PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

MASJID CEMERLANG UMMAH GEMILANG

Apabila kita menelusuri sirah baginda SAW, kejayaan baginda membina tamadun Islam adalah bermula dengan pembinaan masjid. Kota Madinah yang tersergam membangun pada hari ini adalah bermula dengan wujudnya masjid yang bermula dengan pembentukan para sahabat sehingga digelar sebagai generasi al-Quran adalah dengan tarbiyah dan pembinaan akidah, syariah dan akhlak kepada mereka melalui pintu masjid.

Sejarah kegemilangan Islam menyatakan bahawa kecemerlangan Umat Islam adalah melalui budaya ilmu yang bermula di masjid. Sebagai contoh Masjid Kuffah di Iraq, menjadi pusat pengembangan ilmu sehingga melahirkan graduan agung seperti Imam Abu Hanifah dan lain-lain. Masjid Amru Bin al-As di Mesir telah memartabatkan graduan seperti Imam asSyafi’e malah pernah tercatat dalam sejarah bahawa masjid ini pernah mengadakan 40 halaqah pengajian pelbagai ilmu serentak dalam satu-satu masa. Di Tunisia pula, Masjid Kairouan telah menjadi tumpuan ulamak dan pelajar seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan sehingga lahirnya tokoh seperti al-Khindi seorang pakar perubatan dan juga seorang jurutera termasyhur. 

Apabila kita membicarakan masjid cemerlang sudah pastilah perkara utama yang menjadi pra syarat kecemerlangan itu ialah merujuk kepada:

1. Pegawai dan Jawatankuasa Masjid yang diamanahkan untuk menggalas tadbir urus rumah Allah SWT mestilah terdiri daripada orang-orang yang layak.

2. Kecemerlangan sesuatu masjid adalah bergantung kepada pentadbiran dan pengurusannya yang baik, cemerlang dan telus. Ia bermula dengan pembentukan biro yang mengandungi AJK kecil yang aktif, mesyuarat yang berjadual, pemantauan berkala setiap biro atau lajnah, sistem pemfailan yang kemas, penyediaan prasarana yang lengkap dan mesra jamaah, tandas dan landskap bersih dan menarik, pengimarahan yang tersusun, kawalan kewangan yang telus, pelaksanaan aktiviti atau program yang bertaqwim bukan secara spontan atau ad-hoc dan pelaksanaan pengurusan berobjektif dan bermatlamat.

3. Memperkasa dan mempelbagai program pengimarahan masjid. Ianya bukan hanya sekadar jadual pengajian tersusun dan bertaqwim yang bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat namun pihak masjid hendaklah merancang satu pendekatan program atau aktiviti di luar kebiasaan.

Pelaksanakan hubungan dua hala bersama NGO atau badan-badan dakwah untuk penganjuran program bersama seperti konsert santai, penganjuran sukan atau riadhah, pengedaran risalah dakwah atau pemberian makanan dan minuman percuma kepada orang ramai atas tujuan dakwah mengajak mereka kembali kepada Islam.

Mewujudkan hubungan dua hala dengan sekolah-sekolah menengah berhampiran untuk menganjurkan program bersama bagi menangani gejala sosial di kalangan remaja adalah di antara aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh masjid.

4. Melaksanakan program pengajian bersilibus dan berkitab, kursus-kursus keusahawanan, bimbingan kerjaya, bimbingan sukarelawan, ceramah kesihatan, ceramah anti dadah, ceramah keselamatan dan ketatanegaraan.

5. Masjid mampu untuk melaksanakan program kebajikan tersusun bukan hanya sekadar membanci golongan asnaf untuk pengagihan zakat, mencari asnaf untuk bantuan kebajikan atau membantu mereka menjalani kehidupan mereka, bahkan masjid boleh melaksanakan program penjanaan ekonomi golongan ini dengan bimbingan usahawan atau bimbingan kerjaya.

6. Masjid adalah disarankan agar berperanan sebagai pusat sehenti yang memenuhi keperluan pelanggan atau lebih tepat disebut sebagai pusat komuniti. Masjid mestilah mampu untuk menjadi jantung pembangunan ummah dengan pengisian pelbagai aktiviti dan program. Pusat khidmat nasihat kekeluargaan Islam, pusat khidmat nasihat para remaja, pusat bimbingan kerjaya, tempat riadhah dan pusat bimbingan akidah.

7. Masjid yang cemerlang juga mestilah berupaya menyatukan ummah khususnya di kalangan ahli kariahnya. Kepimpinannya lebih mengutamakan perpaduan dan ukhwah walaupun berbeza latar belakang kefahaman dan ideologi. Mereka mampu membentuk ahli-ahli kariah bersatu atas dasar Islam dan tidak mencetuskan elemen-elemen perbezaan parti politik atau aliran kefahaman.

Kecemerlangan sesuatu masjid tidak hanya bergantung kepada pegawai dan jawatankuasanya semata-mata, tetapi ia juga adalah menjadi tanggungjawab semua ahli kariahnya termasuklah orang perseorangan, para pemimpin, ahli perniagaan atau siapa sahaja. Kerjasama yang baik antara Jawatankuasa Masjid, JKKK, NGO dan sebagainya adalah pemangkin kepada kejayaan sesebuah masjid.

Pesanan;

1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa masjid yang diimarahkan dengan baik adalah tempat curahan berkat dan rahmat dari Allah SWT.

2. Umat Islam hendaklah sentiasa meletakkan masjid dalam hati masing-masing, sayang dan sentiasa berfikir seta mencari helah untuk membantu kecemerlangan masjid.

3. Umat Islam wajib memberikan kerjasama mengimarah masjid dengan menghadiri program-program yang diadakan di masjid setiap masa, bukan apabila ada kepentingan tertentu sahaja.

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (Ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah”. (al-Jin : 18).




Petikan Khutbah Jumaat JAIS 17 Feb 2017


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...