Ajaran Millah Abraham adalah salah satu daripada ajaran sesat yang menyelinap masuk di Negara ini, khususnya di Negeri Selangor. Ajaran ini berasal dari Bogor, Indonesia. Mereka mendakwa ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam
pada tahun 1324H. Mereka juga mendakwa ajaran Islam seperti yang diamalkan sekarang oleh umat Islam adalah palsu. Mereka mendakwa bahawa ulama-ulama dan umat Islam yang berpegang dan beramal dengan ajaran Islam hari ini adalah digolongkan sebagai kaum musyrikin. Pengasasnya bernama Ahmad Musaddeq yang mengaku sebagai rasul baru yang dibangkitkan membaharui ajaran dan membentuk kerajaan Islam yang sebenar.
Kumpulan Millah Abraham juga bergerak licik dengan menggunakan pelbagai nama bagi tujuan meneruskan dakyahnya dikalangan umat Islam. dengan itu pergerakannya dapat terselindung disamping dapat melepaskan kumpulan daripada tindakan perundangan. Sebelum ini ada nama-nama
kumpulan yang mempunyai persamaan seperti Negara Islam Indonesia (NII), kumpulan Pemuda al-Kahfi, telah difatwakan menyeleweng. Modus operandi dan pengajarannya menggunakan al-Quran terjemahan kemudian menafsirkan dengan menggunakan lojik akal mereka semata-mata.
Ajaran Millah Abraham ini disampaikan secara bertahap-tahap. Bermula dengan cara sembunyi-sembunyi, dan sekarang telah masuk ke tahap terang-terangan. Seterusnya akan melalui peristiwa hijrah dan hari pembukaan ataupun (Yaumul Fath) yang belum diketahui masanya dan tempatnya. Berdasarkan kepada pengakuan pengikutnya semasa sesi pendengaran, kini sudah masuk fasa terang-terangan dan mereka sanggup menghadapi risiko dan melakukan apa sahaja termasuk kekerasan demi
mencapai cita-citanya menegakkan Millah Abraham.
Antara penyelewengan yang dapat dirumuskan adalah seperti berikut:
1. Mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad SAW yang membawa ajaran baru, kerana ajaran yang dibawa oleh baginda telah tamat bahkan ajaran Islam yang diamalkan sekarang ini adalah palsu. Ini bererti akan muncul umat dan rasul baru atas nama kerajaan Millah Abraham.
2. Mereka menghukum golongan yang tidak mengikut ajaran Millah Abraham sebagai golongan yang syirik dan kafir, termasuk ibu bapa mereka, bahkan ulama-ulama muktabar yang terdahulu. Justeru mereka dikehendaki bertaubat dengan berpegang kepada deen Millah Abraham berdasarkan fahaman mereka. Bagi sesiapa yang menuduh ajaran Millah Abraham sebagai sesat pula, sebenarnya mereka telah memperbodohkan diri mereka sendiri.
3. Kumpulan ini terlalu taksub hingga sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan dan pasangan suami isteri. Kerana taksub, seorang anak sanggup membuang ibu bapanya hanya atas alasan tidak mahu mengikut ajaran Millah Abraham. Begitu juga bagi pasangan suami isteri. Seorang isteri yang mengikut ajaran Millah Abraham wajib menuntut cerai jika suami enggan menyertainya.
4. Menggabungkan tiga ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Mereka menggunakan kitab Taurat dan Injil disamping al-Quran (terjemahan) sebagai panduan bagi menegakkan agama yang dapat menerangi kehidupan.
5. Meninggalkan solat fadhu lima waktu dan solat Jumaat kerana mereka menafikan kefardhuan solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.
6. Kumpulan Millah Abraham akan mewajibkan anggotanya
membuat bai’ah atau sumpah setia. Disamping itu mereka memberi amaran
kepada pengikutnya jika melanggar bai’ah tersebut.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan seperti berikut;
“Bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen yang menyesatkan. Justeru mana-mana orang Islam secara individu atau kumpulan adalah dilarang terlibat dengan apa sahaja aktiviti yang ada kaitan dengan ajaran ini atau mana-mana ajaran yang mempunyai persamaan dengannya”.
Fatwa ini telah diwarta pada 17 September 2015. Dengan ini setiap yang terlibat dengan ajaran kumpulan Millah Abraham boleh diambil tindakan undang-undang keatas mereka.
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada khutbah ini adalah;
1. Umat Islam hendaklah yakin bahawa Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang terakhir, maka tidak akan ada lagi rasul selepasnya.
2. Umat Islam hendaklah menjauhkan diri daripada ajaran Millah Abraham dan ajaran-ajaran sesat lain yang telah difatwakan kerana ianya adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.
3. Umat Islam perlu mempunyai ilmu yang mantap bagi mengelak terpengaruh dengan ajaran yang menyeleweng. Ini kerana seseorang yang telah terlibat dan berbai’ah, amat sukar untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
4. Umat Islam yang terlibat hendaklah segera bertaubat dan meninggalkan ajaran tersebut untuk kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya.
“(Fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu dia meyakininya sebgai pekerjaan baik (sama dengan orang yang mendapat petunjuk. Tentu tidak sama). Maka, sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana bersedih terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan” (Surah Fatir : 8).
Allahuakbar...takutnya bila difikirkann..terlalu dekat dgn golongan yg mahu menyesatkan.moga Allah melindungi dan memelihara imanku.ameen....
ReplyDeleteAjaran sesat byk gunakan Islam sbg sumber. Knape mereka x gunakan injil yg palsu tu smata2? Sbb syaitan lah puncanya. Al- Quran adalah mukjizat. Org2 sesat ni telah membeli kebenaran untuk kesesatan.
ReplyDeleteMcm mana km tau injil itu palsu,km tuhan kah?..km ada buat kajian kah sbelum membuat tuduhan..
DeleteMcm mana km tau injil itu palsu,km tuhan kah?..km ada buat kajian kah sbelum membuat tuduhan..
DeleteAjaran sesat byk gunakan Islam sbg sumber. Knape mereka x gunakan injil yg palsu tu smata2? Sbb syaitan lah puncanya. Al- Quran adalah mukjizat. Org2 sesat ni telah membeli kebenaran untuk kesesatan.
ReplyDeletesudah terang palsu, masakan nabi lut berzina dengan anak sendiri untuk dapat keturunan... malah kisah oholah dan oholibah pun penuh kelucahan dan sangat tidak sesuai untuk dididik kepada anak2
ReplyDeleteadam dan eve melahirkan cain dan abel tapi kemudian setelah dikutuk tuhan kerana membunuh adiknya cain pergi kesuatu tempat dan berjumpa satu kaum dan dijadikan isteri dari kalangan kaum itu... bukan kah hanya cain dan abel sahaja anak adam dan kemudian barulah dilahirkan seth dan yg lain
ReplyDeletejacob sanggup menipu isaac untuk mendapat berkat dari ayahnya walaupun tahu abangnya esau yang patut dapat keberkatan... jenis nabi macam mana kalau menipu itu?
ReplyDeletekamu boleh baca bible dan kamu sendiri tak dapat nafikan yang tuhan tidak pandai mengira di dalam bible, perjanjian lama dan baru
ReplyDeleteTiada daya upaya manusia sebagai hamba berhak menghukum sesuatu.allah maha mengetahui siapa yg benar dan siapa yg tersasar dari dien yg sebenar2nya.al-quran al-an'am 6/117 ..mudah2an kita dikehendaki allah dalam melaksanakan dien -NYA
DeleteTiada daya upaya manusia sebagai hamba berhak menghukum sesuatu.allah maha mengetahui siapa yg benar dan siapa yg tersasar dari dien yg sebenar2nya.al-quran al-an'am 6/117 ..mudah2an kita dikehendaki allah dalam melaksanakan dien -NYA
Deletesemua manusia telah tuhan kurniakan mata, telinga dan hati (Al-A'raf, 7:179) mudah2an dapat dimanfaatkan sebaikNya, kerana ade tuntutan pd setiap pemberianNya ...Semoga semua manusia menjauh dr kesesatan..
ReplyDeleteAQ 2:170....2:135...
ReplyDeleteKawan2 sy ada ajak pergi kelas agama. Selepas sy selidik rupanya agama ni la yg dieorg tgh belajar skrg.sedihnya tengok kawan2 terpesong. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin ya Allah
ReplyDeleteMcm mana kita nk tahu seseorg tu bljr pasal ajaran abraham ni ye? Mcm dr segi perwatakan , bertegur sape antara mereka, dan lain2. Sy memerlukan pandangan dan pencerahan yang lebih teliti
ReplyDeleteAbg sy pn terpesong....kate nye smbyg xwajib....smbyg just atas niat......dalam masa terdekat nk bawak die pergi berubat.....memang babi tau pengikut milah abraham nis
ReplyDeleteMemang susah kalu dah terjebak..btw dapat ke bawak abg awak berubat
Delete