelak dan merupakan penentu kepada kesempurnaan dan penerimaan amalan-amalan yang lain.

Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Amalan yang mula-mula sekali dihisab dari seorang hamba diakhirat ialah solat. Jika ibadah solatnya diterima, nescaya diterima amalan-amalan yang lain dan apabila solatnya ditolak maka ditolaklah amalan-amalan yang lain”.  (Riwayat Imam an-Nasai’ dan Imam At-Tirmizi).

Sesungguhanya Ibadah solat yang difardhukan oleh Allah SWT kepada kita adalah semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah SWT tidak akan merasa untung atas solat yang kita kerjakan dan Allah SWT tidak akan rugi bila manusia tidak melakukan, yang rugi adalah manusia itu sendiri. Oleh itu solat yang dilaksanakan dengan rasa ikhlas, khuysu’, sempurna dan semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT akan melahirkan hikmah kepada si pelakunya. Diantara hikmah-hikmah tersebut ialah:-

Pertama: Ibadah solat akan mengingat dan menghampirkan diri seseorang hamba itu kepada penciptanya iaitu Robbul Jalil. Firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 :

Sesungguhnya Aku ini Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, maka sembahlah Aku dan laksanakanlah solat untuk mengingati Aku”. 

Kedua : Solat lima waktu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan. Sebagaimana Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Solat lima waktu, jumaat hingga jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat itu selama dijauhi dosa-dosa besar”.  (Riwayat Imam Muslim).

Ketiga: Solat menghalang perbuatan keji dan mungkar. Iaitu dengan melakukan solat akan menimbulkan rasa kehebatan, kebesaran dan keagungan Allah SWT serta gerun dan takut azab kemurkaan-Nya yang menjadi pengawal perbuatan keji dan mungkar. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45:

Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar”.

Keempat: Solat mententeramkan jiwa. Orang yang menunaikan solat jiwanya akan merasai tenteram dan damai seterusnya dapat mengawal tekanan jiwa. Sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya surah Al-Ma’arij ayat 19 – 23:

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil. Kecuali orang yang mengerjakan solat, Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solat mereka”.

Kelima: Solat melahirkan kejayaan, keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah a-Mukminun ayat 1 – 2 :

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya

Pengajaran dan penghayatan yang dapat kita ambil adalah;

1. Umat Islam hendaklah memberikan keutamaan untuk menunaikan solat tanpa ada apa-apa alasan.
2. Kita hendaklah memastikan solat kita dilaksanakan dengan sempurna dan khusyuk.
3. Kita hendaklah memastikan ahli-ahli keluarga kita taat dan patuh menunaikan solat pada waktunya.
4. Umat Islam jangan meninggalkan solat kerana meninggalkan solat itu mengundang kemurkaan Allah dan diseksa dengan neraka Saqar.

Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) Segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) Dengan taat dan khusyuk”. (Surah al-Baqarah : 238).



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...