PENGUMUMAN / HEBAHAN / INFORMASI

Assalamualaikum

Selamat Datang ke MASJID TAMAN CHERAS JAYA


Jangan layar Laman Web ini menggunakan GEOGLE CHROME atau MOZILLA FIREFOX
jika PC anda ada gangguan MALWARE.

Sila guna browser IE (Internet Explorer) atau yang lain.
Sekian, terima kasih.
ADMIN





JADUAL KULIAH MTCJ BAGI TELAH DIKEMASKINI.
Sila semak.


SEMAKAN YURAN KHAIRAT KEMATIAN.
Anda boleh menyemak pembayaran yuran keahlian Biro Khairat Kematian dengan klik pada Pautan dalam Blogspot ini.
Sekian, terima kasih.


HADIS
Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang melalui satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan pula menuju ke syurga" (Hadis Riwayat Muslim)

KECELARUAN JANTINA

Isu kecelaruan jantina lelaki atau perempuan sudah wujud sejak sekian lama. Golongan ini sering juga dikenali dengan istilah "terperangkap dalam tubuh yang salah" atau "wanita dilahirkan transeksual" yang menyerupai lelaki. Dengan kata lain, lelaki yang menyerupai perempuan iaitu meniru gaya orang perempuan samada dari segi pakaian yang berpakaian seperti perempuan dan berpewatakan perempuan. Manakala wanita pula meniru gaya lelaki dengan berpakaian seperti lelaki dan berpewatakan seperti kelakuan lelaki.

Masalah yang berlaku ini, perlu diberi perhatian serius dan masyarakat tidak harus membiarkan golongan ini terus hanyut, leka dan alpa dalam pentas kehidupan yang mereka ciptakan. Manusia telah dilahirkan dengan sifat semula jadinya mengikut kehendak dan ketentuan Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13 menjelaskan tentang kejadian lelaki mahupun perempuan.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu)”.

Di tengah-tengah kesibukan melayari kehidupan di dunia hari ini, adakalanya manusia terlupa akan batas-batas kehidupan sebagai seorang manusia dan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Kealpaan itu menyebabkan ada segelintir insan yang tidak mensyukuri nikmat kehidupan itu sendiri. Sebaliknya, membiarkan diri dikuasai oleh syaitan durjana dan tuntutan hawa nafsu semata-mata, seterusnya membawa kepada perlakuan tidak bermoral dalam kehidupan masyarakat. Perlakuan tidak bermoral yang dimaksudkan adalah perbuatan yang melawan fitrah diri sendiri dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah, tabiat dan sifat yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepadanya.

Berdasarkan hadis yang di riwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Ibnu Abbas R.Anhuma bahawa Nabi SAW bersabda bahawa perbuatan berlagak seperti lelaki atau perempuan adalah haram dan sangat ditegah dalam Islam. 

Rasulullah SAW melaknat lelaki yang meniru-niru gaya perempuan, dan perempuan yang meniru-meniru gaya lelaki”. 

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 telah membincangkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa iaitu:

“Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak. Sehubungan dengan itu, perkara-perkara yang dilarang lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya adalah seperti berikut:

1. Mengubah bentuk fizikal termasuk menukar jantina,
2. Gaya berjalan dan gerak badan.
3. Percakapan dan suara.
4. Perhiasan.
5. Pakaian”

Realitinya fenomena kewujudan kecelaruan jantina dalam masyarakat kita tidak boleh dibiarkan terus berleluasa. Pendekatan dakwah yang tersusun dan berterusan perlu dilakukan bagi membendung gejala ini diperingkat awal lagi. Mimbar hari ini juga mengharapkan peranan daripada ahli keluarga, masyarakat dan NGO untuk sama-sama memberikan bimbingan berterusan agar mereka melakukan perubahan ke arah kebaikan, dan juga membentuk satu program rawatan dan pemulihan bagi mengajak mereka kembali ke pangkal jalan. Ibu bapa pula disaran untuk mendidik anak mengikut fitrah anak tersebut seperti contoh membelikan pakaian yang bersesuaian mengikut jantina anak-anak.

Kewujudan kumpulan minoriti ini semakin menyerlah dalam masyarakat kita. Ini telah dibuktikan melalui laporan media massa dan elektronik berkaitan isu kecelaruan jantina. Sekiranya gejala ini tidak dilihat secara terperinci, maka dikhuatiri ianya akan merebak menjadi masalah sosial yang lebih serius. Akibatnya, akan memberikan kesan yang buruk terhadap masyarakat dalam pelbagai aspek seperti moral, sosial, kesihatan, keagamaan, perundangan dan ekonomi.

Apa yang lebih membimbangkan kita adalah golongan ini semakin aktif menubuhkan persatuan-persatuan dan menuntut hak-hak mereka di bawah undang-undang supaya mewajarkan tindakan mereka. Seterusnya mereka memperjuangkan hak yang sama tanpa halangan untuk menjalani kehidupan yang sama seperti orang lain, terutamanya hak kebebasan dan berkahwin. Ini bukan sesuatu yang mustahil boleh berlaku kerana di kebanyakan negara barat, hak dan perlindungan yang dituntut oleh golongan ini mendapat perhatian dan akhirnya diperakui oleh undang-undang. 

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila pengaruh media massa dan media elektronik yang semakin canggih tanpa sempadan, laman sosial pula dijadikan medium untuk mereka berkomunikasi dengan mudah dan bersatu di dalam mengumpulkan pengaruh dan merancang aktiviti bersama dengan mudah tanpa batasan.

Apabila kita hidup dalam sebuah masyarakat, setiap orang mempunyai suatu peranan, tanggungjawab atau kewajipan terhadap masyarakat. Adalah tidak wajar sekiranya kita hanya mampu melihat golongan ini dari terus hanyut dan jauh dari rahmat Allah tanpa ada usaha untuk membantu mereka kembali ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Mengakhiri ini, marilah sama-sama kita renung bahawa;

1. Umat Islam hendaklah mensyukuri kejadian yang telah ditentukan tanpa mengubah ciptaan Allah dan redha dengan ketentuan tersebut.

2. Umat Islam wajib menyedari bahawa hukum pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya dengan apa cara sekalipun adalah haram dari segi syarak.

3. Umat Islam hendaklah meningkatkan nilai taqwa dalam diri agar kita tidak terpengaruh dengan unsur-unsur yang terpesong dari syariat Islam.

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa”.
(al-Baqarah :21).



Sumber : Khutbah Jumaat JAIS 20-01-2017

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...