PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

KARAM DI LAUTAN KESESATAN

Umat Islam wajib menjaga akidah dengan baik dan sempurna. Penjagaan akidah dengan baik dan sempurna adalah matlamat terpenting antara matlamat utama pensyariatan Islam iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Semua ini dinamakan sebagai Maqasid al-Syariah yang mana ia akan tercapai apabila syariat Islam diamal dengan baik dan sempurna. Oleh itu, penjagaan akidah adalah amat penting bagi menjamin kemaslahatan beragaman umat Islam sepertimana kita bersungguh-sungguh menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Demikianlah kepentingan Maqasid Syariah dalam menjamin kemaslahatan beragama umat Islam supaya tidak terperosok dalam kancah kesesatan dan penyelewengan yang akhirnya membinasakan kehidupan kita di dunia dan akhirat.

Apa sahaja perbuatan yang boleh merosakkan akidah seseorang, hendaklah disekat dan dicegah dengan berkesan mengikut undang-undang. Allah SWT memerintahkan kita semua mengikut ajaran Islam, dan jangan mengikuti ajaran-ajaran yang lain yang akan menyesatkan kita dari jalan kebenaran. Firman Allah SWT dalam surah al- An’am ayat 153;

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) menceraiberaikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran, fahaman atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam, sedangkan ianya bukan daripada ajaran Islam, bahkan bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sehingga tahun 2016, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memfatwakan sebanyak 41 ajaran atau fahaman yang sesat dan menyeleweng, antaranya ialah Qadiani, Syiah, Liberalisme agama, Millah Abraham, Hizbut Tahrir, Kumpulan Negara Islam Indonesia, Tariqat Naqsyabandiah Khalidiah di bawah pimpinan Md. Aleh Solihin, Tariqat Naqsyabandiah Kadirun Yahya dan banyak lagi.

Bagi memastikan setiap fatwa berkaitan ajaran sesat diketahui oleh masyarakat, maka Jabatan Mufti Negeri Selangor sentiasa meningkatkan program penerangan fatwa untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat melalui Program Mesra Ummah bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor, khutbah jumaat, seminar kefatwaan, hebahan fatwa melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS), poster, banner serta billboard fatwa di setiap daerah. 

Antara faktor yang mendorong seseorang itu terjebak dengan ajaran sesat ialah kejahilan dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Selain itu, faktor Iman yang lemah juga akan menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan pujukan dan hasutan golongan perosak akidah
yang mungkin berselindung disebalik imej Islam.

Golongan ini mengajak orang ramai menyertai ajaran mereka dengan mendakwa mendapat kelebihan-kelebihan yang luar biasa, mendapat kemuliaan serta mendapat ganjaran dan fadhilat-fadhilat tertentu dengan menggunakan kekuatan batin, sihir (ilmu hitam) dan sebagainya.

Terdapat juga individu yang mempunyai kepentingan diri untuk mendapatkan kedudukan, pengaruh, harta, wanita dan sebagainya dengan jalan yang mudah melalui kesetiaan para pengikut yang sanggup berkorban apa sahaja demi memenuhi nafsu batil pemimpin mereka. 

Sebelum tersilap langkah, sebelum karam di lautan kesesatan, sebelum hati dipateri dengan penyelewengan, maka ingin menasihatkan umat Islam agar sensitif dan mengambil peduli ciri-ciri bagi sesebuah ajaran sesat. 

Ini penting supaya kita menyedari lebih awal, seterusnya mengelak daripada menjadi mangsa kepada individu mahupun kumpulan yang bertopengkan Islam tetapi membawa ajaran sesat demi memenuhi kepentingan peribadi.

Terdapat 216 ciri ajaran sesat yang wujud dan antara ciri utama ajaran tersebut yang sama dalam kebanyakan ajaran sesat ialah:
1. Memesongkan pentafsiran ayat Al Quran;
2. Tidak wajib melakukan solat Jumaat;
3. Mendakwa perlu membayangkan wajah guru ketika beribadat ;
4. Menggunakan buku yang bertentangan dengan hukum syarak;
5. Mengubah dan menyeleweng zikir-zikir bersesuaian dengan ajaran;
6. Mendakwa ajaran mereka adalah wahyu dari Allah;
7. Menambah atau menterjemah syahadah dengan sendiri;
8. Mengkafirkan orang lain yang tidak mengikut ajaran mereka;
9. Mempercayai pengamalan nikah batin ;
10. Mendakwa diri (guru) sebagai Imam Mahdi;
11. Mengamalkan taqiyyah iaitu berpura-pura mengamalkan Islam.

Justeru mimbar ingin menasihati setiap anggota masyarakat agar memahami dan menyedari ciri-ciri yang telah disebutkan supaya tidak hanyut dan karam dalam lautan kesesatan. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 44;

Tidakkah engkau memerhatikan (Wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan”.

Percayalah, tiada jalan pintas ke syurga. Tiada pahala percuma tanpa ibadah yang berpaksikan kepada akidah yang benar. Sedarlah! melibatkan diri dalam ajaran sesat tidak akan mendatangkan kebaikan melainkan kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Ia akan menjerumus kepada perpecahan kerana sifat fanatik ahli kumpulan dan pemimpin mereka sehingga tidak menghormati masyarakat sekeliling. Lebih menggerunkan lagi bilamana sesuatu ajaran itu boleh mengancam keselamatan negeri dan negara akibat pengikutnya yang bersifat ekstrem, menyalahtafsirkan konsep jihad dan sanggup memerangi orang yang tidak sehaluan dengan kepercayaan dan pegangan mereka sebagaimana kes pembunuhan terhadap Ketua Penguatkuasa Agama yang telah dibunuh oleh pengikut ajaran sesat tuhan Harun beberapa tahun yang lalu.

Langkah-langkah pemantauan, pencegahan dan penguatkuasaan telah dan sedang giat dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama terhadap manamana pihak yang melibatkan diri dalam ajaran atau fahaman yang telah diwartakan sebagai sesat dan menyeleweng. Mana-mana orang Islam yang didapati terlibat dengannya, boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di negeri ini. 

Demi menjaga akidah sesama umat Islam, masyarakat setempat juga perlu berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agama, sekiranya terdapat ajaran atau fahaman yang mencurigakan di tempat masing-masing.

Jemaah supaya memberi perhatian kepada beberapa perkara berikut;

1. Umat Islam hendaklah menjauhi dan menolak setiap ajaran dan fahaman yang menyalahi akidah dan amalan Ahli Sunnah wal Jamaah.
2. Umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama daripada guruguru yang bertauliah serta diyakini pengajarannya yang benar dan tepat.
3. Umat Islam hendaklah melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang betul dan menyuburkan roh agama dalam jiwa anak-anak supaya tidak terpedaya dengan anasir-anasir sesat.
4. Umat Islam yang terlibat dalam mana-mana ajaran sesat hendaklah segera bertaubat, meninggalkan ajaran tersebut dan tidak menyebarkannya lagi.



Petikan Khutbah Jumaat 3 Feb 2017


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...